Buat julung kalinya ujian cw telah diadakan pada tahun 2005, ia telah dikendalikan oleh pihak SKMM dengan kerjasama ATM setelah episod pengambilalihan daripada Jabatan Telekom hampir 7 tahun lamanya.Buat pertama kali itu juga calon-calon telah membuat sungutan/bantahan dan pertikaikan beberapa perkara yang dirasakan sedikit sebanyak dan ini dilihat telah memberikan keselesaan kepada calon-calon cw musim selepas daripada itu, antaranya ialah:
1.Memohon agar tidak mecampuradukan ayat dan nombor,ini berlaku setelah teks atau ayat yang yang dihantar berbunyi seperti berikut: SKMM DENGAN BANTUAN ATM AKAN MENGADAKAN UJIAN KOD MORSE DI CYBER JAYA PADA 30 MAC 2005...............dan seterusnya #$#$%$%$#^^&&.Ini telah dibangkitkan oleh 9M2CIA dan mendapat sokongan daripada semua calon,teks ujian tersebut dibatalkan dan digantikan dengan yang baru.*Jika tiadanya bantahan besar kemungkinan ayat dan nombor akan dimasukkan dalam teks ujian sehingga ke hari ini.
Apa pun sehinggalah ke hari ini punctuation mark seperti garis mereng / dan tanda soal ? masih belum digunakan dalam ujian,untuk tanda coma acap kali dimasukkan pada ujian sebelum ini namun tidak pada sessi ujian baru baru ini.
2.Tone yang tajam dan terdapat echo dibelakangya juga telah mengganggu konsentrasi penerimaan oleh semua calon,semua calon bersetuju supaya tone standard 600hz digunakan.
3.Semasa sessi ujian dijalankan semua calon telah meminta agar aircond dimatikan atau perlahankan kelajuan(motor blower) bunyi dengungan aircond yang kuat turut menggangu konsentrasi pendengaran.
**Semua calon diminta matikan telefon namun apa yang berlaku ialah pihak yang mengawal selia lupa pula nak offkannya.hehehehe.....masuk aja hal ni dah 2 kali sessi penerimaan mengalami gangguan....saya tak pasti sama ada teks tersebut juga dibatalkan atau tidak.
Agak mendukacitakan kerana terdapat calon yang lulus ujian penerimaan gagal di peringkat penghantaran pada sessi kali ini ,maka tercatat dalam sejarah pertama kalinya berlaku.Kepada SKMM dan pegawai ATM ujian ini untuk menaik taraf lesen radio amatur jika lulus dalam penerima ianya tidaklah memberikan pulangan dari segi pangkat,atau kewangan dan sebagainya,adili lah calon ini sebagai pengemar radio amatur bukannya seperti anggota berunifom kelas dua mahupun satu. mungkin perasaan darah gemuruh menyebabkan calon menjadi kekok untuk membuat penghantaran tambahan lagi bila sessi ujian penghantaran ini dibuat dihadapan pegawai tinggi tentera yang berpangkat kapten,mejar dan setarafnya.
Adalah diharapkan pihak SKMM bersifat bertolak ansur untuk memberikan kelonggaran kepada mana-mana calon yang gagal sessi penghantaran untuk melakukan semula ujian pada sessi tersebut (sending)sama seperti mana pihak JPJ mengendalikan sessi ujian
2 comments:
Saya tertarik dengan tulisan Azman mengenai calon yang gagal ujian menghantar morse code.Pada kebiasaannyaya jika sasaorang bolih membaca cw,dia tidak ada masaalah menghantar.
Kira kira 20 tahun lalu ada satu kes.Bernard Gomez 9M2BG ( Sudah silent key) bolih membaca cw dengan baik tapi apabila menghantar
dia berpeluh, mengelabah dan sentiasa membuat kesilapan.Apabila tiba hari ujian, tester telah diberitahu olih saorang rakan senior bahawa calon ini akan panic apabila disuruh menghantar.Tester memberi tahu beliau hantaran pertama dan kedua adalah testing
saja.Kerana menganggap hantaran pertama dan kedua adalah testing saja beliau sangat tenang, dapat menghantar tanpa apa apa kesilapan.
Tester menggunakan budi bicara dia dan meluluskan Bernard tanpa mebuat penghantaran ketiga.
Kepada calon pada masa depan,, jangan panik, ambil masa anda sendiri, jangan cuba menghantar laju.. kurang dari 12wpm pun tak apa.
Sekadar berkongsi cerita.
Rashid 9m2rs
Saya setuju supaya di adakan retest kpd calun yg gagal dlm sending. Bilik ujian penerimaan kalau boleh di sediakan satu meja utk satu orang calun. Walau macam mana pun garis panduan ujian morse yg di keluarkan oleh MCMC tidak perlu ada kompromi.
Post a Comment