Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, November 15, 2009

MASIH JAUH PERJALANAN KITA

Takala uban mula kian menambah di kepala,dan hampir berakhir 2009 maka kian berginjak usia kita semua,Adakalanya seperti terasa baru semalam saja meninggalkan bangku persekolahan,life begin 40 itu kata mat salleh,apa pun sebagai insan ciptaannya kita perlu melihat sejauh mana amalan yang terlaksana sudah, apakah tuntutan duniawi melebihi daripada yang diperintahkan,tentu sahaja anda dan saya mampu menjawabnya.suka saya mengingatkan anda dan saya bahawa apabila meninggal anak adam itu hanya 3 perkara yang akan terus berkekalan,pertama sedekah jariah,keduanya ilmu yang menafaat untuk dunia dan akhirat dan terakhir sekali anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.
Berdasarkan 3 perkara di atas adakah kita semua mempunyai kesemuanya atau masih ada yang kurang?apakah saham akhirat kita sudah memenuhi syarat,bagi saya ada baiknya kita lebihkan pada zakat kurangkan pada (CT)apakah kita bersedia untuk menemuinya sedangkan masih banyak yang belum kita penuhi,Inilah antara soalan yang kekadang kita sedar atau tidak sedar seolah lari daripada untuk tidak memikirkan jawapannya,inilah juga soalan yang bakal kita berhadapan,kemana masa hidup kita peruntukan?ingatlah 5 perkara ,sihat sebelum sakit,senang sebelum susah,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Kita tinggalkan seketika semua itu,saya tak pasti berapa ramai antara kita yang pernah menempuh kepayahan hidup,bagi mereka yang lahir sezaman saya ketika celik mata air telaga dan lampu minyak tanah sahaja yang ada,pasti masih segar dalam ingatan,itulah hakikatnya yang tidak dirasai lagi anak-anak zaman sekarang,pelita minyak tanah hanya mewarnai kehidupan apabila syawal bertandang dan selepas itu diketepikan itulah realiti kehidupan zaman ini,perlahan-perlahan ditelan zaman peredaraan lampu berkelip mula mengambil tempatnya..tak kala anak-anak kecil sebaya anak saya membaca al-quran saya agak malu kerana baru masih belum tamatkan Qiraati jilid ke 3,saya akur akan kejahilan lepas tak pernah kembali akibatnya seperti Ramlee baca tak bunyi apa...daaa....saya bersyukur kepadanya kerana menyedarkan saya bahawa tiada panduan yang berguna bagi memimpin saya ke alam sana.Telah menjadi pengajaran kepada saya sesuatu ilmu jika tidak diamalkan ianya pasti hilang dalam kealpaan kita,bagaimana dengan anda??


Ketika zaman 5 sen mempunyai nilainya,Rm1 seumpama Rm10 terlalu besar ertinya dalam sebuah kehidupan,masih terasa sengal bahu ini mengalas bebanan sejauh hampir 3 km saban hari untuk mencari secangkir ilmu,oh! betapa saat itu amat dirindukan,A,B,C 1,2,3 mengajar kita betapa perit dan derita untuk mengajar kejayaan,basikal tua pelantar besar punyai sejarahnya dalam mendewasakan saya,apakah sejarah anda pernah tercatat akan kehadirannya?mungkin bagi mereka yang celiknya berkereta kehadirannya tiada makna.Itulah nostalgia yang tak dapat dibeli oleh sesiapa yang tidak melaluinya,seperti yang saya katakan “seperti baru semalam semua itu berlalu”Siapa peduli semua yang saya nyatakan di atas siapakah mahu mengingati kisah sukar yang pedih untuk dikongsi bersama?berkawan biar ramai bercinta biar satu,teman ketawa ramai teman menangis cuma satu?peredaran zaman banyak berubah manusia dan tingkah laku,ada yang rasa hebat bila dah maju,lupa akan susahnya dulu,hakikatnya belut takkan tinggalkan lumpur tapi insan yang bergelar manusia terus alpa bila diuji dengan pangkat dan harta,Rm50 rasa kecil bila beberlanja di market tapi rasa besar bila dibawa ke masjid.Ramdhan dah lama berlalu kini Zulhijah bertandang, masa untuk melakukan korban tak semestinya harta atau ternakan,yang paling penting perubahan ke atas diri anda dan saya sendiri moga apa sahaja yang kita lakukan akan membawa kerahmatan.








No comments: