Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, March 20, 2011

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH

Rabu yang lepas memang tak da plan nak ke Putrajaya tapi selepas dengar berita anak sedara tak berapa sihat kita sekeluarga plan pergi ke sana malam selasa,ke Cyberjaya rasanya sudah 2x ke Putrajaya 3x tapi masih blur dengan arah jalan,maklumlah bukan selalu sangat ke sana,hajat nak sambar gps memang dah lama ntah macam mana masuk kedai kereta niat nak tengok-tengok dulu tapi akhirnya terus sambar satu...cap ayam punya 400ohm>.
Mula plan nak sambar garmin tapi last-last dapat Carmin...sempat test jalan dekat Parit Buntar dan N.Tebal sebelum so far accuracy ok,tapi rasa menyesal juga sebab tambah duit sikit jer lagi dapat garmin,nasi dah jadi bubur tapi selepas guna dan buat pemantauan ketika ke Putrajaya,Sg Buluh dan Shah Alam....ok sangat-sangat.
Cuma kena tahu key word untuk ke sesuatu tempat dan beberapa pilihan dalam POI sahaja.
Amaran kelajuan,zon had laju peringatan melalui icon imej blinking camera..dan beberapa perisian lain tak lah rasa rugi beli gps ni.Masa drive untuk long distance kebiasaannya wife atau rakan sebelah dok berborak untuk hilangkan mengantuk..selepas mereka tidur gps ambil peranan samping guide navigation boleh layan mp3 dan video,layan mp3 lebih selamat.Rig masih on tapi dalam scaning mode...kalau nak minta panduan jalan rasanya dalam jam 1-3 pagi rakan-rakan dah horizontal dah.

Semasa di Putrajaya sempat pusing-pusing semuanya dengan bantuan gps ni,default setting adalah jalan bertol
kalau nak ke selatan masuklah jalan memana pun gps akan guide ke tol juga,boleh set semula jalan tanpa tol.

Gadget ni benda baru bagi saya rakan-rakan lain lebih minum milo dulu daripada saya....hehehehe...
bulan 6 cuti sekolah nanti saya dengan 9w2kaj(adik ipar)plan makan angin sebelah pantai timur pula....so
bolehlah nanti gunakan khidmat toyol ni..
Semasa di sana sempat berkunjung ke tempat karnival belon udara panas tapi masa tu tak bernasib baik sebab belon sedang dibawa masuk dan khemah-khemah baru saja didirikan,cuma sempat ambil gambar dari jauh saja,dari tingkat 6 Presint 8.
Masa di sana sempat juga qso dengan 9w2tz dan 9m2au,report R3-4 melalui pengulang Marts manakala ada sekali mencuba di pengulang Astra report 59 oleh 9w2abw tapi report di kelantan agak kurang bagus...so jalan terbaik signingoff..hanya sekadar mencuba.Putrajaya banyak kompleks kerajaan,mungkin sebab itu tiada kelibat warung-warung di tepi jalan,nak jaga nama dan statusnya sebagai pusat pentadbiran,so no more rojak,air batu,kelapa dan goreng pisang,gerai jualan/food court sempat saya pergi adalah di Presint 9 kalau tak silaplah...roti jhon marvelous....saiz besar rm3.40 makan sorang kenyang...goreng pisang 1pc 20sen...inilah harga yang terpaksa dibayar apabila sewa gerai tinggi,semangkuk laksa rm3.50 fuhhh...ingatkan di Putrajaya sahaja di Saujana Utama pun sama juga....tapi yang tak adilnya di Saujana tu warung tepi jalan sahaja.

Putrajaya atau kawasan yang sewaktu dengannya kalau nak jalan-jalan ok..kalau nak shopping baik dekat tempat sendiri macam pepatah hujan emas tempat orang hujan batu di tempat sendiri.
Semasa ke sana tak berpeluang jumpa datuk bandar Putrajaya kerana beliau ada meeting di Penang sehingga jumaat 18hb.Terfikir nak ke Cyberjaya ke MCMC tapi terpaksa batalkan niat kerana hal yang tak dapat dielakkan.

Sunday, March 13, 2011

Mengapa??

Entah kenapa pagi ni terfikir nak post benda yang terbuku dalam kepala hotak..ni
Rasa tak puas hati ni sudah lama nak diluahkan,ada baiknya saya share dengan anda semua..
selama hidup 38 tahun ini sejak akil baligh saya sudah nampak perkara ni berulang dan berulang dari sejak dulu sehingga sekarang,masalahya siapa yang harus dipersalahkan...kalau dulunya anak-anak sekolah dididik melalui pelajaran "Tatarakyat@Sivik saya juga dapati cerita-cerita ini tidak disentuh oleh mana-mana guru pun.


Agak membimbangkan saya dan juga anda rasanya,pernahkan anda pergi berjemaah di masjid tak kira di mana sahaja,solat jumaat atau seumpamanya,
1.Golongan muda-mudi lebih gemar berkumpul di perkarangan masjid berceritakan perhal dunia,sedangkan khatib membaca kuthbah lansung tidak diendahkan.
2.Solat sunat tahiyatul masjid tak ramai yang dulukan sama ada tahu atau tidak wallahuallam.
3.10sen pun agak berat untuk didermakan ke jalan allah...lalu saja tabung di hadapan ditolak ke sebelah,walhal 3 amalan didunia itu akan kekal pahalanya diakhirat nanti
1.ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat
2.sedekah jariah banyak jenis sedekah tabung masjid tu untuk kegunaan selagi mashid itu ada dan selagi orang mempergunakannya insyaallah akan sampai pahala tu buat kita semasa di sana.
3.Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan amalan dan sedekahnya untuk mak dan bapanya.

Yang paling sedih saya lihat diakhir-akhir ini ialah kenapa ramai sangat yang terlalu sombong kepada maha pencipta,perasan tak anda setiap kali menunaikan solat sebaik sahaja selesai solat,mereka-mereka ini pantas bangun meninggalkan masjid tanpa memohon doa kepada yang maha esa,jika sibuk sekali pun tak sempat turut berdoa bersama-sama makmum yang lain berdoalah anda sendiri pendek pun tak mengapa namun dalam doa itu pastikan terkandung doa untuk kesejahteraan ibu-bapa,para muslim-musliman...mintalah kepadanya,mengadulah kepadanya...kerana kepada dia sahaja yang layak kita pohon.

Saya tak pandai dalam bab-bab agama mungkin anda diluar sana lebih mahir berkenaannya..namun inilah yang patut kita runsingkan bila ibadat hanya sekadar melepas batuk ditangga...tidak terlalu berat saya katakan kerja sembahyang hanya sekadar terpaksa atau sekadar pak turut.



Selamat Pengantin Baru Sam@9W2OSP

Alhamdullilah hari ini tanggal 13hb March maka lengkaplah sudah majlis perkahwinan 9W2OSP(Norhissham)....Orang yang Suka Penerbangan@Orang Sungai Petani,mengimbau celoteh rakan-rakan setiap pagi di pengulang 9M4RBB soalan bila nak kahwin sudah terjawab akhirnya.Qso dengan beliau saya fikir agak lama juga namun kesempatan untuk eyeball terbatas,namun segala yang dirancang hari ini juga terlaksana juga,petang tadi saya bersama
9W2MSD,9W2MTO,9W2MNP,9W2OSP,9W2ADN,9W2PTO,9W2MYO,dan juga 9W2CSE serta beberapa rakan lagi yang saya tak arif callsignnya telah bergerak dalam konvoi ke Lagenda Height Sungai Petani,saya agak kelewatan bertolak hanya dapat bergerak bersama konvoi takala tiba hampir susur keluar Tol Sungai Petani Utara,konvoi dikepalai oleh 9W2CSE yang mahir jalan sekitar Sungai Petani..

Agak lama juga saya tidak menjejak kaki di Sungai Petani,kalau tidak kerana jemputan dan plan untuk ke sana bersama-sama rakan ham mungkin rasanya tak terlintas untuk sampai di sana.Turut mencuri perhatian saya ialah kelibat Chot bersama teman mesranya....eemm...Sam pun sempat mengusik bila lagi???yalah..bila lagi Chot??
Kedatangan kami pada penghujung majlis...eeem nasib baik pengantin tak minta kami tolong runtuhkan khemah kenduri..walaupun sibuk melayan tetamu yang masih hadir beliau sempat juga...beramah mesra dengan kami semua.

Kepada Sam..."Selamat Pengantin Baru"semoga bahagia hingga ke akhir nyawa..

Photo yang saya sempat saya rakamkan agak kelabu...maaflah sebab tu saja yang mampu saya paparkan
untuk kenangan.