Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, August 20, 2007


Sungguh pun aku tak pernah belajar morse dengan berpandukan morse chart ini,tapi seorang rakan telah beritahu dia dapat mengingati kesemua kod morse di dalam chart ini dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit saja untuk mengingatinya.
Oleh itu aku sarankan jika ada mana-mana rakan ham yang ingin belajar mengenali kod morse sila rujuk kepada chart ini,walaubagaimana pun aku berpendapat cara yang paling terbaik ialah dengan menggunakan format "koch " sebabnya ia telah terbukti.

Saturday, August 18, 2007

Morse Key Yang Banyak Berjasa



Morse key nilah yang aku usung pi mai pi mai 2 kali dekat Cyberjaya,first kantoi masa sessi ujian penerimaan tak sempat nak guna,cuma kedua saja aku dapat gunakan,bunyinya boleh tahanlah sekali ketuk aja...bergaung satu Cyberjaya tu..hehehe....semua bahan yang aku gunakan boleh dikatakan bahan recycle.Masa nak test malu juga sebab key yang aku bawa memang tak secantik key kengkawan lain bawa ( komersial) apapun aku bangga sebab aku lulus sessi "sending" dengan menggunakan key ini.Kekuatan bunyi menyamai key yang gunakan amplifier apa taknya aku gunakan bateri 12v 7.2AH 3-4 bulan bateri tu mampu bertahan,buat pengetahuan korang paling lekeh pun harga bagi sebuah morse key antara Rm80 tu yang member aku jual,aku dengar dari member yang lain key ni ada dijual di Jalan Pasar KL berapa harganya aku lupa nak tanya.
Sebagai ham kita tak seharusnya begantung kepada peralatan komersial semata-mata,pelbagai alatan boleh dibuat sendiri jika seseorang itu berminat untuk mencubanya,walaupun hasilnya tak seberapa namun kepuasan itu yang paling penting.

Saturday, August 11, 2007

QRP

Istilah QRP merujuk kepada "low power transmitter / pemancar berkuasa rendah,ada juga yang mentafsirkan sebagai radio orang miskin..hehehehe...qrp sebenarnya adalah satu keunikan dalam hobi sebagai ham,bagi yang menggunakan qrp rig mereka sebenarnya enjoy dengan cara sebegini dan boleh juga dikatakan golongan ini lebih cenderung kepada mode cw ( morse ),bayangkan dengan radio buatan sendiri mereka dapat berhubung dengan mana-mana ham di seluruh dunia.Ring yang kecil bersaiz kotak mancis dengan berkuasakan bateri 9 volt dah memadai untuk bersantai menikmati hobi ini.Bagi yang suka berekspedisi menjelajahi hutan rimba,gunung- ganang
qrp adalah pilihan yang terbaik,ringan,mudah dibawa ke mana sahaja adalah sesuatu yang praktikal.
Anda tak perlu risau akan radiasi daripada alatpancar sebegini kerana kuasanya yang rendah tidak merbahayakan.
Selain daripada mode CW PSK/SSTV /RTTY sesuai juga untuk dipraktikan dengan qrp.