Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 21, 2008

Kenapa dan mengapa masih belarutan?

Acap kali kita mendengar penggunaan Q code yang salah di repeater ataupun di simplex frekuensi,pandangan saya kalau menegur di repeater mungkin agak kurang manis dan boleh menjatuhkan air muka seseorang walaupun ianya bersifat untuk membetulkan keadaan.Perkara yang terbaik yang boleh dilakukan ialah jika seseorang ham itu bernaung di bawah sesuatu persatuan hal-hal sebegini sepatutnya diperbetulkan melalui pemantauan oleh biro yang bertanggungjawab atau anda sebagai ham yang lebih memahami perjelaskan kepada mereka mengenai hal demikian.

Sekiranya seseorang ham itu kurang mahir dengan penggunaan Q code elakkan daripada menggunakannya.Ayat yang sering saya dengar ialah "saya nak signout dulu QRX 73" "Saya nak minta QRT dulu 73""nak minta 73 dulu" "QRX langsung QRT"
*QRX dan QRT dan ucapan 73 tak perlu anda minta itu hak anda.

73- 73 ni semacam greeting/ucapan perpisahan contoh macam'selamat malam,sayonara,bye-bye,selamat jalan.Eh betulkah! penggunaan ayat saya minta 73 dulu ?emmm.....cuba kita fahami ayat tu "saya minta selamat jalan"
ahaa....nampak tak apa yang silapnya dengan penggunaannya itu?

QRX dan QRT perlu fahami sedalam-dalam maksudnya jangan disalah guna pakainya,
QRX seperti macam kita minta time off ertinya anda mungkin nak excuse nak pergi isi minyak kereta,nak pergi bilik air,nak cari pen,nak jawab 55 emm.. lebih afdal sebutkan berapa lama 2minit,5 minit kalau lama sangat eloklah signout dulu,lepas settle semua masuk balik tak ada masalah dan tak memeningkan kepala rakan-rakan untuk pass mic kepada putaran berikutnya.

QRT maksudnya berhenti memancar dalam istilah mudah tak nak QSO dah! nak tutup stesen,closing down the station,kata oghang putih "pulling the big switch"errr atau "see you further down the log".
sebaik perkara yang perlu dipraktiskan ialah luangkan masa 10-20saat untuk standby jangan terus ditutup radio anda,mungkin ada terdapat rakan yang memerlukan anda di saat-saat akhir bicara.


Jika anda punyai hf receiver cuba monitor di cw portion cuba dengar qso qso yang sedang berlangsung ada ke tidak disebutkan QRX dan QRT di akhir qso?

The King & The Queen Of The Rig," May My Friend Dream Come True"


Sunday, April 20, 2008

7 Element Qubical Quad From Sabah


Artikel saya mengenai Qubical Quad telah menarik perhatian 9m6wst/James Wong untuk berkongsi pengalaman beliau homebrew antenna quad emm..lagi grand projek beliau kalau saya cuma sekadar 4 element beliau telah sukses dengan quad 7 element.
Kepada Wong ribuan terima kasih diucapkan atas pengkongsian pengalaman/idea/photo qubical quad untuk dikongsi bersama,kepada rakan-rakan yang mempunyai idea atau apa-apa homebrew berkaitan dengan ham silalah email kepada saya untuk saya paparkan di blog ini untuk dikongsi bersama.

Saya paste dan copy catatan beliau di bawah semoga ianya dapat membantu mereka yang selama ini tercari-cari idea untuk homebrew antenna quad lebih daripada 4 element.


Butiran Quad Antenna saya:

7 Element
ABS Double Layer BOOM 20mm tebal(tahan kepada segala cuaca)
Speader terdiri dari kaki bendera kereta(sebab tahan segala cuaca).
Element menggunakan 14 AWG wayar berenamel.
Resonant pada 147.150MHZ input kepada repeater 9M6RBK di gunung kinabalu 350KM Pandangan Garis Lulus dari Stesyen saya di Lahad Datu.
Gain dalam 13.5dbi
Impedance matching dengan quarter wave 75ohm(RG11) series matching.
SWR 1.1

Sudah berada di atas bumbung dekat dua tahun masih beraksi dengan baik trigger repeater.



TU 73 de 9M6WST.