Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, November 8, 2009

LENGGOK TARI IRAMA CW


Id atau pengenalan diri seperti callsign diberikan sebagai pengenalan diri,irama cw yang pancarkan melalui seseorang tidaklah sama,ketukan mereka yang mempergunakan straight key tentu sekali berbeza dengan mereka yang mempergunakan key elektronik,bagi saya yang kurang aktif muncul di hf sejak kebelakangan ini masih dapat membezakan ketukan
cw daripada cikgu Rahman,9M2ZN dan 9M2YP,saya masih belum berkesempatan untuk berQSO bersama Hairi tentu sekali ketukan cwnya dalam lenggokannya tersendiri.


Uniknya straight key apabila digunakan anda boleh mempelbagaikan kepantasan penghantaran 5wpm---12wpm ke 15wpm,20wpm ke 25wpm dan serendah/perlahan speed yang anda mahukan,suatu ketika saya berkesempatan mendengar sessi QSO
9M2AGC dan cikgu Rahman di 40m ,saya tak pasti apakah pada ketika itu cikgu sedang menguji kecekapan Azlan ternyata Cikgu dan Azlan sama hebat,apabila cikgu pantas menghantar,Azlan akan menjawabnya dengan kepantasan
yang sama,tiba-tiba dalam kelajuan penghantaran tersebut mereka pergi ke speed yang paling perlahan,saya tak pasti
mungkin sekitar 5wpm sama-sama hebat,mungkin sebab itu sehingga kini Azlan tak dihadiahkan baju hehehehe..
Bagi saya sessi tersebut bukan ingin menunjukkan siapa hebat tetapi bagaimana kesungguhan mengatasi kemahuan diri.

Sememangnya straight key telah ketingglan,apa pun ianya amat unik,dalam posting saya yang lepas saya ada kisahkan dengan menggunakan teknik rendaman key cukup menyukarkan sesiapa untuk copynya,eeehhh eeehhh...tak pernah dengar teknik ini,insyaallah jika berkesempatan berjumpa saya akan tujukkan caranya,kebisaannya teknik ini digunakan oleh mereka yang  QSO pada high speed ,bagi  penghantaran 20wpm
kita masih selesa dengan kaedah menjemput dan bagi penghantaran 20wpm ke atas lebih selesa dengan kaedah menepuk atau memukul straight key jika anda perhatiankan key milik tentera ada antaranya straight key diikat dipeha,sambil bergerak sambil membuat penghantaran.

Lenggokan tari boleh dipraktikan dengan terus berlatih menghantar ayat berikut BEST-VEST apa kata anda cuba sending PARIS berterusan.
Uniknya penghantaran seseoarang amatlah berbeza,walaupun daa dan dit adalah 3 nisbah 1 namun pemancaran seseorang boleh berubah-ubah sama ada sengaja diubah atau sebaliknya,bagi yang suka duga menduga adakalanya acapkali cuba bermain dengan gap atau spacing,contohnya "N atau November" dihantar sebagai Daaaaa lebih daripada nisbah asalnya 3 dan Diit dihantar lebih daripada nisbah 1.

Haris pernah menceritakan kepada saya yang arwah Haji Idris meminta beliau untuk belajar menari ronggeng kerana gara-gara beliau tak reti nak menghantar dengan menggunakan straight key,walaupun kini beliau cekap menggunakan squeeze key tapi ianya unik kerana Daa dihantar dengan menggunakan jari ibu dan Ditt dihantar dengan jari telunjuk...jika beliau ingin menggunakan squeeze rakan maka beliau perlu mengalihkan kedua wire key tersebut.

Rythm penghantaran seseorang adalah tak sama itulah hakikatnya,bagi saya yang kidal penghantaran dengan tangan kiri berbaloi kerana saya masih boleh menulis tanpa melepaskan key atau kekunci cw,Pemilihan tone yang sesuai juga mempengaruhi keasyikan sama ada ketika anda menghantar ataupun menerima cuba belajar bagaimana untuk RIT sesuatu signal yang diterima.

*Penerimaan daripada elektronik pula sebaliknya, speed yang sekata sukar untuk kita bermain dengan lenggang dan lenggoknya.Sepertimana kita sedia maklum jawab dan hantarlah pada speed yang kita inginkan,jika masih ada stesen yang panggil anda dalam kelajuan rendah 12wpm ke bawah seumpamanya straight key adalah jawapannya tanpa mengubah setting pada radio anda masih mampu untuk meneruskan QSO tanpa kehilangan stesen tersebut dek gara-gara mengubah setting dan melakukan proses RIT.


Saturday, November 7, 2009

HAKIKAT SEBENARNYA

Apabila saya membaca dua komen daripada Haji Rashid dan Haris,saya agak terkejut kerana perkara seumpama Ini masih berulang,sememangnya ia bukan satu topic yang bagus untuk diperkatakan namun sebenarnya ikhtibar atau pengajaran perlu diambil daripada kisah ini,seperti mana yang saudara Haji katakan saya amat bersetuju bahawa apabila mereka ini sudah melepasi satu halangan dengan mudah tanpa usaha.


Tanpa sedar atau tidak mereka sebenarnya telah mencipta satu halangan cukup besar buat diri mereka sendiri,ya..takut akan bayang-bayang sendiri,apa gunanya sejarah megar dilakar dengan palitan hitam yang bakal menyelubungi hati untuk sepanjang hayat?



Jika ditanya kepada Haris,Rizal,Azlan masih segar dilipatan ingatan kami akan nama-nama yang telah menyarung jersi 9M dengan cara sebegini dan seadanya,persoalannya sehingga kini callsign Yang melalui peroses sebegini tidak mampu untuk berada sebarisan kami di udara bukan kerana tidak mampu untuk memiliki radio tapi “malu atau takut akan diuji sekali lagi”.



Masih segar diingatan saya betapa marahnya Rauf (9W2ANA) tak kala sipolan berkenaan telah lulus melalui jalan yang tak diredhai ,apa taknya baru 2 jam sebelum ujian bermula sipolan bertanyakan A-Z dengan wajah yang “memang Piang tak tahu apa-apa” lulus dengan jaya, maaf kerana saya menggunakan perkataan yang tiada dalam kamus bahasa.


Terima kasih ALL,GET,OUT,PRO,RIE,MZR,GTR,IBR,JEN dan beberapa rakan yang mencetus serta menghangatkan lagi posting sebelum ini,apabila saya katakan Mcmc luluskan saya dan beberapa rakan dengan dasar kesian atau nama lainnya perihatin sebab sudi ulangkan buat kali ke 2 erti lulus kesian itu telah disalah ertikan oleh rakan yang baru lulus ujian cw baru-baru ini,ada yang beranggapan bahawa mereka lulus dengan cara yang sama….TIDAKKKK !!!!Pada saya mereka telah melalui ujian tetapi dalam keadaan yang berbeza ….ternyata OUT telah melihatnya daripada perspektif positif ,saya ulaskan apakah sebenarnya yang berlaku saya ringkaskan untuk tatapan pembaca:



Selepas pengambilalihan Mcmc daripada Telekom Malaysia sejak daripada 1998 sehingga 2005         ujian cw masih belum diadakan sehinggalah tiba 2006,untuk pertama kalinya ujian diperkenalkan Mcmc masih menetapkan bahawa syarat wajib lulus adalah perlu lulus ujian penerimaan dan penghantaran morse dengan kelajuan 12wpm(Real speed),saya Rizal,Haris,Rauf(9W2ANA)9M2CIA,9M2ABC,               Fadhil(9W2FZ),Tarmizi(9W2FA)Pak Yusop(9W2TMT)dan beberapa rakan lain yang saya tak nyatakan    di sini adalah yang terawal meduduki ujian berkenaan,namun malangnya saya,ALL,RZL gagal untuk   melakar kejayaan dalam sejarah ujian cw yang julung kalinya dianjurkan oleh Mcmc ..apa pun,sessi ke 2 masih sama sehinggalah sessi ke 3 di mana salah seorang pegawai tinggi Mcmc telah bersuara”Nak tak kalau mainkan kali ke2 untuk semakan”?”jika ada permintaan kita akan adakan untuk sessi semakan”,seperti orang mengantuk disurungkan bantal maka semua calon dengan sebulat suara ”setuju”tolong semak dengan  batch ke 3 calon yang lulus jika saya sengaja mengadakan  cerita ini                                                                                                                                                                        


Apa pun saya kagum dengan Azlan dan beberapa rakan lain kerana yang lulus tanpa memerlukan sessi pengulangan dilakukan,penghormatan daripada saya mengatakan beliau kini mampu berada pada taraf master of cw (35wpm),agak unik bagi saya kerana dalam kepantasan beliau, straight key masih lagi jadi pilihan,apabila ditanya beliau mengatakan bahawa “on the spot or at the same time kita boleh mengelirukan atau memerangkap orang dengan slow speed dan high speed,tenyata ada kebenarannya dengan apa yang beliau perkatakan,tak ramai ham yang boleh menerima slow speed apabila mereka telah berada pada high speed,ini juga adalah satu cabaran buat para penggemar cw sebenarnya.Kegiarahan mengejar kelajuan menyebabkan anda akan kehilangan keupayaan menerima pada low speed tak percaya cubalah.



Kekerapan saya menggunakan pakai istilah-istilah kiasan,bidalan,elimen seperti metafora,aliterasi,asonansi dan seumpamanya untuk megolah menyedapkan dan mengidupkan jalan cerita,apakah istilah ini mudah difahami atau disalah erti? .Dalam tulisan saya yang lepas saya ada menyatakan bahawa Mcmc perihatin serta memberikan laluan yang mudah selepas batch ke3 di mana Mcmc masih mengekalkan sessi semakan dan mengadakan gap dalam sessi penerimaan sehinggalah ke hari ini…..tiada istilah “KESIAN”saya lontarkan untuk jenerasi selepas saya....dalam tulisan saya yang lepas saya sering mengingatkan kepada semua calon jika ada peluang pohonlah untuk sessi semakan,ini adalah bagi memenuhi kawasan yang berlopong,apakah hina untuk mereka melalui cara sebegini jika dibandingkan dengan yang meniru atau diberikan jawapan untuk disalin sebulat-bulatnya?Apakah berbaloi bagi mereka yang hadir tanpa sebarang usaha untuk menduga nasib dalam ujian ini? dan pastinya juga tiadalah makna buat mereka jika Mcmc mengulangi semula untuk kali 3,4 ataupun ke5.


Jika sungguhpun mereka berjaya setelah diulang kali ke3,4,5 itu adalah lebih mulia daripada
yang lulus daripada pintu belakang.Saya tidak mengharapkan sebarang pujian atas apa yang saya mulakan,kritikan membina mendewasakan saya dan anda untuk terus melihat lebih jauh perjalanan hobi ini,ada yang menerima dengan positif atau negatif terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian,selagi ia dianggap sebagai hobi anda juga berhak meletakkannya ketepi kerana kepentingan peribadi dan keluarga adalah lebih diutamakan,sekiranya anda serius perbaikilah apa sahaja kelemahan diri melalui penambahbaikan diri dan berterusan”Have a heart learn and serve”



Dewasa ini kita patut bersyukur kerana akan lahir insan-insan hebat dalam dunia cw yang saya dan rakan-rakan perjuangkan,pikullah tanggungjawab buktikan perjuangan anda tidak berakhir di persimpangan dilema yang tak berkesudahan,Apa yang saudara Zek nyatakan ada kebenaran,yang lama dan baru perlu terus segandingan bukan terus mewujudkan jurang perbandingan,Qado dan Qadar telah tertulis dalam pengetahuan dia tiap yang berlaku ada hikmahnya, ada baiknya sama-sama memikirkan untuk kebaikan bersama menentu hala tujunya kemana selepas ini.Ibarat sebatang lidi mudah dipatahkan namun tidak jika ianya secekak,ketukan kekunci keyboard saya tidak akan terberhenti di sini,seperti kata Hairi saya,cikgu Rahman dan lain-lain rakan sentiasa menanti kedatangan anda di 7.015Mhz biar kita merangkak,bertaktih dan berlari bersama demi memantapkan dalam cw mode yang belum diletakan tanda noktah dalam dunianya.saya kan berada di wilayah tengah pada 21hb ini sehingga 25hb jika anda berkelapangan bolehlah kita adakan majlis eyeball atau sebagainya.


Kepada rakan baru di luar sana,di mana sahaja ilmu yang boleh diperolehi,kehebatan bukan terletak kepada gurunya akan tetapi terletak kepada kesanggupan anda untuk terus mencari kedahagaan ilmu,jika cuma terdapat setitis sahaja hargailah kerana kekontangan minda membuat kita terus meneka dan terus meneka dalam kesamaran selamanya.



Kepada rakan yang mendapat cara tanpa usaha jangan lah takut pada bayangan hanya anda, 9m2rs dan 9m2all yang tahu siapa anda sebenar.......73

Tuesday, November 3, 2009

KRONOLOGI CW

31/2 tahun lalu cw test pihak MCMC tidak memberikan kelonggaran pada sessi ujian
ujian cw kekal dalam kelajuan 12wpm,arwah GL dalam setiap sessi latihan sering menghantar pada
kelajuan diantara 13-15wpm standard laju dan juga mengadakan gap pada penghantaran kedua bertujuan
untuk membuat penyemakan.

Kami adalah antara yang melalui jalan sukar pada ketika itu Haris dan Rizal selepas berhempas pulas kali
ke3 dan saya kali ke2 baru berjaya dalam ujian tersebut itu pun setelah mcmc telah "memperkenalkan sistem kesian"
saya sengaja meyatakan keadaan di atas kerana telah berlaku proses rayuan beramai-ramai untuk meminta supaya
diadakan proses penghantaran untuk kali kedua,dengan ini segala kebolosan dapatlah ditutup.
Tapi harus ingat pada ketika itu pun speed ujian masih dikekalkan.Kini ujian cw kian mudah speed penghantaran dikurangkan
dengan adanya gap maka saya harapkan akan menarik minat mereka untuk mengambil kesempatan ketika MCMC
bersikap terbuka.


Tidak sama seperti saya, bangga dalam perit kerana sessi ujian text saya hanya mampu skor dalam 95% jika tidak kelonggaran tersebut
saya mungkin juga kandas,namun keazaman saya tidak berkubur setakat itu sahaja,saya terus berusaha sehingga
menguasai cw dengan selesa seperti menghantar cw tanpa melihat teks mengurangkan masa untuk reply kepada sesuatu qso
memahami dan menggunakan punctuation mark seperti,/=?yang tiada dalam sessi ujian cw dan praktikan dalam cw qso saya pernah diminta oleh seorang rakan untuk mengajar cw namun dengan berat hati saya terpaksa ketepikan beliau, bukan kerana tak sudi tapi ilmu saya belum mencukupi,saya sedar kerana kelonggaran MCMC saya boleh lulus dengan agak selesa tapi itu membuatkan saya dihantui kerimasan yang mendalam,walaupun berguru
dengan 9M2GL saya tak lupakan juga jasa 9M2AR,9M2NM,9M2AU,9M2DY,9M2RR tempat saya merujuk perkara berkiatan antenna
dan sebagainya.Saya sedar title 9M yang saya perolehi bukan untuk menjadi hidung tinggi pun begitu masih belum meletakan saya sebarisan dengan mereka ini yang punyai kelebihan pada pengalaman.

Bukan nait saya untuk bongkak dengan mengatakan pada saat ini saya mampu untuk qso 20wpm dan mampu untuk menerima
pada kelajuan 30wpm pada keselesaan 90%,dengan gap 1second saya akui cikgu Rahman banyak mendorong ke arah ini,sikap cikgu yang sentiasa
menghantar laju daripada keupayaan saya membuatkan saya bertekad untuk pertingkatkan keupayaan diri....dan hasilnya amat
menggalakan,9m2get Hairi antara pengemar cw terkini...keupayaan beliau untuk qso 18wpm membuktikan cw beliau sangat bagus, beliau
mengatasi saya dalam tempoh yang singkat namun apalah sangat nak ditujukan keupayaan kepada rakan yang tidak pernah mendengar
sessi cw qso saya.nekad saya dan Haris untuk membolosi keupayaan cikgu,bukan bermaksud untuk membuktikan kami lebih hebat tapi
sebagai inspirasi kami kalau cikgu boleh kenapa kami tak,apabila berada pada tahap itu...saya tetap memegang prinsip"kalau pandang bulan dilangit rumput dibumi jangan dilupakan"


Saya mengambil masa setahun mengkaji dan meneliti untuk memantapkan teknik pembelajaran cw,alhamdulillah 2007 saya lahirkan
blog ini untuk memberikan panduan kepada mereka yang ingin mempelajari cw,saya juga tidak meletakan diri saya sebagai seorang guru
kerana saya tahu saya belum mampu,cukuplah sekadar pengongsian ilmu yang saya miliki,kepada mereka yang baru mungkin mereka mempunyai kelebihan daripada saya,apa pun syabas kerana anda akan melahirkan lebih ramai 9M berbanding dengan saya yang sentiasa ketinggalan...tulisan saya sebelum ini mungkin pulang paku buah keras ke atas apa yan tercatat namun jauh disudut hati tidak memperkecilkan niat dan kesungguhan mereka ini.
Sebaik saya lulus dengan keupayaan tak seberapa saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan terus terbaik.

Siapa pun boleh jadi guru tapi apakah ianya mampu?pada saya guru bukan sekadar menghantar cw dan meminta rakan-rakan mentafsirkan kod tersebut
kenal teknik mudah cw,adalah mudah untuk mengajar dit da itu (A) B,C,D,E,F,G dan seterusnya,teknik bertanyakan jawapan,teknik menjaga hati pelajar
bagaimana nak berikan keyakinan kepada pelajar sekiranya selalu jawab salah,memberikan pujian tidak berpihak kepada seseorang individu,banyak
teknik yang saya sendiri belum mahir,pernah gamatkan negara suatu ketika dahulu seorang pengamal seni bela diri meletakan namanya sebagai maha guru,mahaguru bermaksud guru yang paling besar namun tewas pada seorang pak cik tua yang mengundangnya untuk makan tengahari di rumahnya
kecundang bukan kerana perlawanan,tapi gagal untuk membuka pingan nasi yang ditelangkup.



"Berusahalah untuk menjadi terbaik""Hina besi kerana karat hina manusia hidup melarat""Kaya ayam makan padi kaya manusia kerana budi"