LOCAL TIME GMT +8
Saturday, March 27, 2010
CINTA DAN SAYANG SATU SAJA.....
TIDAK semua akan dapat dan tidak semua perkara yang kita lakukan itu akan diberikan sokongan penuh oleh mereka yang hampir dengan kita, jika ianya melibatkan kerjaya tentu sekali tidak akan dipersoalkan tetepi hobi sebagai pengisi di masa terluang juga memerlukan budget yang yang berpatutan dan adakalanya lebih dari apa yang termampu oleh kita,untuk itu alangkah bagusnya memerlukan budget yang yang berpatutan dan adakalanya lebih dari apa yang termampu oleh kita,jika XYL atau YL memahami situasi sebegini,setidak-tidaknya sama-sama berkongsi duit untuk mengadakan setup stesen yang mantap,rakan saya di utara bertuah badan kerana punyai XYL yang punyai minat yang sama lagi mendalam.
Nak upgrade radio dapat, nak upgrade antenna dapatttt,nak pasang hf mobile dapatttt.....bak kata apa sahaja yang diperhajatkan semuanya sehingga kini semuanya dapat. cuma satu jangan minta nak tambah cawangan aja....hehehhehehe...Semasa di Cyberjaya kedua-dua pasangan ni dah tengok rig yang berharga sekitar Rm70-80K,saya ada cakap dekat mereka belilah dua-dua kerja goverment buat loan sorang Rm35K dan beli hehehehe....
Pada posting yang lalu ada dikisahkan seorang rakan ham veteran beli rig dan sembunyikan daripada pengetahuan XYLnya namun sebagai orang yang paling rapat dengannya riak geri beliau sudah dapat dihidu,jangan fikir mereka tidak ambil tahu apa peralatan yang anda miliki....ada sorang rakan di selatan telah membeli sebuah qrp rig Yeasu FT 817 setelah hampir setahun.Baru beliau pecah "lobang"yang rig tu dah lama dah beli,baru-baru ini XYL beliau dah check akuan dan dapati bonus fuhhh!! banyak increment
pula tinggi, mau tak mau kenalah belikan sesuatu untuk yang tersayang nak cover baliklah....tuuuu
Semasa di Cyberjaya rakan saya sempat menasihati YL kepada anak muridnya supaya memahami hobi temannya,saya agak terkejut apabila diberitahu YL tersebut dalam proses untuk dapatkan AA,Oooo rupa-rupanya memang meminati hobi yang sama dengan cik abangnya,apa pun syabas kerana sama-sama memeriahkan bidang yang jarang sekali diceburi oleh YL-YL di negara kita ni
Hati kaum hawa ni lain sikit sementara nak masak dengan apa yang kita minati ni agak memakan masa juga,saya sendiri telah alaminya memula masuk aja dalam mobile automatik onkan radio sebaik enjin dihidupkan,sementara nak biasakan diri tu kena tahan telinga sikit hehehhe...bisinglah tak faham apa yang rakan-rakan dok QSO...itu buah mula jer...mungkin dah terbiasa....perlahan-lahan beliau memahami
kepentingan rig tersebut pada saya yang pertamanya ialah:
1.Yang drive kita, maka satu-satunya teman masa kita drive adalah teman-teman yang dok QSO,kurang rasa mengantuk lebih bagus jika kita sendiri dapat joint QSO dalam group tersebut,nak harapkan mereka nak berbual dengan kita,selalunya take off ke Londonlah...
2.Apabila maklumat berkenaan kesesakan lalulintas,jalan ditutup,dapatkan pandu arah ketika sesat maklumat diinfokan secara tak lansung pada kita yang sedang melalui sesuatu tempat maka perkara sebegini dilihat satu keperluan.
3.Apabila saya dan adik ipar saya konvoi kemana-mana beliau dihadapan memberikan pandu arah tak perlu nak telefon, simpang depan nak belok kiri ke kanan ke....lu pikirlah sendiri hp saya line charge northern call ke handset southern tak kerrr tinggi bil tu?? bila adanya ring ianya banyak membantu kita,cumanya XYL saya sehingga kini tak teringin pun nak ambik RAE.
Kepada YL-YL dan XYL-XYL nak pesan satu aja....abang-abang main radio jer...bila bercampur geng radio tak kemana pun perginya,balik-balik pergi eyeball jer....Apa pun adakalanya kita terpaksa bohong........"bohong sunat" kata P.Ramlee.....beli rig,atu,apa-apa mak nek berkaitan radio dan hobi ini
jangan bising-bising,dalam masa yang sama perlu ada win-win situation belilah apa-apa kat depa juga.....just for safety reason bila dah pecah lobang hahahahaha....cakap aja kan abang ada bagi ayang gelang tangan,subang,kasut baru..blaa..bla...blaa.....hehehehhee
Wednesday, March 24, 2010
RAKAN DAH BERJAYA...ANDA BILA YA????
Episod cw kali ini merupakan satu detik bersejarah buat mereka yang sememangnya sudah membuat
persediaan terlebih awal,sejarah apabila mereka yang julung kali pertama menduduki ujian ini dan melepasinya dan sejarah juga bagi mereka yang dah berkali-kali berusaha untuk kali ke 2,3,4 dan ke 5,tanpa saya nyatakan di sini anda juga pasti mengenali siapa antara yang saya maksudkan.
Apa pun pada sesi ujian cw kali ini adalah bersih,tiada lagi kedengaran "rumah siap pahat berbunyi"
Kelainan pada kali ini ialah pada speed/karektor, speed ada sedikit perubahan gap yakni spacing antara karektor Saya tak sempat membuat pemantauan sesi penerimaan,namun daripada feedback rakan-rakan serta daripada Haris yang copy dari luar memaklumkan memang terdapat perbezaan jika dibandingkan dengan sesi ujian yang lepas-lepas.
ADA RAKAN RAKAN CUBA COPY HANTARAN DI CELAH CELAH PINTU DEWAN
Bagi perserta kali ini keadaan menjadi kecoh bila mana berlaku masalah cw tone yang tak seragam maksudnya tone lari saya difahamkan pihak kawal selia terpaksa membuat setting sehingga 2 kali,sebagai peserta keadaan ini sedikit sebanyak mengoncangkan ketenangan mereka,sesi percubaan 2 kali dan sesi ujian diulang 3 kali disebabkan masalah teknikal memang membuat peserta seram sejuk.Konsentrasi mereka agak goyah apabila keadaan menjadi tak terkawal.Harapan saya di masa hadapan harap pihak kawal selia "menetapkan standard pada sesi ujian"
Antaranya ialah:
1.Sekatakan tone 600hz standard ujian tak perlu berikan tekanan kepada perserta yang ternanti dok adjust tone...yang mengambil masa mereka yang dah gementar,duduk dalam dewan ujian 3 minit pun dah rasa macam 3 jam....hehehehe
2.Andai benar pihak SKMM memberikan kelonggaran pada sesi ujian tolong standardkan kelajuan dan gap
tak perlu ada perbezaan setiap sesi ujian berubah-ubah.
Saya tercari-cari kelibat keluarga dari BERA untuk memecah tradisi,namun wajah mereka tak kunjung tiba,Kak Ruby tak hadir pada sesi ujian kali ini,mungkin beliau punyai urusan yang perlu dibereskan,apa pun saya mengharapkan kak Ruby akan mengukir kejayaan di masa hadapan,begitu juga kepada yang kandas....jadikan Pak Yop sebagai ikon cw anda 5 kali Woooooo!!!!
Pada kali ini agak rugi bagi rakan-rakan dan saya kerana kopi mahal tiada lagi disediakan.......hampeh!!!
Kepada 9W yang dah punyai set HF dan sistem antenna yang canggih banyak band yang menunggu anda,alang-alang dah ada set HF gunakan semua band yang tersedia...eeeehhhhh...ambik cw dululah....cw sebagai pra syarat jerr.....
9W2VEB PAK ASHARD
Kalau Pak Yop (9W2YR) yang 5 x ambik tak patah semangat dan Pak Arshad (9W2VEB) kedua-duanya angkatan veteran boleh membuktikan tiada yang tak mampu dilakukan, anda tentu sekali boleh melakukannya.Saya dimaklumkan Pak Arshad hanya mengambil masa 5 1/2 bulan untuk mempelajari cw,alhamdulillah berkat usahanya yang tak kenal penat,sekali aja dah melepasi ujian tersebut.
Kejayaan ujian cw semua nya terletak pada diri sendiri jika kemahuan ingin kejayaan berusahalah...
jika tidak anjakan kepuasan anda tidak kemana......73

Tuesday, March 23, 2010
JALAN JALAN RASA RASA
Tak banyak yang nak dikisahkan sepanjang masa percutian,antara yang menarik ialah
untuk dikongsi bersama ialah Sabtu 13hb masa nak isi minyak di Petronas Saujana utama untuk ke Putrajaya
saya berselisih dengan Azlee Senario yang tinggal di saujana 1 rasanya...terus langsung selepas itu saya membuat kunjungan ke rumah adik di Putrajaya Fasa 4C Presint 8 kuarters kerajaan,ini adalah kali pertama saya mengunjungi beliau selepas beliau berpindah ke sana,dari ketinggan flat yang bertentangan dengan bangunan-bangunan kerajaan saya merasakan kalau diletakkan antena di balkoni memang bagus untuk Dxing,saya tak lama berada disitu menjelang petang saya dan Kamal (9W2KAJ) pusing-pusing sekitar kawasan tersebut,mungkin nasib tak berapa baik hujan turun dengan lebatnya maka sesi photografi
terpaksa dibatalkan,sepanjang jalan balik sekitar highway melepasi Saujana Putra pokok-pokok tunjuk langit kelihatan di kiri-kanan jalan, "tak ramai yang tahu akan khasiat buahnya...fikir saya"
Petang berkenaan saya sempat singgah di Central Mart Saujana Utama,selepas keluar saya terlihat mobile seorang rakan 9M2RIE saya meninjau ke dalam namun kelibat beliau tidak kelihatan "mungkin baru sampai kot"fikir saya.
Ahad 14hb saya bertemu dengan 9M2IBR di Sekolah Sains Kuala Selangor ketika menemani adik saya menghantar surat m.c beliau ke sekolah berkenaan,saya diberitahu oleh adik yang cikgu Ibrahim turut hadir juga pada hari tersebut atas urusan yang sewaktu dengannya. Mungkin sibuk melayani telatah harmonic yang merenggek saya terpaksa minta diri dulu,tak banyak yang diperbualkan,saya faham akan kesibukan beliau.
Saya sempat meninjau kelas bahasa German yang dikendalikannya,agak ringkas tapi cukup bermakna
kepada pelajar-pelajarnya,hasil nukilan pelajar juga dipaparkan untuk tatapan rakan kelas.15hb iaitu hari berikutnya pula saya berpeluang ke perpustakaan negeri dan juga muzium Shah Alam,salah satu posting
blog saya sempat catatkan lintas langsung di perpustakaan tersebut,"percuma"...sayangnya servis sedemikan tidak ada diadakan di perpustakaan desa tempat saya....issshh..ada ker tak????tak pernah pergi pun kat sana..hehehehe..di muzium pula artifak sejarah purba dan pelbagai barangan sejarah menarik perhatian,antara yang memukau saya ialah aneka jenis keris,senjata-senjata purba,seram sejuk juga apabila mengenangkan keris-keris yang sudah tentunya pernah bermandikan darah,pada mereka yang lain mungkin sudah biasa dengan hal ini,akan tetapi tidak pada saya kerana malam harinya saya sukar untuk melelapkan mata.
Mistik bagi saya terasa kerana mungkin saki-baki kundalini reiki yang saya kuasai suatu masa tu masih memberikan kesan sampingan.
Kuala Selangor juga terkenal dengan pusat makanan lautnya,antara yang telah saya kunjungi ialah tempat yang bernama Jeram
Mungkin terlalu banyak minum,sambil meratah sotong dan siput,kailan ikan masin 2ekor ikan siakap sweet sour tak dapat dihabiskan,sebagai orang yang sedikit sebanyak tahu pasal makanan seumpama itu saya dapat rasakan sos sweet sour tu cuma "1 bintang aja"hehehhe..ini juga disahkan oleh Kamal dan adik saya katanya sos adalah puncanya kita tak habiskannya"permandangan indah di tepi laut berpantai dan keindahan matahari terbenam memang amat mengasyikan.Telatah harmonic yang dua orang bersama sepupunya sesekali sekala mencuri perhatian pengunjung yang turut hadir
Dek kerana kecewa dengan ikan siakap tu keesokkannya saya dapatkan ikan siakap sederhana saiz 2 ekor daripada kedai berhampiran,aktiviti sebelah pagi hanya full time jadi chef,menu hari tu ialah sawi tumis,gulai banggla dan siakap kukus hehehehe...
nak buat masak sweet sour alatan memasak dan bahan terhad,almaklumlah tak nak susah-susahkan tuan rumah.
Oh ya satu perkara yang nak saya kongsikan ialah rata-rata peniaga di saujana utama ialah orang acheh tak tau pula mana datang mereka-mereka ni.....apa yang saya lihat 3 tahun dulu sehingga sekarang mereka masih monopoli dalam bidang peniagaan.
Berikut adalah resepi yang saya lampirkan untuk dikongsi bersama,resepi ini saya belajar daripada seorang rakan banggla yang enam tahun lalu bertugas di tempat saya,yang menarik mengenai beliau ialah,makenik radio tv,jam dan punyai kedai di sana.
Ayam dipotong kecil kecil...errr jangan terlampau kecil sangat, agak besar sedikit daripada satay kajang memadailah ayam dalam anggaran sekilo
5 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar serbuk cili
4 ulas bawang besar dipotong bulat nipis-nipis
cabai melaka atau cili padi anggaran 20 biji ditumbuk jangan lumat untuk memadai pecahkannya sahaja.
Halia 2cm ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu jintan manis ditumbuk halus
3 biji bunga cengkih ditumbuk halus
2 buah pelaga dibuang kulit dan ditumbuk halus
1 biji bunga lawang ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus(anggaran dalam 15biji)
1 batang kulit kayu manis dipatah-patahkan
1 senduk kecil minyak
Garam secukup rasa
Perisa "ajinomoto"
Cara memasak
Panaskan minyak kemudian tumiskan kesemua bawang besar masuk sedikit-sedikit,masukkan juga serbuk kunyit
dan kacau,jangan lupa masukan serbuk cili dan kacau kemudian masukkan cabai melaka dan bahan tumbuk yang
telah disediakan,jangan lupa masukkan air untuk elakkan daripada hangit,kacau sehingga bawang dah layu dan masukkan ayam
dan tambahkan air,kepekatan dan kecairan kuah bergatung berapa banyak air yang anda masukkan.
jangan lupa garam dan perisa dan juga kulit kayu manis,anda boleh masukkan buah tomato untuk masamkan kuah atau
air asam jawa,terpulang kepada anda,apabila ayam dah masak renehkan seketika dan angkatkan.
*Anda boleh kurangkan atau tambahkan bahan-bahan apabila hendak memasak mengikut keperluan hidangan yang anda inginkan. SELAMAT MENCUBA 73

Subscribe to:
Comments (Atom)