Baru-baru ini berita menggemparkan CAP "Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah melaporkan terdapatnya telur ayam palsu"Astagfirrullahhalazim,zaman sains dan teknologi pelabagai barangan yang tiada telah diadakan,dulunya dunia gempar dengan saintis klon kambing..zaman bio technology macam-macam dah terjadi....sekarang nak beli telur ayam kenalah berhati-hati takut terbeli telur ayam tiruan....nampaknya kalu dulu beli telur ayam yang bersih dijadikan sebagai pilihan maka sekarang ni terpaksalah beli telur ayam yang terpalit taik@tahi ayam...lagi banyak taik lagi bagus..hehehehe..kerana dengan adanya benda tu jelas membuktikan bahawa telur ayam itu yang asli..
errr bagaimana pula dengan pilihan selera anda untuk menjamah char kueh teow,murtabak...mee goreng mamak?kalau dulu rata-rata penjual mempertaruhkan "Telur Basuh"bagi menarik pelanggan namun kini ia bukanlah lagi dianggap daya penarik kerana kehadiran telur ayam tiruan....membantutkan selera pengemar makanan segera ini.
Kita sebagai pengguna memang rasa cukup tertipu dengan kehadiran telur ini,cuba lihat sekeliling anda...kuih guna telur,nasi lemak ada telur,roti taruh telur,kenduri kendara pun ada telur,telur dah jadi satu keperluan harian....nampak gaya nya selera telur ayam nak kena berubah ke telur itik pulaklah..
Saya tak dapat nak masukkan video berkaitan harap anda klik sini...untuk mengikuti paparan yang menarik daripada youtube.
Kepada swl-swl atau individu yang berminat untuk mendapatkan lesen radio amatur yang sah,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:
RAE 2011-1 Tarikh Ujian: 15 Jun 2011 Tarikh Tutup Permohonan: 29 April 2011 Zon@Wilayah: Tengah, Utara, Selatan, Timur Tatacara Permohonan
Sila tulis “RAE 2011-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda.
Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Draf Bank ditulis atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya.
Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak. Jumlah calon adalah terhad.
Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.
Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Alamat Ibu pejabat SKMM adalah:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(u/p: Cik Ida Khairuniah Idris)
Syarat Kelayakan Memohon
Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
• Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
• Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my
Borang permohonan yang lengkap beserta bayaran jelas dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang berhampiran.
Pernahkah anda mengambil tahu lebih berkenaan handphone milik anda,maksud saya fungsi-fungsi nombor
atau keypad number yang terdapat pada set telepon anda?saya nak kongsi hal dengan thread kali ini.
Anda dan saya telah biasa dengan menggunakan *122#SEND untuk menyemak status baki kredit yang tinggal namun tak ramai yang tahu lebih dengan "secret code"yang tersembunyi pada sesuatu handphone...pada kali ini kita akan menyentuh mengenai hp berjenama sony ericsson.
Mana-mana telepon biasa boleh disemak nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity )dengan cara menekan button *#06#
secara automatik paparan nombor IMEI akan keluar,so catatkanlah nombor ini,ia boleh membantu anda sekiranya telepon anda mengalami kecurian dan pemberitahuan nombor IMEI ini akan membuktikan telepon itu adalah milik anda,so apa lagi semak dan catat sekarang.
Untuk menyemak menu servis info,service settings,service tests juga text labels sila tekan button >*<<*<*
tekan button "KANAN-BINTANG-KIRI-KIRI-BINTANG-KIRI-BINTANG"
Dalam service info terkandung-model info,software info,Sim lock dan configuration
sebaik mengekses model info sila taip nombor 2-4-6-8 agak mengejutkan tercatat Sony Ericsson ROCK!
Dengan mengekses mode ini anda boleh menyemak setting main display,led/illumination,keyboard,speaker,earphone,microphone,vibrator,camera,video call camera,memory stick,real time clock,total call time dan security.
cuba kod ini juga
Bagi button <**< ia akan membawa anda ke Lock status,Personalize network,tekan button "KIRI-BINTANG-BINTANG-KIRI"AMARAN!! daripada saya jangan tekan/atau sengaja mencuba memasukkan apa-apa nombor dikhuatiri akan memudaratkan hp anda.
Untuk recall@panggil balik nombor panggilan terakhir yang anda lakukan ialah dengan cara menekan button 0# tekan button angka "KOSONG-HATCH"teruskan membuat panggilan tanpa menyemak pada folder call.
Untuk terus pergi ke shortcut ke sim number@menu sila tekan button menu-# ( tekan button MENU-HATCH) selepas mengekses shortcut ke menu cuba pula dengan menekan *-1,*2 dan begitulah seterusnya ia akan membawa anda eksess mudah ke function dalam menu tersebut.
Apa kata pula anda mencuba eksess dengan cara begini pula tekan button MENU + dikuti dengan apa sahaja nombor dari 0-9 anda pasti menemukan jalan mudah yang tidak anda ketahui selama ini.
Menekan button # selama 2-3 saat akan membawa anda mengeksess mode silent dan tekan kembali dalam anggaran masa yang sama untuk aktifkan dering atau mode biasa.
Tahukah anda talian kecemasan@emergency call ialah dengan menekan button 112,talian ini dapat dieksess walaupun telepon berkenaan dalam mode terkunci ataupun tanpa sim card,eemmm...jangan sengaja membuat panggilan kecemasan,kalau nak test memadailah dail dan batalkan panggilan dengan segera.
Yang mencuri perhatian saya sekarang ini bagaimana "Hack"untuk unlock sistem GSM,eeemm..dah sekian lama benda ni baru sekarang saya dapat tahu..
Untuk lebih lanjut anda boleh check dalam youtube dalam google bagaimana mereka diluar sana telah UNLOCK sistem dan membolehkan membuat panggilan percuma hehehehehe...free tetapi kod untuk set hp tersebut ada dijual dipasaran,anda boleh semak di http://www.globalunlock.com/.
Terdapat banyak web page dan video yang menunjukan cara unlock sistem....apa yang saya paparkan adalah sekadar pengongsian bukan mengajar anda...heheheheehe..Adios amigos...