Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, September 27, 2011

SIRI UJIAN MORSE KOD DI SKMM CYBERJAYA


Seramai 33 orang yang mengambil ujian pada kali ini,cuma 28 orang peserta sahaja yang hadirkan diri.

Teks ujian adalah seperti berikut:

Majlis mesra hari raya sempena aidilfitri akan diadakan pada akhir bulan ini di ibu pejabat skmm di cyberjaya.Pelbagai hidangan makanan yang menarik akan disediakan disamping sajian hiburan oleh warga kerja skmm.


Kod group bagi nombor-nombor adalah seperti berikut:

19108 39237 56281 93070 47109
85940 76182 26253 45748 65436

Antara 9M yang hadir untuk memberikan sokongan moral:


9M6TMT,9M6KOM,9M2PJU,9M2AR,9M2NZ,9M2MRL,9M2AU,9M2ZC,9M2AGC,9M2SQL,9M2RB,9M2NRS,9M2MZT,9M2RS,9M2GET dan reporter sukarela 9M2BAL



Keputusan ujian 12 orang calon lulus manakala 16 orang gagal.

kepada yang lulus syabas dan yang tak berjaya cuba lagi next exam.

Wednesday, June 1, 2011

KEMBARA MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,alhamdulillah baru hari ini diberikan sedikit masa untuk upadate blog saya ini,dah lama juga ditinggalkan kerana asyik dengan FB eemmm....esok pagi kalau tiada aral melintang saya akan bertolak ke Pantai Timur ke negeri Cik Siti Wan Kembang konvoi bersama adik ipar 9W2KAJ,insyaallah selepas solat subuh kami akan bertolak,di sepanjang perjalanan saya juga akan mengambil kesempatan untuk membuat pemantauan repeater 9M4LBP (Repeater Bukit Panchor) frekuensi 147.7375mhz -700hz tone 103.5hz sejauh mana coverage repeater boleh dipantal dan seterusnya dieksess.

Sebagai persediaan semalam saya telah mendapatkan khidmat 9W2EZR untuk clon semua frekuensi terkini pada mobile rig saya,terima kasih bang Kamal jasa mu dikenang hehehehe...emmm agak mengejutkan saya kerana boleh dikatakan Kelantan ini kaya@mewah dengan repeater...alhamdulillah kemudahan untuk semua amatur radio,tapi yang tak sedap saya dengar ialah...@%#*#$%$#%$#%)()*&&^ apa pun kita sebagai ham tak kira siapa pun punya repeater tujuan asalnya adalah untuk mengeratkan silaturahim.
Insyaallah mungkin percutian saya 4 hari 3 malam,kalau tak rasa janggal dengan situasi di kawasan orang mungkin saya jadi pendengar sahaja kot,masuk kandang kambing mengembek...masuk lembu menguak...


Bagi rakan2 FB insyaallah sayakan update terkini kembara cuti ke Kelantan....
Fuhhh!! nasi dagang,sup belut errrr...apa lagi yer????
Tidur awal esok nak jalan jauh........simplex frequency V38....PCB,Pengkalan Kubor,Pasar Siti Khatijah,Wakaf Che Yeh.....errrr....selagi GPS tak gelong banyak destinasi nak pergi...






Thursday, April 14, 2011

6 BULAN SILENT BARU KINI BERMULA....

Dah lama sangat ring ni disimpan dalam kotak,atu dan power supply semuanya berfungsi dengan baik, semalam selepas balik kerja sampai saja dekat rumah ambil keluar semua peralatan ni,coaxial cabel berbelit-belit diluruskan semula,key yang dipasang pada tone osilator dikeluarkan,nasib baik tak solder,just remove daripada pvc connector,masa dok tengah siap-siapkan barang ni on je radio terdengar 9M2GET,9M2ZC,nak joint tak ready lagi,selepas semua sudah selesai,GET dah keluar cuma tinggal 9M8SYA,9M2DY QRX,Pak long Marzuki pun masuk,saya masuk dengan pancaran 40w-60w dan kembali ke 40w,sms dari 9M2BAL bagitau signal saya masuk di Terengganu 59,band agak bising juga telinga ni dah 6 bulan tak dengar qrm dekat hf..hehehe....tu yang dengar memula 9m8 kita dok cakap 9m2...coz slang dia tu dari utara...so Syed...dekat Sarawak rupanya,emm...kira break personal record first contact dengan stesen dari sana,pastu pula dah setahu lebih errr.dekat 2 tahun lamanya tak qso dengan Pak Long...maghrib dah masuk..nak sign...9M2BAL pula masuk...ni kira first contact dengan Iqbal...malamnya 7.043 tak dengar sesiapa pun, mungkin kerana 7.045 telah dipergunakan oleh rakan-rakan ham seberang dalam menjalankan acara net.Selepas ni nak kena pelan-pelan kayuh cw..dah lama sangat tak qso dalam mode cw,rasanya nak kena bermula daripada bawah sebab 12wpm.kalau ada rakan yang hantar laju...so minta maaflah..sebab dah lama sangat tak rag chew....hehehehe.Harap boleh masuk ke hf petang hari ...itu pun kalau harmonic tak mengomel nak agak pergi ronda pusing kampung,tengok monyet,lembu,biawak dan macam-macam.