Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, April 14, 2011

6 BULAN SILENT BARU KINI BERMULA....

Dah lama sangat ring ni disimpan dalam kotak,atu dan power supply semuanya berfungsi dengan baik, semalam selepas balik kerja sampai saja dekat rumah ambil keluar semua peralatan ni,coaxial cabel berbelit-belit diluruskan semula,key yang dipasang pada tone osilator dikeluarkan,nasib baik tak solder,just remove daripada pvc connector,masa dok tengah siap-siapkan barang ni on je radio terdengar 9M2GET,9M2ZC,nak joint tak ready lagi,selepas semua sudah selesai,GET dah keluar cuma tinggal 9M8SYA,9M2DY QRX,Pak long Marzuki pun masuk,saya masuk dengan pancaran 40w-60w dan kembali ke 40w,sms dari 9M2BAL bagitau signal saya masuk di Terengganu 59,band agak bising juga telinga ni dah 6 bulan tak dengar qrm dekat hf..hehehe....tu yang dengar memula 9m8 kita dok cakap 9m2...coz slang dia tu dari utara...so Syed...dekat Sarawak rupanya,emm...kira break personal record first contact dengan stesen dari sana,pastu pula dah setahu lebih errr.dekat 2 tahun lamanya tak qso dengan Pak Long...maghrib dah masuk..nak sign...9M2BAL pula masuk...ni kira first contact dengan Iqbal...malamnya 7.043 tak dengar sesiapa pun, mungkin kerana 7.045 telah dipergunakan oleh rakan-rakan ham seberang dalam menjalankan acara net.Selepas ni nak kena pelan-pelan kayuh cw..dah lama sangat tak qso dalam mode cw,rasanya nak kena bermula daripada bawah sebab 12wpm.kalau ada rakan yang hantar laju...so minta maaflah..sebab dah lama sangat tak rag chew....hehehehe.Harap boleh masuk ke hf petang hari ...itu pun kalau harmonic tak mengomel nak agak pergi ronda pusing kampung,tengok monyet,lembu,biawak dan macam-macam.


1 comment:

Anonymous said...

hebat bang man...sudah sekian lama tu...hehehe