Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, April 12, 2011

RAHSIA WAKTU DALAM SOLAT



Renungan bersama..... .....    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya  menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan  dicerap melalui  perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu  yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang  fotografi, betul tak?     
Sebagai contoh,pada waktu  Subuh alam berada dalam spektrum warna  biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang  mempengaruhi sistem  metabolisma tubuh..
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh  mempunyai rahsia  berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang  kerap tertinggal  waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama  kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini  kerana tenaga alam iaitu  biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku  dalam keadaan  roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam  erti kata lain  jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia  diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,  tenaga alam  pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang  akan diserap  oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka  yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 
 
Warna alam seterusnya berubah ke  warna hijau (isyraq & dhuha) dan  kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum  warna pada  waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang  berkaitan dengan  sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang  berkaitan dengan  keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya  berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di  perut dan  hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 
 
Kemudian  warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu  Asar di mana  spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi  prostat, uterus,  ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia  warna oren ialah  kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya  kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad  dan roh seseorang ini  terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu  Asar ni amat  diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang  waktu Maghrib, alam  berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh  orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana  spektrum warna  pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)  dan ini  bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana  mereka resonan  dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya  berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak  interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh  mengelirukan mata  kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,  pada frekuensi  otot, saraf dan tulang.
   
Apabila masuk waktu  Isyak, alam berubah ke warna  Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini  menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya  bersamaan dengan  sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan  selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam  Kegelapan dan  sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini  dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada  dalam kerehatan.
Selepas  tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,  merah jambu dan  seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi  kelenjar pineal,  pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit  kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil  Qiamullail. 
  
Begitulah  secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini  sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan  inilah faktor  adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti  taichi, qi-gong  dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga  alam ke sistem  tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah  di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita  memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini  seharusnyamenginsaf kan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat  ke atas hambanya atas  sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia  tahu hamba-Nya  ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi  kumpulan manusia  yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin  dalam menghadiri kelas taichinya.

*Artikel ini dipetik daripada mailing group.

No comments: