Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, June 13, 2007

ANTENNA TUNNING UNIT



ATU atau antenna tunning unit adalah satu tool gadget yang amat diperlukan bagi pegoperasian di band hf,tanpa ATU anda tidak berupaya membuat pemancaran dengan sempurna dan terpaksa menggunakan single band antenna.Walaupun aku pernah beroperasi tanpa ATU dan mendapat lebih daripada 400 setesen Dx dengan menggunakan antenna inverted vee,tak bermaksud ATU itu tak penting,dengan ATU kita akan merasa lebih selesa dan yakin,dengannya kita dapat beroperasi di multi band.Sebagai ham anda juga perlu berpengetahuan dalam membuat antenna dan beroperasi tanpa ATU ini bertujuan jika terjadi hal-hal kecemasan/darurat anda tanpa alat sokongan seperti ATU dan seumpamanya masih dapat berhubung dan memberikan bantuan,bagi tujuan ini Aku syorkan anda merujuk mereka yang mahir untuk mendapatkan tujuk ajar.Jangan pandang remeh kepentingan ATU ini kerana ada terdapat kes rig yang KO sebab antenna yang digunakan miss match maksudnya impedance antenna dan transceiver tak match,bila ini terjadi power pemancar akan susut dan lama kelamaan transceiver itu KO.Jadi nasihat aku jangan operate tanpa ATU jika anda tak yakin dengan antenna yang anda gunakan kecuali antenna tersebut dibuat oleh mereka yang memang mahir dan berpengalaman.
Lihat pada diagramnya ringkas sahaja tapi nilainya mencecah kepada ratusan dan juga ribuan ringgit.

No comments: