Sebut sahaja pasal lesen kelas A,pasti morse adalah agenda perbualan,syarat kelayakan untuk memperolehi lesen kelas A adalah lulus dalam ujian kod morse.Mungkin disebabkan ini tak ramai ham yang mahu upgrade ke peringkat yang lebih tinggi.Untuk mahirkan diri dalam morse adalah tak susah seperti mana yang mereka sangkakan yang penting usaha dan keyakinan diri itu amat penting,jika kita katakan susah maka ianya akan susah selama-lamanya,belum belajar lagi kita dah setkan di minda belajar morse ni susah maka semestinya ia jadi susah.Aku tak punyai komputer cuma dekat saltmine saja,aku rakam dari komputer ke tape dan dari tape ke hand phone.
Sebelum aku praktik cara tu aku praktik cara yang tak betul,aku telah buang masa selama lebih kurang setahun sebab aku belajar dengan menghafal kod bukan hafal bunyi terjemahkan kepada huruf-huruf atau abjad-abjad.
Sebelum aku praktik cara tu aku praktik cara yang tak betul,aku telah buang masa selama lebih kurang setahun sebab aku belajar dengan menghafal kod bukan hafal bunyi terjemahkan kepada huruf-huruf atau abjad-abjad.
Kepada mereka yang ingin belajar,belajarlah dengan cara mendengar, setkan masa paling kurang pun 30minit sehari pagi 15minit dan sebelah malam 15minit kalau lebih lagi ok tapi terpulang kepada korang,masa memandu,masa bersantai itu adalah yang terbaik juga untuk anda mendengar morse code.
kalau ada komputer anda boleh gunakan program "Koch Method" itu yang sebaiknya.
Aku belajar masa tengah drive,semasa aku free,semasa nak tidur,ear phone sentiasa di telinga dan hehehehe masa tengah melepas, betul! tak tipu punya,itulah cara aku yang betul-betul nak belajar,korang boleh buat cara korang sendiri yang penting mahu belajar insyallah boleh berjaya.
Aku pernah gagal buat pertama kalinya ketika mengambil ujian morse,tapi aku tak putus asa sebab aku dah tekad nak upgradekan lesen aku serta nak buktikan yang aku boleh menguasai bahasa morse ni.
9M2ALL,9M2RZL,9M2ARR pun punyai sejarah kegagalan yang sama macam aku,tapi mereka ini jadikan kegagalan pertama,kedua bukannya kegagalan untuk selamanya."Slowly slowly catch the monkey" kata arwah haji.Aku dan kawan-kawan amat bertuah kerana atas daya usaha arwah haji Idris ( 9M2GL) yang tak kenal penat mengajar morse di udara membuahkan hasilnya dan sebagai memperingatinya aku abadikan callsignnya pada callsign aku"Alfatihah untuk arwah".
No comments:
Post a Comment