Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, June 12, 2007

DXING ANTENNA YANG DIGUNAKAN


Sejak dari memegang lesen kelas B lagi aku memang teringin sangat nak work on Dxing dekat band hf,sebagai pemegang lesen kelas B cuma 2 band yang dibenarkan oleh MCMC iaitu 10meter dan 6meter.
Berbekalkan modal yang tak seberapa aku memilih untuk membeli set hf tranciever IC178 160meter-10meter,6meter takada support mahu tidak kena main di 10meter band saja,memang feedup bila main di 10meter,lupa pula nak bagi tau antenna yang aku guna adalah antenna inverted vee paling murah paling senang penaik dan hehehe yang tu saja yang termampu aku buat,beroperasi tanpa ATU di band HF adalah suatu risiko yang amat besar jika antenna tak match swr tinggi silap haribulan set tu KO.
Sepanjang CQ di 10 meter cuma dapat contact dengan BV5CRA..masa tu tx 70watt sahaja.

Bab antenna ni memang aku ambik berat sangat,daripada ilmu yang aku baca daripada buku dan rujukan dengan
dengan mereka yang lebih arif tu yang aku berani buat dan gunakan tanpa ATU.
Pengalaman daripada membuat antenna untuk 10meter itu aku gunakan untuk membuat antenna dipole untuk 40m dan untuk 20m.Formula antenna 300/freq bagi sukatan dalam unit meter dan 468/freq untuk ukuran dalam unit inci.
Kedua-dua antenna ni aku pergunakan tanpa was-was,sebabnya aku ikut sukatan yang terperinci.
Mengikut log aku lebih daripada 400 setesen daripada berlainan negara yang aku dapat dengan menggunakan antenna ni,antaranya Jepun,Filipina,Australia,Sweeden,France,Belgium,Taiwan,Hong Kong,South Africa,Syria,Oman ,UAE,India,Sri Langka,Vietnam,Indonesia,Rusia,US,Brazil,Mauritius,Palau,Hawaii dan banyak lagi.

No comments: