Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, September 9, 2007

BELAJAR MORSE CARA AKU

Umur aku yang melepasi 30an ni tergolong dalam kategori punyai daya ingatan yang tak beberapa kuat,tapi nekad dan tekad tulah yang jadi api pembakar semangat ,pada yang baru nak mendalami morse ni aku perturunkan cara aku belajar,walaupun tak sebagus koch method tapi hasilnya boleh membanggakan juga.
Bagi yang ada komputer tak ada masalah install program dan boleh belajar,bagi orang yang macam aku,dekat tempat keja sajalah nak dengar kosentrasi susah sikitlah.

First aku belajar kenal abjad aku rekod A-Z setiap satu dimainkan 20x contoh AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sehingga ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ dengan kelajuan 15wpm,saban hari aku dengar sehingga dah rasa confident aku terbalikkan Z-A bukan apa apabila kita mainkan A-Z kita sebenarnya boleh menjangakan selepas A-B-C-D dan seterusnya,jadi bila terbalikkan Z-A baru kita akan tahu kebolehan menerima kod-kod morse di tahap mana caranya sama rekod dan mainkan sebanyak 20x Z-A bila dah confidentlak aku mainkan ayat bahasa inggeris THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS di sini aku mula pecahkan susunan A-Z aku cuba memahami kod-kod morse dalam susunan ayat yang pendek
Untuk nombor-nombor pula lakukan sama seperti di atas kemudian terbalikkan.

No comments: