Belajar morse pada peringkat permulaan seperti bayi baru belajar memahami bunyi,konsepnya sama semasa kita masih kecil kita dengar ayam jantan berkokok,bunyi salakan anjing,bunyi kicauan burung,bunyi itik,kambing mengembek,lembu menguak dan harimau mengaum,bagaimana kita boleh mengenali bunyi-bunyi ini?
Ya kita mendengar dan dimaklumkan itu bunyi burung,itu bunyi ayam jantan berkokok,apabila setiap hari kita dengari bunyi-bunyi tersebut kita akan tahu dan faham yang mana satu bunyi ayam,itik,kambing,burung dan lain-lain,kita lupakan pasal morse....eemmmm! apabila kita dengar semua bunyi tersebut dimainkan kita akan tahu ada itik,ayam,burung,anjing...nah! inilah yang harus kita faham kenapa belajar morse kita perlu mendengar.Dengarkan bunyi A-B-C-D dan lelain dengarkan iramanya,setelah kita kenal iramanya apabila dimainkan kita akan faham apa maksudnya.
No comments:
Post a Comment