Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, October 20, 2007

BERTINDAK DARI SEKARANG

Suatu yang manis apabila impian kita terlaksana,lebih manis bilamana impian tersebut tak ramai yang sanggup menghadapinya.
Aku tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh 9W2SJS(Sun)beliau gagal buat pertama kalinya dalam cw dan kali ini beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh dan ternyata usahanya tidak sia-sia.
Apa yang menariknya di sini ialah pada sessi pertama beliau dengan muka hemoi berjumpa dengan 9M2ALL(Haris)di Qthnya untuk mohon tujuk ajar,daripada situ bermulanya episod perguruan,tentu sekali dalam masa yang singkat tidak dapat membantu beliau untuk berjaya,beliau gagal dan bagi sessi kedua beliau sekali lagi dengan muka hemoi mohon tunjuk ajar dari 9M2ALL dan kejayaan milik beliau untuk kali ini,apa yang aku nak bangkitkan di sini ialah 3 perkara:

1.Tuntutlah ilmu tak kira guru itu apa bangsa sekali pun jangan jadikan alasan penghalang "dia Melayu,Cina,India segan nak pergi belajar dengan dia".

2.Jangan lokek untuk membantu mereka yang memerlukan tunjuk ajar,sekiranya anda ingin melihat lebih ramai yang berjaya bantulah mereka yang memerlukan.

3.Lakukan dengan bersungguh-sungguh jika anda menyahut cabaran itu lakukan sehingga berjaya"alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan,"alang-alang whiskey biar sampai Mike".

*Hemoi=muka seposen/muka tembok/tak malu

No comments: