Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, October 20, 2007

CONTOH TERBAIK

Hari raya ketiga aku dikejutkan dengan pulangnya kerahmatullah ibunda 9W2JTJ,adalah satu berita sedih tambahan pula allahyaharmah aku kenali sejak 1979 takala kami mula behijrah ke kampung dahulu.Cuma iringan doa dan alfatihah mampu kita sedekahkan kepada arwah.
Apa yang menarik minat aku pada waktu pengkebumian dijalankan ialah kelibat seorang insan yang cukup friendly iaitu Pak youp ( 9W2YR),aku tertarik dengan kedatangannya lantas bertanyakan samada beliau dalam pejalanan pulang ke Baling atau Teluk Intan langsung terus singgah ke sini,kedua-dua pertanyaan aku salah beliau datang daripada Baling semata-mata untuk menyatakan simpatinya pada 9W2JTJ.
Takala selesainya pengkembumian aku sempat eyeball qso dengan beliau dan memuji keperibadian beliau yang patut dicontohi oleh semua lapisan ham,baik kenduri atau kematian jika beliau berkesempatan insyallah akan sampai juga.
Penglibatan beliau dalam menaikkan nama Astra dan petambahan ahli di bahagian selatan tanahair juga adalah daya usaha beliau ,tidak sia-sia jika anugerah ahli paling aktif diberikan kepada beliau.
Kata orang putih "trow one stone kill two birds" hehehe...sesambil tu aku sempat taruh jarum dekat Pak Yop"Yop bila lagi nak ambil Mike"? beliau menyatakan jika diizinkan mungkin April tahun depan,Aku kata kepada Pak Yop dengan ikhlas jika Pak Yop lulus aku yakin ramai lagi akan menyusul,"bila Pak yop lulus Pak yop pula kasi jarum kepada mereka" hehehehe....Yop aku tunggu punya tunggu tak mai juga qth aku
mungkin qrl kot sebab gas aircond kereta habis hari tu apapun anda adalah contoh terbaik sejak dari 9W2RS lagi.

No comments: