Dewasa ini kita acap kali mendengar penggunaan istilah-istilah diadakan sendiri di simplex channel ataupun di repeater,apabilanya dirujuk kepada mereka yang terdahulu ternyata istilah-istilah tersebut tiada dalam catatan,ia dirasakan sebagai satu yang unik untuk perkayakan bahasa amatur yang sedia ada namun ianya sama sekali tidak termaktub dalam SOP "rujuk"MCMC.Amatur radio dalam kelasnya tersendiri meletakkan tatacara berkomunikasi dengan begitu jelas dan mudah difahami oleh semua ahli radio amatur yang saya rasakan ianya"standard"ia adalah satu bahasa penggunaan ahli radio amatur di seluruh dunia,namun sayangnya kini semuanya telah dicampur aduk dengan bahasa/ atau kata bahasa yang tiada rujukan.Semasa melayari web orari saya terjumpa satu file rujukan tatacara berkomunikasi yang khusus untuk ahli radio amatur Indonesia tertarik dengan kandungan jadi saya linkkan di sini untuk sama-sama kita menyelaminya"SOP Orari"
9M2AR dalam tulisannya juga telah menyentuh bab-bab penyalahgunaan istilah-istilah seperti QRX/QRT.Jika dirujuk dalam SOP Orari tidak digalakkan penggunaan istilah Q code jika iannya meyukarkan mana-mana ahli membuat tafsiran atau pemahamannya disalah ertikan.Antara lazim yang kita dengar "QRX saya nak isi minyak nanti saya masuk balik"QRX langsung QRT...mungkin nak maklumkan dia nak keluar dahulu tapi sebentar nanti akan masuk kembali....itu pemahamannya,apapun selagi amalan amalan sebegini terus dipraktikkan ianya akan turun termurun kepada generasi akan datang.
Sebaik-baiknya QRT dahulu kemudian akan masuk semula,tiada QRX berpanjangan 5-10minit,QRX bukan bererti saya berhenti membuat pancaran,ia bersifat sekejap "contoh QRX saya nak cari kertas nak tulis no 55 mungkin 10-20 saat tidak melebih seminit,Tiada maksud saya minta QRX dahulu nanti saya masuk balik.
Cara yang terbaik sebaik menyebut QRT tunggu seketika mungkin 10 saat untuk standby kalau-kalau ada rakan yang memanggil anda.Mungkin pemahaman QRX langsung QRT untuk menyatakan hal demikian,ternyata ianya salah dipraktikkan.QRT juga bukan bermaksud anda tutup station terus"anda cuma berhenti membuat pemancaran"Kecualilah anda menyatakan "QRT langsung "nak tutup set"
Tiada istilah Q code untuk menunjukkan lebat mana hujan seperti "Q1 untuk menyatakan kepada rakan hujan selebat mana.Tegur menegur adalah amalan mulia,namun bila ditegur di udara mungkin ada yang terasa,namun melalui penulisan saya ini adalah wajar bagi kita semua kembali ke pangkal jalan.Orari dalam SOP nya juga melarang ahli-ahlinya mempergunakan kata sendi/meringkaskan nama-nama tempat contoh Papa Papa-Pulau Pinang,Kilo Lima merujuk Kuala Lumpur dan sebagainya.Bila ber QSO ber QSOlah dengan beretika QSO anda didengari oleh rakan senusantara.Jika portable dalam rumah tak perlu nyatakan portable dalam base station,rujuk semula kepada"AA"mobile,portable,base station
sungguhpun anda portable dalam rumah/qth apabila dirujuk kepada "address"anda sebenarnya berada di alamat di mana anda membuat pemancaran,sudah cukup anda nyatakan base station"Bagaimana jika anda gunakan set portable gunakan antenna luar(Setup base station)?adakah anda juga nyatakan anda juga portable?Sebutkan callsign anda sewaktu breakin antara komunikasi yang sedang berlangsung,contohnya 9W2AAA,rakan yang sedang QSO luangkan 3saat untuk mengambil putaran berikutnya dengan amalan sedemikan mana-mana rakan mudah untuk memasuki dalam QSO anda.Jika anda dapat menerima dengan baik 59 uplink rakan anda segera ke simplex.Ketahui larangan sedia ada iaitu jangan beroperasi di dalam kawasan hospital,di dalam feri dan lintasan pejalan kaki.
Jangan benarkan mana-mana rakan menggunakan callsign anda tanpa anda ada disisi,jika ada anda perlu menyatakan rakan anda akan ber QSO anda mulakan pembukaan dan anda juga akan mengakhirinya.Tiada station operate tanpa didahului oleh tuan punya callsign.Mungkin ada yang tersinggung dengan penulisan kali ini,namun apa yang tertulis ini adalah kebaikan bersama.Sentiasa memeriksa dari masa ke semasa sistem antenna anda supaya ia tidak menyebabkan interference kepada audio visual jiran anda.
Astra terbaru mengambil langkah drastik untuk penambahbaikan para ahlinya mengikuti garis panduan yang termaktub,pemantauan perlu dilakukan oleh AMT-Ahli Majlis Tertinggi dan teguran dari masa ke semasa boleh merubah situasi sebegini,9w junior mengguna pakai apa yang dipraktik oleh segelintir ham senior yang mungkin bangga dengan kosa kata yang diturunkan kepada pelapis baru.
LOCAL TIME GMT +8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment