Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, May 15, 2008

KEPUTUSAN BANCIAN DAN RUMUSANNYA

Dengan resminya bancian telah ditutup berhubung"Kenapa 9W kurang berminat untuk upgrade ke 9M".
Saya telah buka undian bancian selama sebulan dan peratusan keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

6% memilih kos lesen A dan set hf adalah satu sebab mengapa kurangnya minat untuk naik taraf ke 9M.

74% memilih cw susah nak lulus,ya seperti yang telah saya jangkakan ialah cw akan mendapat rating yang tertinggi dalam bancian.

20% memilih tak ada semangat nak majukan diri.

*Sebanyak 35 undian yang telah diberikan dan hasilnya adalah seperti yang telah kita saksikan,syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan proses undian tersebut.

Rumusan atau kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialah kesusahan cw masih menjadi igauan rata-rata rakan ham.sesuatu kerja jika dimulakan dengan senang kepuasan yang diperolehi tidaklah boleh dianggap mencapai status kecemerlangan yang maksima,jika dibandingkankesusahan,pengorbanan yang dilakukan.

Bagi saya mereka yang berani mencuba dan berani menghadapi kegagalan adalah lebih baik daripada mereka yang hanya mengeluh panjang tanpa sebarang usaha,kejayaan senentiasa milik anda,cuma anda menidakkannya jika tanpa sebarang usaha..

Sesuatu yang susah jika dianggap susah tanpa sebarang usaha yang dilakukan akan sentiasa dianggap susah hingga ke akhirnya.

2 comments:

amir said...

assalamualaikum...salam perdana dari saya 9w2bmd,operated amir.QTH tg.karang selangor...saya juga berpendapat seperti bang azman perkatakan.bukanlah mudah untuk mendapatkan sesuatu yang berharga.kita perlu berusaha untuk mencapaitahap yang lebih tinggi.bagi saya,seorang yang amatur,x akan pernah puas dengan apa yang di buat.senang citer bila dah dapat 9w,target berikut adalah 9m..satu lagi dalam bab bermain radio,walaupun ia adalah satu hobi,tapi x rugi kalau kita belajar dan dapat menguasai cw.boleh dikira dalam malaysia ni berapa ramai yang memegang callsign 9m.jadi salah satu target saya adalah nak mendapatkan 9m.insyaallah sekiranya panjang umur..saya masih baru dalam dunia radio amatur ni.dan sekarang saya sedang belajar bersama2 rakan2 localan saya.IBR dan NTO yang banyak beri sokongan dan mengajar.insyaallah bang azman,akan datang akan ada beberapa 9m di localan saya...sebenarnya seronok belajar cw ni..orang x tau apa yang kita infokan,atau bualkan..betul tak?he,he...itu je lah wat masa ni..ape2pun salam contact perdana dari saya sekali lagi...boleh lawat blog saya tapi hampeh...tengah nak makeup...

Marn Natural Hair Growth Serum said...

waalaikusalam,maaf lama benar tak reply masej anda,t.kasih kerana singgah di blog yg tak seberapa ni,ya salam perkenalan di cyber,tak kira apa pun yang anda ceburi tentu sekali anda atau sesiapa sahaja akan cuba untuk pergi lebih jauh lagi dalam ertikata lain....kepuasan itu tiada dalam istilah hidup kita,keinginan mencapai sesuatu hendaklah sentiasa ada difokus anda jika tak hanya sekadar luahan tanpa perlaksanaan,syabas kerana mungkin suatu hari anda perolehi apa yg anda idam-idamkan.