Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, June 16, 2008

Nak Celoteh sikit

Rasanya dah lama benar tak menulis topik berkaitan cw,line internet yang terbatas menyekat kebebasan untuk mengemaskini blog saya,sesekali terpaksa jua menerjah ke cyber cafe yang berdekatan untuk mendapatkan info terkini
eeemm...agak leceh, dengan masa dan kelajuan server yang goyah sedikit sebanyak membantutkan idea dan infomasi yang dicari...arghhhhhh!!! tinggalkan rentetan algojo seketika....

Alhamdulillah impian untuk menguasai 25wpm nampaknya akan membuahkan hasil namun terlalu awal untuk saya katakan bahawa saya selesa dengan keadaan dan kejayaan sekarang, penumpuan saya kepada 20-25wpm menghampir 80% proficiency, sesekali saya memaksa diri untuk mendengar 30-35wpm dan adakalanya 40 hehehehehe...ukur baju badan sendiri!!!, pada mulanya saya fikir ia adalah suatu yang tidak logik namun ianya taklah sesusah mana di awal tanggapan saya.Mendengar pada tahap kelajuan sedikit atas keupayaan kita sememangnya menjadi satu cabaran namun kecenderungan mendengar berserta konsentrasi yang jitu pasti tidak akan mempersiakan sesiapa sahaja.Hehehe.....seperti dahulunya dan kini cw rekod (hp)akan dimainkan di hujung kepala di tepi telinga selama 20-30minit tak kala saya bakal hanyut dibuai mimpi indah*cukuplah sekuat nyamuk yang berdesing ditelinga bukannya mengeggarkan satu kamar...hehehehehe

Terus terang saya katakan walaupun saya menguasai 25wpm ( Reflex ) tapi saya tak beberapa selesa untuk copy perfect 25WPM-(ACS dan ECS ) keseluruhan, maksudnya ialah saya masih lagi mengikuti "Actual character speed 25 WPM " dan "Effective code speed 18WPM".....eeemmmm....pemburuan saya masih diepisod awal....oh ya! saya rasa 9M2ALL,9M2RZL dan 9M2MRL juga ke arah yang sama juga.
Sesuatu yang janggal buat saya seolah kebingungan ialah sukar untuk mentafsir kod yang dimainkan sekitar 12-13wpm
anda tak percaya?? cubalah.... tapi bagi yang ingin menghadapi ujian morse saya nasihatkan jangan berusaha ke arah ini.
Rythmic speed agak berlainan antara 12-13wpm dan 25wpm,bagi yang expert ini tak jadi masalah,apa pun bagi mereka baru macam saya sedikit sebanyak kebigungan.

Saya tidak sehebat arwah Haji Idris ( 9M2GL ),9M2FK-Pak Eshee,9M2ZA-Zainal,9M2SZ-Shah,9M2AR-Cikgu Rahman,9M2RI-Pak Alex,YB6LD-Don untuk menguasai tahap 30WPM ia bukanlah suatu yang sukar,sepastinya kejayaan mereka adalah sama dengan liku-liku perjalanan saya dan rakan-rakan ketika ini ,bagaimanakah dengan perjalanan anda untuk memburu 9M adakah melalui kesukaran?

Tanya pada diri anda,adakah anda betul-betul mendisplinkan diri anda?
mungkin kerana displin diri yang mantap rata-rata tentera/navy hanya mengambil masa sekitar 6 bulan untuk mahirkan diri mereka dalam menguasai morse ,memang benar mereka hanya fokus ke arah itu,tapi itu tidaklah mustahil, jika kita mempunyai displin yang tinggi melebihi atau menyamai mereka.
Adakah anda betul-betul berazam ke arah itu atau sekadar anda hanya "Pak Turut"atau "Hangat-hangat taik ayam" yang hanya menuruti ajakan kawan-kawan dan kejap bersemangat kejap lembik.

Adakah anda kerap berputus asa?
Sebagai contoh anda masih tak nampak hasil yang anda usahakan,jika ia "BERSABARLAH"
tiada jalan mudah untuk memahirkan diri,jangan belajar dengan keadaan memaksa diri,berhenti untuk 1,2 atau 3 hari rehat secukupnya tanpa mengingati apa-apa perkara berkaitan dengan CW,kemudian masuk kembali ke trek dan anda akan rasakan betapa freshnya anda.

Bagi yang menghadapi masalah dengan beberapa kod seperti YCPFXY cuba gunakan format di website W1AW
main dan ulangi kod-kod group tersebut dari masa ke semasa,lebih bagus jika anda mempunyai program koch,anda boleh setkan pelbagai cara mengikuti kehendak anda speed,tone,plain text,code character mudah kan? Sentiasa percaya kepada kebolehan anda,"kejayaan pasti dapat dicapai jika saya terus berusaha,jika tidak saya pasti akan menemui kegagalan...jika gagal "Sentiasa berfikiran positif"saya masih belum menemukan hasil atas daya usaha saya,saya perlu tingkatkan usaha saya.

Wujudkan idola peribadi anda sebagai contoh meletakkan 9M2XXX sebagai idola,saya akan menemukan hasil seperti beliau dan suatu hari nanti saya boleh QSO cw sepantas beliau.

Beyond the limit......ni kira suatu yang jarang orang inginkan "cukuplah...cukuplah" berpuas hati pada tahap yang minima jangan menidakkan keupayaan anda untuk membatasi tahap minimum tersebut....sebab itu kita disarankan untuk copy speed yang lebih atas daripada speed yang kita selesa,kepada mereka yang dah lulus cw cabaran dalam cw sentiasa menunggu anda
jika anda atau saya gagal untuk copy high speed cw transmission di cw band anda dan saya tentu sekali belum mencapai kepuasan dalam hobi ini,lainlah jika anda hanya berusaha untuk ke arah 9M sahaja,tidak kah rugi sekiranya anda terpaksa QRT daripada terus QSO bila mana kondisi band kurang sesuai untuk melanjutkan QSO anda.

Seandainya cw bukan lagi perkara asas utama untuk peningkatan ke kelas A,maka akan wujud 2 golongan ham kelas A di Malaysia iaitu yang tahu cw dan yang tidak,jurang ini menyamai lesen A dan B,untuk merapatkan jurang perbezaan ini golong tersebut perlu menguasai cw kemudian kelak.Persoalannya pula adakah golongan ini akan berbuat sedemikian?
Penguasaan kemahiran cw bukanlah suatu yang sukar,ia seumpama anda belajar suatu bahasa yang baru,mari kita lihat kod-kod asas:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
, . / ? =

Terdapat 41 karektor asas yang perlu anda kuasai untuk permulaan,eemm...mana yang paling rumit?Jika pendatang asing seperti Myamar,Bangladesh,Vietnam,Nepal,Philipina dengan mudah menguasai bahasa Malaysia tentu bagi anda cw juga mudah,betul tak?
Apabila sesuatu keinginan diletakkan pada objektif utama tentu sekali apa yang dicita-cita bisa terlaksana,begitu jua dengan cw jika anda serius anda pasti bisa menguasainya.

No comments: