Air,api,tanah dan angin ini adalah unsur yang boleh dikatakan sering dipergunakan oleh masyarakat lama berhubung untuk melihat ciri-ciri pada diri seseorang,sebagai seorang muslim kita tidak wajib untuk mempercayainya begitu juga dengan hari ini di mana angka pada tarikh lahir seseorang itu boleh
membawa bertuah apabila kita mempelajari atau mengenalnya dalam mendalami "Rahsia Tarikh Lahir"Bagi nama pula halnya agak berlainan jika seseorang itu namanya Abdul mempunyai 5 karektor abjad maka disusun A=Air B=Api D=Tanah U=Angin L=Air.
Jika ianya berakhir dengan air maka merujuk kepada sikapnya adalah agak penyabar,sejuk hati dan beberapa lain.
Saya sebenarnya bukanlah hendak mengajar erti semua perkara sebegini,saya ingin mengajak anda supaya lihat beberapa situasi yang mungkin belaku,sedang berlaku dan akan berlaku dan apakah cara yang sepatutnya ditangani dengan berhemah atau lebih bersopan.
Dalam hobi ini anda dan saya mungkin pernah mungkin tidak, berhadapan dengan situasi yang mana ketika anda berhubung
dengan rakan di radio,tiba-tiba pemancaran anda dipintas/pancung/ditekan PTT dengan sengaja,pada anda dan saya sekiranya hal ini terjadi mungkin pihak yang melakukan mempunyai niat yang tidak baik.Sebagai pihak yang diperlakukan sedemikian usahlah cepat kita melatah,amarah ada sifat azali iblis dan syaitan dan begitu juga pihak yang memperlakukannya.
Kita perlu peka dengan situasi atau dengan topik yang diperbualkan,ada pihak yang suka dan ada pihak yang tidak,untuk menegur mungkin agak sukar menekan PTT adalah difikirkan jalan paling mudah oleh individu tersebut.Oleh itu janganlah kita memajak repeater terlalu lama dengan topik yang membosankan.
Merujuk kepada perkara ETIKA DAN PROSIDUR /TATACARA OPERASI IARU edisi ke 2 Julay 2008
Perkara 11.7 APAKAH YANG PERLU DIBUALKAN DI JALUR/BAND AMATUR?
Hal atau perkara-perkara yang diperbualkan dalam komunikasi radio amatur sepatut/seharusnya berhubung kait dengan hobi
radio amatur.Ham radio adalah hobi tentang/mengenai keadah perhubungan radio namun pada pendapat saya tidak salah jika
ianya tidak tersasar daripada hal-hal yang negatif.
Dalam perhubungan radio kita ditegah sama sekali untuk menyentuh perkara seperti berikut?
1.Hal-hal berkaitan agama
2.Hal-hal berkaitan politik
3.Perniagaan,anda boleh bercerita hal yang bersangkutan dengan pekerjaan anda tetapi tidak untuk bertujuan menghebahkan
sebagai satu bentuk pengiklanan.
4.Hal-hal menghina/mempersendakan/menjatuhkan air muka secara langsung atau tidak kepada individu,kumpulan,bangsa,agama atau hal berkaitan kejantinaan.
5.Lawak jenaka kamar tidur/bilik mandi,jika jenaka sedemikian tidak kita ceritakan kepada anak kita yang berumur 10 tahun
usahlah diceritakan kepada umum.Kita harus peka bahawa perbualan kita mungkin dikongsi dengar dengan rakan yang sedang mobile atau sedang bersantai bersama Keluarga.Adakalanya satu ayat mempunyai 2 maksud yang berlaian namun jika ianya berkonsepkan kepada kelucahan elakkan dipergunakan.
6.Mengikut etika dan tatacara IARU perkara yang tidak bersangkutan dengan radio amatur harus dielakkan.
Merujuk kepada perkara 11.7.6 tak ramai ham kalangan kita termasuk saya sendiri tidak mempunyai latar belakang yang berpengentahuan teknikal atau berpendidikan teknikal,adalah agak sukar untuk mengikutinya,apa pun saya rasa tidak menjadi satu kesalahan untuk berbicara hal-hal berkaitan yang tidak bersangkutan dengan bab teknikal asalkan tidak menyingung mana-mana pihak.
Ham hari ini diwarnai dengan ahlinya yang dikalangan pelbagai profesion daripada nelayan,petani sehinggalah ke golongan
professional,hobi ini bukan lagi mampu dimiliki oleh mereka yang berstatus berjawatan tinggi,kajian tak rasmi telah mendapati bahawa tidak semua ahli ham yang mempunyai satu hobi sahaja,ada yang minat memancing,sukan lasak dan hobi amatur radio adalah tempat mereka menemui rakan yang punyai hobi yang sama dengannya.Suka saya ingatkan saya sendiri dan juga rakan-rakan sehobi,lesen amatur radio adalah merujuk kepada
stesen radio peribadi yang membataskan semua aktiviti pemancaran kecuali perhubungan sesama ahli.
Apakah dibolehkan kita memancar dengan tujuan menghiburkan memasang muzik?
Jawapannya tidak sama sekali,frekuensi radio amatur bukan digunakan untuk penyairan lagu-lagu atau muzik ini yang ramai dikalangan ahli tidak ambil kisah,ada yang memacar lagu-lagu dengan niat untuk memperdengarkan kepada rakan radio amatur yang lain,ia adalah salah disisi undang-undang.Frekuensi radio amatur adalah untuk tujuan ujian,kajian dan yang bersangkutan dengan hobi ini,ia bukannya sebagai satu stesen radio komersial.
Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah apa bila ber QSO latar belakang muzik contohnya dalam mobile hendaklah
tidak diperdengarkan semasa qso yang sedang berjalan,perlahankan bunyi muzik supaya tidak menggangu qso yang sedang berlangsung.
Seperkara lagi janganlah emosional bila berada di udara,kawal perasaan anda dan jangan maki hamun walaupun anda ingin menunjukkan keperihatinan anda kepada sesuatu yang sedang berlaku.
Setiap teguran kita ambil dengan hati terbuka,kesalahan adakalanya kita lakukan tanpa kita sedari,jangan menegak benang basah,salah tetap salah,perkara berkaitan sop perlu diikuti jika frekuensi radio amatur dipergunakan oleh amatur tapi tidak mengikuti tatacara yang sepatutnya seperti tak menyatakan callsign sektidak-tidaknya dalam masa 3 minit sekali,qso pula seperti pirate station maka oleh yang demikian,sesiapa yang monitor frekuensi tersebut mungkin beranggapan ianya adalah digunakan oleh pirate station.
Sebagai ahli radio amatur yang berlesen seharusnya kita akan memelihara tatasusila,kata pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengucap hehehehehe....lawak tu lawak juga,apabila telah sebati dengan perlakuan tersebut maka tidak hairanlah diluar pun akan serupa keadaannya.Apakah kita layak menjadi contoh yang sempurna jika kita tidak dapat memberikan contoh yang baik kepada jenerasi baru.Biar pun sekadar hobi salah tetap salah,untuk masuk ke Singapura kita perlu mendapatkan passport,apa pandangan anda jika ada pihak lain yang masuk dan keluar ke sana tanpa passport atau visa apakah anda hanya tersenyum kerana perlakuan sedemikian?
Mungkin ya sebab anda suatu ketika pun lebih kurang sama juga seperti mereka dahulu,inilah situasi yang terjadi sekarang dan akan terus berkekalan selama-lamanya bila pihak berkenaan masih tidak berubah.
No comments:
Post a Comment