Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, September 5, 2009

CATATAN RAMADHAN

Ramadhan sudah melepasi pertengahan,manakala hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi kalau tak silap mengikut pengiraan saya gelanggang morse bakal dibuka maka iannya akan ditempuhi oleh mereka-mereka yang ingin menaik taraf ke setapak lagi dalam arena hobi ini.
Suka saya nyatakan disini apa pun yang bakal terjadi pada Oktober nanti itulah yang membuktikan apakah segala usaha yang selama ini sudah mencukupi atau sebaliknya.

Ketika minyak naik harga,orang tua di kampung tertanya-tanya entah pulang ke tidak anak-anak berhari raya tak kala gula pasir kiat disorok oleh peniaga-peniaga......rakan-rakan
terus tekun berusaha untuk satu kejayaan yang bakal dicipta,apakah usaha kali ini membawa makna atau hanya serupa juga?
Mungkin tidakkkkkkkk!!! pada mereka yang lama menginginkannya.Saya dan beberapa rakan walaupun telah
lama melalui saat sukar itu kini sengaja menyemakkan masa yang ada semata-mata untuk pergi lebih jauh lagi dengan apa yang telah diperolehi,agak mendukacitakan saya walaupun setelah setahun berlalu masih belum mencapai target 25wpm secara menyeluruh.

Dalam hati ini...pernah terdetik buat apalah.....nak pergi lebih pantas lagi apakah....dah cukup dengan apa yang telah
diperolehi?lumrah manusia memang sebegini,jangan lihat pada situasi yang saya hadapi lihat saja kepada anak muda
dijalanan sang rempit yang tak pernah tidak serik jatuh,patah tangan patah kaki masih lagi tak serik-serik....persoalannya
apakah matinya rakan-rakan seperjuangan serempitan itu tak cukup megisafkan mereka-mereka ini....nah apakah semua ini
ada persamaannya dengan kita semua?

Seperti telah saya nyatakan tadi,lumrah manusia memang sebegini tidak pernah rasa cukup dengan apa yang dimiliki
bini satu tambah dua,kaya nak kaya lagi.....dah ada kereta arghhhhh tak best dah jemu tukar kereta baru....eeemmm
selagi termampu apa sahaja mampu dimiliki,ujian cw??

Alhamdulillah sepanjang ramadhan yang banyak menguji kesabaran disamping tingkatkan ketakwaan dan keimanan sudah pasti rakan-rakan saya,juga turut tingkatkan usaha untuk ujian cw pada Oktober ini.
Desas-desus tak rasmi mungkin ujian cw kali ini akan dihadiri oleh seorang seri kandi,saya amat mengharapkan kejayaan sulung buat beliau...."jika benarlah bagai dikata",saya masih ingat sessi pertama saya menempuhi ujian ini ada seorang seri kandi juga hadir menguji diri,namun tewas jua akhirnya....namun selepas bergelar ibu hasratnya terus berkubur....9W2DQZ xyl kepada 9M2DZ.


Saya juga mengharapkan kejayaan seorang rakan ...kalau tak silap saya dah masuk kali XXX,saya doakan kejayaan beliau untuk memimpin generasi baru yang masih tercari-cari hala tuju dalam hobi ini.Pada mereka yang akan menempuh ujian lakukan latih tubi jika ada masa lapang hanya dengan cara ini sahaja akan memperbaiki sedikit kelemahan yang dihadapi.

3 comments:

Anonymous said...

Dikawasan V17 ada beberapa ahli telah menghantar borang untuk peperiksaan morse code. Pada mulanya ramai yang berminat tapi bila tiba masa menghantar borang
ramai yang " hilang telor " dan memberi seribu satu alasan.
Kepada yang telah berdaftar saya ucapkan tahniah. Gagal atau lulus soal kedua. Kepada rakan yang telah mencuba lebih 3 kali saya berharap anda akan lulus.
Pada perhatian saya , saya dapati ramai yang tidak berapa sedia menghadapai ujian ini. Mereka berharapkan nasib dan belas kasihan pemeriksa. No way , my friend.
Kepada semua calon CW test saya mengucapkan selamat bertarong dan InsyaAllah saya akan berada diMCMC untuk memberi sokongan moral.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Rashid 9m2rs

Anonymous said...

insyaAllah, dengan doa rakan2, berkat ajaran guru CW, semoga titik peluh dan masa yang dkorbankan berbaloi.jumpe di sana..(",)

Anonymous said...

saya kesana juga akan menberi sokongan moral harap tahun ini dapat masok juga jika tidak mendengar di celah celah pintu sambil minum kopi mahal....

Haris 9m2all