Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, September 9, 2009

Tangkap Kepala Atau Tangkap Ekor

Isssh....aisey!! masa dah suntuk nak nak ambil ujian tetapi group-group nombor saya masih lagi tak berapa nak confident ni!!


Ya...pembelajaran nombor-nombor atau angka-angka jika anda perhatikan adalah mudah namun bagi mereka yang kurang memberikan penumpuan pada sessi angka-angka didapati agak gelisah kerana sessi ini belum khatam lagi Oleh yang demikian satu latihan progresif hendaklah dilakukan,



Dengan kelajuan 12wpm adalah positif atau keberangkalian untuk membilang pada pendapat saya adalah 90% tambahan lagi pada sessi ujian sebenar pihak MCMC masih atau akan kekalkan pada kelajuan seperti terdahulu iaitu 12wpm dengan ada gap atau spacing.


Seperti mana yang kita sedia maklum semua angka atau nombor mengandungi 5 karektor (daa ataupun dit)jadi ia agak mudah untuk anda menjawab tone angka yang dimainkan.

Bagi mereka yang terdesak dalam kesuntukan masa gunkan teknik TANGKAP KEPALA atau TANGKAP EKOR

Caranya sebegini......*rujuk carta morse *

Apa pun saya keluarkan angka yang mudah iaitu angka 0 =da da da da daa dan 5 =di di di di ditt

Baki tinggal lagi 2-3-4-6-7-8-9

Apa kata kita pecahkan kepada dua kumpulan pula iaitu DAA- DIT dan DIT -DAA

Kumpulan DAA- DIT ialah:Dimana anda perlu tangkap EKOR
Saya katakan kumpulan DAA- DIT adalah kerana ia bermula dengan DAA berakhir dengan DITT

Perhatikan angka 9 =DA DA DA DA DIT ,apa pun perkara pertama yang perlu diketahui ialah 9-8-7-6 adalah bermula
dengan DAA berakhir dengan DITT

Apa yang perlu anda lakukan ialah berikan tumpuan pada bunyi pertama jika bermula dengan DAA maka logiknya nombor yang dimainkan adalah bukan dari group nombor 1-2-3-4 *saya tak masukkan nombor 5 kerana 5 adalah angka atau tone mudah begitu juga dengan 0

Konsentrasi adalah perlu apabila tone bagi nombor Daa dimainkan kira berapa DITT yang berakhir jika :
Saya catatkan di sini untuk anda perhatikan.

1 DIT ianya adalah angka 9
2 DIT ianya adalah angka 8
3 DIT ianya adalah angka 7
4 DIT ianya adalah angka 6

Kumpulan kedua ialah DIT-DAA ialah :Dimana anda perlu tangkap KEPALA
penerangannya adalah sama seperti di atas,apa yang perlu anda ketahui ialah nombor dalam group ini iaitu 1-2-3-4 saya tak masukkan nombor 5 kerana 5 adalah angka atau tone mudah.


Sama juga konsep di atas konsentrasi adalah perlu apabila tone bagi nombor Dit dimainkan kira berapa DITT yang bermula :
Saya catatkan di sini untuk anda perhatikan.

1 DIT ianya adalah angka 1
2 DIT ianya adalah angka 2
3 DIT ianya adalah angka 3
4 DIT ianya adalah angka 4


Teknik tangkap kepala atau ekor ini sebenarnya anda juga boleh terbalikan dengan apa yang saya jelaskan di atas mengikut keserasian anda untuk 1-2-3-4 tangkap kepala dulu pun tak apa dan bagi 6-7-8-9 tangkap ekor dulu pun takpa
asala faham konsepnya.

konsep di atas amat berguna bagi mereka yang masih belum khatam dalam sessi group nombor.

1 comment:

Anonymous said...

betoi tu bang man,tangkap kepala atau ekor...tapi jika tak dapat dia akan tokak hehe...