Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, September 17, 2009

MINAL AIDIL WAL FAIZIN *MAAF ZAHIR BATIN









Tak beberapa hari lagi kita akan merayai hari lebaran 1 syawal yang amat bermakna,hari meraikan kemenangan setelah sebulan
berpuasa menahan lapar dan dahaga juga melawan nafsu selera batin dan seadanya.
Allahhuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahhilham.....syukur kepada yang maha esa atas limpah kurnianya kita masih dapat menyambut ramadhan pada kali ini sehingga di penghujungnya.

Malam-malamnya telah kita penuhi dengan acara sunat yang hanya boleh kita perolehi setahun sekali andai kata tahun ini kita keciciran insyallah tahun hadapan kita lebihkan.
Pada mereka yang telah kehilangan saudara terdekat sepastinya keceriaan syawal kali ini ada kekurangannya namun jangan kita tangisi ketiadaan itu untuk selamanya,hadapilah dengan tabah sesungguhnya setiap kepemergian itu sudah tercatat sejak azali lagi,yang pergi tetap pergi yang tinggal harus meneruskan perjuangan mencari bekal untuk alam yang kekal.


Sepanjang saya menulis di blog yang serba kekurangan ini mungkin ada beberapa posting yang telah memberikan impak
secara positif atau negatif kepada pembaca di luar sana,alhamdulillah andainya positif semua itu adalah pemberian illahi manakala yang negatif itu datang daripada saya sendiri.

sebulan berpuasa menahan lapar dahaga kini tiba masanya hari kita bergembira meraikan kemenangan dengan seribu keceriaan,namun jangan kita lupa pada yang telah tiada kelak kita jua akan turut bersama mereka,andai aidilfitri ini adalah yang terakhir buat kita maaf dipohon salam dipinta semoga dosa kelancangan tutur kata dusta dan nista hilang begitu sahaja
termakan halalkan aja...terhutang???? jangan dok wat lupa laaaa.......


kalau makan dodol tu yang mana ada gigi palsu jangan makan tengok jaaa... ketupat pulut,lemang makan agak-agak jaaa.....kata orang tua angin..tak pepasal sakit perut...
hari baik bulan baik......ni nak minta maap kalau nak bagi duit raya pun kita seribu kali sudi... 5 hari cuti jangan lupa diri.........bagi yang pulang beraya drive carefully agar tak ada sms daripada kengkawan yang sipolan sipolan.....masuk spital.....pandu cermat duit selamat pandu ligat kan kena pukat....(saman lah tu) balik kampung jangan kedekut plak...rezeki lebih duit raya untuk anak buah jangan lupa plak... masa tu bulat maksudnya putaran masa errrr...tak percaya tengok jam dinding pukul 1 ke pukul 12.00...
hari ni kita bagi angpau raya kat depa esok-esok manalah tau kot-kot panjang umur dapatlah merasa depa bagi kat kita pula....wah..wah..wah.....eeemm sedekah jangan fikirkan benda macam tu betul tak... yalah...tapi sepanjang dok nampak putaran alam macam itu lah....jadinya orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa..........

selamat hari raya...selamat hari raya.....selamat harriiiiiiii rayaaaaaaaaaaaa..............


Ni nak kasi tips bagi mereka yang pulang beraya di kampung

1.Spare 1-2 paket syampu rambut,apabila aircond kereta tak berfungsi ketika hujan lebat turun
sudah pasti cermin kereta akan jadi berkabus dan ini akan menggangu penglihatan anda.
sapukan satu paket sampu bersama sedikit air pada cermin kereta dari arah dalam.....dan anda akan
dapati kabus akan kurang atau hilang terus,anda masih boleh memandu ketika dalam hujan.


2.Sewaktu hujan lebat siang hari wap-wap air,atau air hujan akan menggangu penglihatan anda,untuk
mengatasi masalah ini anda pakailah ray ban(cermin mata hitam kalau yang warna kehijauan itu lebih bagus)
dengan ini anda mudah melihat garisan jalan (line jalan)

3.Apabila hujan terlalu lebat bertindaklah supaya kenderaan anda dapat dilihat oleh kenderaan yang lain
caranya onkan double signal sambil kekalkan berada di laluan biasa iaitu di sebelah kiri jalan.

4.Ketika memandu di jalan yang agak sempit,apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan sepanjang
pemanduan anda cermin kereta sebelah kanan tidak melepasi jarisan putih,jika berada di atas jarisan putih
risiko untuk "melanggar cermin"berisiko tinggi.

5.Sepanjang pemanduan berikan tumpuan kepada temperature meter untuk memastikan keadaan jarum
meter temperature berada dalam keadaan normal,tidak berada pada paras kepanasan,jika dapati jarum naik
agak tinggi sedikit daripada keadaan asal tentu ada berlaku sesuatu yang tidak kena.
Langkah tindakan awal dapat mengurangkan risiko terkandas di tepi jalan.

6.Apabila melalui sekatan jalan raya "Road Block"sebelum sampai agak-agak 5 meter di hadapan pihak
penguatkuasa onkan lampu dengan cara ini,mereka secara tak langsung akan dapat melihat semua penumpang
dalam kereta tersebut,adalah lebih baik daripada mereka menyuluh sehingga ke bahagian belakang.

No comments: