Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, October 2, 2009

DEBARAN KIAN TERASA

Pantas sungguh masa berlalu ujian cw tinggal tak beberapa hari lagi,alhamdulillah sehingga kini ramai yang telah lulus dan juga yang kandas,9W2GET telah meletakan harapan yang tinggi kepada xylnya,saya juga begitu juga agar kali ini Perlis Indera Kayangan akan tercatat dalam lipatan sejarah bahawa walaupun statusnya sebagai negeri yang populasi ham kelas A agak tercorot namun ini bakal ditebus dengan kehadiran sri kandinya yang bakal menjulang nama Perlis dan warga radio amaturnya.

Walaupun sebelum ini sudah tercatat rekod kehadiran XYL yang menjulang piala cw di Cyberjaya maaf,saya tak pasti apakah itu ujian sebenar-benar ujian atau hanya dikehendaki hadir untuk pengisian.
Khabar yang tak pasti Pahang juga akan menyahut cabaran ini dengan menampilkan juga sri kandi mereka kalau tak salah saya iaitu 9W2RBY,apa pun tahniah dan syabas kerana kehadiran anda akan menaikkan imej amatur radio dikalangan YL dan XYL di negara ini dan juga memberikan tamparan hebat kepada insan yang dah lama main radio Sesungguhnya kemahuan itu bisa mengatasi segalanya,bak kata "pepatah gunung nan tinggi bisa dibuat hamparan sejadah keimanan juga dijadikan taman impian"usah jelaskan faktor kesibukan sebagai penghadang jalan untuk anda melintasi sempadan kejayaan,apa pun status yang bakal dirangkul oleh mereka menang atau tewas itu bukan persoalannya kata orang kalau takut dilanda badai,usah berumah ditepian pantai,kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga sepastinya mereka ini telah mempersiapkan diri untuk menghadapi saat debaran ini.....bukan kah begitu???
Status sebagai ibu dan wanita yang berkerjaya sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada mereka ini untuk terus mempelajari cw,saya akuinya kerana bukan mudah untuk melepasi tahap pertama dan seterusnya.

Agak mendukacitakan kerana saya tidak dapat turut serta apa pun saya doakan kejayaan kepada anda berdua.Bagi Pak Yop pula ini merupakan kali ke4 rasanya,secara peribadi saya dapat rasakan beliau lebih bersedia jika dibandingkan dengan sessi sessi yang telah berlalu,agak jarang mendengar audio beliau dipengulang,kepada YR "status menang atau kalah bukan milik sesiapa ianya adalah milik anda"jika pada sessi kali ini anda melepasinya maka itu adalah usaha anda jika tidak teruskan usaha,rakan-rakan bisa mengatakan apa sahaja kerana mereka itu diluar gelanggang dan andalah pejuang yang terus berjuang untuk memperlihatkan kejayaan anda kepada mereka tanpa mengenal jatuh dan tersungkur.

Insyaallah melalui rakan-rakan penyokong setia liputan terus daripada MCMC Cyberjaya akan diteruskan seperti musim-musim yang sudah.

4 comments:

Anonymous said...

Setakat ini bererapa 9M telah menyatakan hasrat mereka untuk pergi ke MCMC pada 7hb Oktober untuk memberi sokongan moral kepada calon calon CW
9MAALL
9M2AR
9M2RS
9M2ZC dan lain lain lagi

Kami semua mondoakan supaya anda semua lulus.Kami semua adalah species yang hampir pupus di Malaysia dan anda semua dalah bakal radio amator yang akan menceriakan frequecy HF dan meletakkan Malaysia di peta radio amator dunia.
Kepada semua calon saya nasihatkan datang awal. Kepada yang tidak tahu laluan keMCMC saya dan rakan akan berada di 145.500 untuk membantu.

Selamat berjaya dan jumpa diMCMC pada 7hb Oktober.

Rashid 9m2rs

Anonymous said...

Doakan kejayaan kami. kami pun bersedia bertarung di arena cw itu nanti...segala persiapan rapi sudah disiapkan...segala pengorbanan telah pun dicurahkan...masa dan tenaga banyak digunakan dalam bulan - bulan sebelum ini...tentu cabaran yang sebenar menanti 7 oktober ini dan ia bakal menentukan setakat mana persediaan rapi yang telah ditempuhi...

Team Johor

Anonymous said...

tahun menanti bulan,bulan menanti hari,hari menanti waktu, perasaan getaran akan bermula....kenapa ya?

Ya peminat setia akan menbuat liputan terus menerus dari SKMM Cyberjaya tunggu lah keputusannya
di blogs ini...

"tak sabar nak minum kopi mahal"

mazru said...

salam..

Doakan kejayaan bonda saya 9w2rby dAN adik2 saya di cyberjaya..

insyaAllah sy akan turun utk menemani rakan lokalan Kerayong yg akan menduduki exam CW iaitu:

9w2rby-ruby bonda 1st timer
9w2frd-firdaus adik saya(2nd try)
9w2adh-adha(1st timer)
9w2ozm-bajam(1st timer)
9w2alu-alu(1st timer)
9w2aza-maza adik saya(1st timer)
9w2sza-azuan (mungkin absent sbb yg tak dapat di elakkan.

semuga mereka berjaya..insyaAllah.

9m2mzr