Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, October 3, 2009

Suatu hari di hari periksa

Suatu hari di hari periksa
Aku menanti dengan gembira
apakah akan kesudahannya
ujian cw yang cukup bermakna

Suatu hari di hari periksa
ujian cw untuk kali pertama
segala persiapan terlaksana
9 mike pasti jawapannya


Suatu hari di hari periksa
kita jumpa di cyberjaya
minum kopi mahal harga
kalau tak minum rugilaaa...

Suatu hari di hari periksa
jangan gugup gentar tak pa
kalau masih gugup juga
alamat mai lagi sekali laaa...

Suatu hari di hari periksa
macam dok pesan sentiasa
bila ada peluangnya
mintalah ulang buat kali kedua


Suatu hari di hari periksa
hari yang cukup bermakna
masa jawab jangan hilang punca
fokus dan berikan tumpuan sentiasa

Suatu hari di hari periksa
sessi mula dah tak tau apa
maka seterusnya dah tak ada makna
lain tahun datanglah pula...


Suatu hari di hari periksa
yang mantap akan berjaya
yang separuh kembali mencuba
yang main-main tak dapat apa


Suatu hari di hari periksa
medan gelanggang di cyberjaya
tangkap beruk kata mereka
yang kena tokak pasti merana

Suatu hari di hari periksa
harap semua lebih sedia
buktikanlah kepada mereka
yang anda boleh berjaya

5 comments:

Anonymous said...

Suatu Hari Dihari Periksa
Guru Besar Suruh Teka
Jika Sentiasa Dok Leka
Depa Kata Salah Belaka

jumpak d sana....73

mazru(9m2mzr) said...

hehe..jumpe d sana..

satu hari study cw
dekat exam jadi buntu
gostan kereta pun dengar cw
telinga pun dah naik kematu....

Anonymous said...

suatu hari dihari periksa
bilik periksa sungguh sunyi
deka kata ada pesta
periksa apa yang berbunyi?

jawaplah bang man oiiii

suatu hari dihari periksa
bilik kotor psnggil amma
ambil periksa main teka
dapat minum kopi percuma


suatu hari dihari periksa
diteman rakan haji tapa
depa kata senang aja
belajar habis sudah lupa

suatu hari dihari periksa
pakai baju cukup lawa
jika gagal jangan kecewa
tahun depan tentu berjaya

20dB Over 9 said...

ok ok ni nak jawab


suatu hari di hari periksa
bilik periksa senyap sunyi
nak tau ka apa ka punca
pakat pakat dok nak tangkap "monkey"
hehehehehehe

Anonymous said...

suatu hari dihari periksa
bawak berok tak ada gigi
kalu macam ni senang sekali
tentu nak pergi syok sendiri

suatu hari dihari periksa
mcmc dah tahu apa nak jaga
apa kata kita lepas yang muda
baru perserta yang terasa

suatu hari dihari periksa
tangkap ikan dengan tuba
lepas lah yang tua atau yang muda
semangat perseta tentu tergoda