Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, October 9, 2009

PERLIS... OH.. PERLIS





Eemm........pepatah ada mengatakan "diam-diam ubi berisi""diam-diam besi berkarat"selepas saya membuat penelitian daripada senarai yang lulus cw kali ini  mereka adalah bukannya namanya yang selalu kita dengar di rangkaian pengulang Astra,Marts atau seumpamanya daripada senarai lulus ini boleh disimpulkan mereka adalah dikalangan yang dalam diam menyimpan impian untuk mengorak jauh ke hadapan,ujian dan cabaran cw merupakan salah satu di antaranya sekarang mereka boleh menarik nafas lega kerana impian sudah terlaksana,saya pasti jika ada satu ujian untuk ke tahap seterusnya mereka-mereka ini pasti mahu bergerak ke setapak  lagi ke hadapan.

Perlis walaupun sebuah negeri yang populasi hamnya jauh ke belakang dalam sejarah amatur radio mencatatkan beberapa rekod menarik antaranya ialah:

1.Pernah tercatat Pegawai Pegiring Diraja yang mempunyai lesen radio amatur iaitu Allahyarham Datuk Pawanteh dulunya memegang callsign (9M2PZ).


2.Negeri yang pernah mencatatkan punyai 3 orang ham sekeluarga 9M2PZ-Allayarham Datuk Pawanteh(Bapa),9M2JP-Jamil(anak dan abang kepada pak Manan,9M2MP-Manan ( Kini 9M2PZ),selepas kembalinya kerahmatullah Datuk Pawanteh.3 bersaudara dari Perak telah memegang rekod ini,iaitu 9M2CP/9V1CP-Leow,9M2LN-Mendiang Liew dan 9M2SW-Thomas selepas beberapa tahun 9M2LN pula telah silent key kini sejarah berulang kembali dengan kehadiran 3 sekeluarga (gambar di atas) jika tidak mungkin berempat iaitu 9M2MZR-Mazru,9W2FRD (mungkin 9M2FRD)dan 9M2AZA-Maza (mungkin 9M2AZA) daripada Bera Pahang insyaallah sessi ujian cw tahun hadapan mereka "berempat beranak"memegang title keluarga 9M paling ramai di Malaysia....insyaallah.


3.9M2MP setelah sekian lama menyepi kembali,membuat kejutan dengan penukaran callsign milik ayahnda beliau 9M2PZ.


4.Pasangan suami isteri@pasangan guru pertama ham *9M2 iaitu 9M2GET dan 9W2OUT (insyaallah 9M2OUT)

5.9M2 perempuan melayu Perlis pertama "harap bukan terakhir"

6.Terdapat 5 India di Perlis yang belum menukar jersinya..hahahaha....ampun Mie gurau aja...hehehe


Saya dah tersalah pada awalnya rupanya anakanda beliau Tan Sri Abdul Hamid merupakan mantan  menteri besar Perlis.
 
**GET dan LI terima kasih atas infomasi pembetulan di atas.

5 comments:

mazru said...

insyaallah bang man

Anonymous said...

dr bang man....
pembetulan info.....
Allahyarham Dato' Pawanteh Adalah Bapa kepada mantan menteri besar Perlis iaitu Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan juga 9M2MP(kini 9M2PZ) serta 9M2JP.Al-fatihah
de 9M2GET

Marn Natural Hair Growth Serum said...

oh ya ke...thanks atas info tu.

Unknown said...

bang man. terima kasih bebanyak dari keluarga kami.. insyaallah saya akan mengguna kan 9M2FRD juga. apapun isnyaallah.. kita tunggu lagi dua bulan! terimakasih bebanyak sahabat ku!

73s de 9w2frd

Anonymous said...

Izinkan saya memberi maklumat mengenai keluarga yang paling ramai mempunyai callsign di Malaysia.Keluarga ini berasal dari Melaka. Mungkin bolih dimasukkan dalam Guiness Book of Records.

Ketua Keluarga 9M2FS Mendiang Soon
Anak Lelaki 9m2gw George Wee
Isteri George... Valerie 9M2VT
Anak Perempuam ..Irene Wee 9M2WE
Suami Irene ...Alex 9M2BD
Anak Perempuan.. Nellie Wee 9M2NW
Suami Nellie... Chong 9M2TM
Anak ....Jerry Wee 9M2WB
Anak ....Jannie Wee 9M2JW
Suamu Jannie.... Sunny 9M2SL

Keluarga ini bolih buka Kelab sendiri.AJK terdiri dari ahli keluarga
TETAPI sekitar tahun 2000, ada sedikit salah faham telah berlaku diantara 9M2GW ( ketika itu beliau menjadi Bendahari MARTS dan saya President MARTS ) dengan AJK MARTS.
George telah mengundur diri dan satu persatu ahli keluarganya mengikut langkah beliau. Pada masa
ini semua callsign yang tersebut diatas telah terbatal.
Group photograph keluarga ini ada terdapat dalam Souvenir Programme SEANET Convention 1994.
Itu lah Alkisahnya.

Rashid 9m2rs