Tak berapa hari lagi,penggemar radio amatur yang akan menaik taraf akan berhempas pulas di gelanggang Cyberjaya,pastinya tarikh keramat 17hb Mac ini akan menyaksikan episod kegembiraan dan kecundangan.
Mereka yang telah menyiapkan diri mereka sebelum ini pasti akan menanti dengan penuh kesabaran dan bagi yang hanya berbekal kail dan tali sejengkal mungkin hanya ingin menduga sahaja untuk sessi kali ini.
Andaikata kejayaan yang terhasil, itu adalah usaha daya anda,jika kegagalan juga yang ditempohi itu bermakna usaha anda belum lagi sempurna,tahun ini saya meletakan harapan yang menggunung kepada
Pak Yop (9W2YR).
Seingat saya dah masuk kali ke 5 beliau keluar masuk Cyberjaya bagi tujuan untuk menterbalikan W untuk menjadi M,untuk sessi kali ini saya tak pasti berapa ramai yang telah mendaftar untuk menduduki ujian,apa pun pesanan saya dapatkan rehat yang secukupnya,seelok-eloknya datang sehari sebelum ujian.
Sejarah pernah terlakar 5 sahabat telah datang duduk depan pintu MCMC jam 2.30pagi semata-mata
untuk kenal pasti jalan dan keletakan MCMC...hehehehe....daripada 5 hanya seorang sahaja berjaya melalui
liku-liku susah payah itu pun setelah 2 kali berhempas pulas,manakala 4 orang lain masih lagi aktif tapi....?????hanya mereka sahaja yang tahu.
Catatan dari Perpustakaan Shah Alam 11:48am
1 comment:
Tak tau nak habaq kalu dah kena tokak.. mungkin empat orang tu dah merajuk kot...penunggu setia skmm hehe
Post a Comment