Para pengunjung setia blog saya,mohon maaf sudah agak lama benar saya tidak update blog ini,kesibukan
dan keterbatasan masa pengeksessan ke jaringan internet membantutkan kerja-kerja update,apa pun
saya banyak ketinggalan dalam hal-hal terkini seperti kad lesen kecil untuk amatur radio yang sah
apa pun penambahbaikan ini selaras dengan perkembangan IT terkini......taniah pada pihak kawalselia
Tengahari tadi saya cuba untuk melelapkan mata seketika tetiba seputar kepala mengenangkan berbagai
perkara yang berlaku baru-baru ini....seorang rakan bertanyakan kepada saya,Man, tak nak tukar
callsign terkini ke?,saya tanya callsign apa, callsign terbaru 9M2QSB,QSL,QRZ.....isshhh mana mai pula callsign callsign macam ni??
Rakan saya berkata lagi sekarang ni dah muncul callsign Q Code. kat negara kita saja yang ada,ntah dari mana datangnya idea ini entahlah, nak jadikan cerita so kita layan .....kat bawah ni dan sesama kita buat penilaian
CQ DX CQ CQ DX THIS IS 9M2QRZ 9M2QRZ CALLING DX AND STANDING BY
ULANG LAGI SEKALI CQ DX CQ CQ DX THIS IS 9M2QRZ 9M2QRZ CALLING DX AND STANDING BY...
PASSTU ADA SATU STESEN DARI RUSIA MASUK RA3WWD RA3WWD!
MAMAT NI TAK DENGAR STESEN RUSIA TU MASUK TADI DAN DIA CAKAP QRZ DX?
STESEN RUSIA TU ULANGI CALLSIGN DIA THIS IS RA3WWD RA3WWD QSL?
OK QSL RA3WWD THIS IS 9M2QRZ.......TETIBA PROPAGATION DOWN....SI RUSIA TU HANYA DENGAR &*QRZ SAHAJA,SANGKA BELIAU MAMAT DARI MALAYSIA DOK ULANG QRZ?
Aisey peninglah err....tu saya cuma bayangkan atau andaikan jika pihak yang berwajib mengeluarkan
callsign seumpama di atas,persoalannya apa releven callsign berteras Q Code diguna pakai di negara kita ini,sekali lagi saya memang "piang"pasal proses pengeluaran callsign berteras Q code siapa tahu hal berkenaan ini, adakah ia dibolehkan?
Ketidakpuasan hati saya tidak ternoktah disitu sahaja, saya cuba menjejaki beberapa negara yang gah
dalam sejarah ham seperti Jepun, US,Indonesia dan beberapa negara lain namun ternyata tidak ditemukan
callsign yang suffic sama dengan Q Code.
Saya dan ramai rakan yang masih baru dalam dunia radio, mungkin anda diluar sana boleh memaklumkan apakah dibolehkan suffic seumpama Q Code dibolehkan penggunaannya dalam penggunaan callsign atau pun setiap perubahan pucuk peminpin kawalselia setaip itu juga akan berubahnya tatacara yang berlain....
Malang dan sedih para pengemar radio 9M land.
73, DE 9M2QRT
4 comments:
x patut...
Malaysia boleh hehehe.. man, mai bagi aku detail. Lusa aku meeting kat sana aku bawak isu ni.
semakin hari kita semakin konfius dengan apa yang berlaku dalam dunia hobi kita ini...
73, 9m2qrx
eh, betul laa!!! 9W*QSL
hahaha...
73 de 9W6QRV :)
Post a Comment