Pahhhh......mana butang baju abang ini Pahhh?? abang nak pergi majlis orang kahwin atau abang yang nak kawen?? issshhh kesitu pula soalannya...mestilah abang nak pergi majlis orang kahwin laaaa...Emmm....bohong sunat???benda atau perkara yang baik elok disembunyikan atau dikhabarkan?
Kalau bab pasang lain atau buka cawangan lain tentu tak boleh nak diceritakan betul tak?
Kalau ada kawan-kawan yang dapat tahu maka secara peribadi dimaklumkan biar pecah perut jangan pecah mulut..
Itu cerita bab menikah dua,tetapi bagaimana pula bagi rakan ham yang sembunyi.Sembunyi beli rig dan peralatan seumpamanya? bagaimana rahsia kejayaannya sehingga ada yang berbelanja beribu-ribu ringgit untuk memenuhi kehendak hati dalam hobi ham radio ini tidak sampai ke pengetahuan xyl mereka,apa ilmu yang mereka pakai?? Bagi mengunkap rahsia-rahsia ini apa kata kita kupaskan teknik dan cara yang mungkin digunakan.
Pertama :.Beli senyap-senyap kemudian simpan kat rumah kawan,bila xyl tanya aiiiee bila ada budget beli menatang ni? maka selamba aja cakap "aaaa...itulah yang inilah dikatakan menabung"jadi taklah jadi satu pedebatan apabila membeli dikala budget keluarga disaat hura-hura GSP dilaksanakan..hehehee..
Kedua : Beli pastu bawa balik cakap ni kawan punya,dia ada masalah nak bawa balik sebab nanti xyl dia bising beli benda ni,so sementara waktu xyl dia nak cool atau mood dah ok nanti dia ambiklah balik,dalam masa yang sama dah berpakat dengan rakan siap QSO bagi tau,rig tu ,key tu hang tolong simpan kejap nanti aku ambik baliklah...nak bagitau pun masa xyl kita ada kat sebelah.
Ketiga : Beli tapi cakap kat xyl abang beli ni member abang bagi bayar secara ansuran jadi taklah nampak membebankan apa bayar sekali gus kesemuanya,ayang tau dak ni kira abang memang lucky sebab dia nak perabih stok dia taknak niaga lagi atau dia tengah sesak nak guna duit jadi juallah kat abang,atau dia hanya sandar kat abang saja,lepas dia ada modal balik nanti dia ambil baliklah....kesian juga kalau abang tak tolong dia....masa cerita buat muka macam simpati habis kat rakan yang ditolong tu...,boleh juga reka cerita dia dah tak mau main radio lagi....sebab tu dia jual dengan harga murah..ni kalau kat luar paling murah pun tak leh dapat harga ni.
Keempat : Beli tu beli juga,tapi 2-3 hari sebelum beli kena pilih apa hari paling bagus masa hari jadi.hari ibu...hadiahkan xyl dengan gelang tangan,atau cincin berlian,lepas tu bawa balik rig tu...maka kita dah guna pendekatan WIN-WIN SITUATION betul tak takkan xyl nak bising lagi dia pun dapat apa yang dihajati dan kita pun sama dapat apa yang kita hajati,bila guna cara sebegini langkah ke kedua untuk beli apa-apa lagi maka cara sebegini sudah tak makan saman lagilah...
Kelima : Nak jumpa xyl yang understanding susah,pergilah tanya sesiapa....mungkin kalau ada 1/1000 kita beli apa dia tak kisah,xyl sebegini memang susah nak jumpa,kalau ada pun mungkin iannya sehobi dengan kita juga,itu pun setelah berlaku perbincangan yang mendalam,perlu atau tidak kita beli...tengok budget,jika ok carry on jika tak KIV dulu hasrat tu dulu,beli gerek tiga atau empat ribu untuk kesihatan tak kisah tapi beli rig tiga atau empat ribu ni kena fikir dulu...eeeemmmnasib baik xyl tak cakap beli gerek biasa tu tak boleh ker?? made in China tu pun kayuh sama juga,errr..yaalah..takkan nak daki bukit ngan gerek tu,cuba emigine tengok naik gerek tu silap haribulan orang kata kita ni Vietnam atau Burma,Myammar..ahahahaha..
Bila dah sayang dan cinta pada sesuatu,kenalah berkorban sikit tolong-tolonglah....tak dapat nak tolong dengan wang ringgit tolong dengan moral support,ham equipment bukan seringgit dua,berratus hingga beribu harganya,cik abang pun kena jaga hati cik adiknya kalau dah mampu tak apalah....beli ajalah...bagi yang xyl yang demand abang dapat adik pun dapat maka cerita-ceriti di atas pastinya akan menjadi kisah untuk esok dan selamanya,kadang-kadang ada untungnya melabur dengan membeli rig dan lain-lain peralatan jika Yen naik maka barang untuk hobi pun turut naik masa saya beli rig 2 tahun yang lepas harganya Rm600 lebih sahaja,tapi sekarang ni dah mencecah harga Rm720.00 fuuhhhh gerun beb tengok harga tu....dalam hati kalaulah aku tak beli masa harga tengah murah kan dah rugi sangat-sangat.Dalam menceburi hobi sebegini teknologi saban hari semakin jauh kehadapan,seiring dengan itu permintaan untuk sesuatu yang baru sentiasa
terbuku dihati,bukan kerana apa yang ada tak memadai tetapi itulah hakikatnya manusia hari ini,kita lihat sahaja telefon selular dulu hanya hitam putih aja,ringing style biasa,tapi sekarang ni masyaallah macam-macam adaaaaa......
Terpulanglah kepada individu masing-masing jika suatu perkara itu boleh dibawa berbincang maka pada pandangan saya lebih afdal lagi bila membeli,jika kita punyai masalah tersendiri maka buatlah apa yang difikirkan perlu,bukan untuk menipu tapi BIARKANLAH RAHSIA...
Apa kata selepas habis membaca blogs saya ini,cuba anda kira kembali berapa ringgit yang telah anda habiskan untuk tujuan berhobi ini dan berapa ringgit yang anda habiskan untuk menjaga hati anak-anak dan isteri yang tersayang ? sekadar ingatan......73
1 comment:
Tips yang berguna untuk kerukunan rumahtangga, InsyaAllah akan dipraktikkan :)
Post a Comment