Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, August 27, 2010

SOP DAN SUP SAMA KE?????

Salam dan sejahtera untuk semua pembaca yang budiman,alhamdulillah syukur kerana atas limpah dan rahmatnya kita semua diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah harian,tak beberapa lama lagi habis lah bulan yang mulia ini "bulan yang lebih baik daripada seribu bulan"insyaallah kesempatan kedatangan Ramadhan kali ini pasti kita warnai dengan aktiviti-aktiviti kebajikan yang harus kita semua pertingkatkan.


Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada semua pembaca yang sering singgah di blog saya ini,seperti kata rakan seperjuangan apa yang tercatat di sini tidak lebih kepada pandangan bersifat peribadi dan tidak lebih daripada itu. Agak tertarik bagi saya untuk berkongsikan pendapat dan pandangan namun janganlah anda menggangap apa yang tertulis ini satu kemestian yang perlu diikuti sebaliknya sama-samalah kita semua renungkan dan fikir akan logiknya.



Kesempatan pada kali ini saya ini menyentuh mengenai beberapa SOP yang dah bercelaru,mengelirukan bagi rakan-rakan baru yang saban hari kita dapat mendengarinya di simplek ataupun di repeater sebagai contoh kekeliruan mengenai pengoperasian stesen mobil@mobile station,ada yang berpendapat apabila seseorang itu bergerak dengan kenderaannya ia peru menyebut mobile pada penghujung callsignnya sebagi contoh 9W2XXX mobile,yaa...ini adalah cara yang tepat dan betul cumanya agak jangal apabila selepas berhenti atau dalam keadaan kenderaan tersebut tidak bergerak atau nama lainnya statik terus dikatakan portable,apakah ini tatacara yang betul dipergunakan?


Ada juga yang berpendapat apabila seseorang itu mobile ke tempat luar daripada kawasannya melebihi beberapa hari,status pengoperasian mobile perlu dinyatakan portable,apakah ini pendapat yang betul ?Seorang rakan menyatakan bahawa pendapat ini telah dibahaskan oleh sifu-sifu ham lama radio amatur daripada negara luar,apa pun bagi saya sendiri masih berpegang kepada ungkapan "lain padang lain belalang"
Anda pula bagaimana adakah mahu ikut?atau terus jadi pak turut ?


Sebelum kita ulas atau bincang lebih lanjut hal ini apa kata kita lihat berikut:

Ungkapan portable sebagaimana yang kita sedia maklum boleh membawa maksud dua pengertian iaitu:

Yang pertama sipengguna mempergunakan set mudah alih radio handy atau mobile rig/back pack ,yang keduanya sipengguna beroperasi di stesen sementara iaitu keluar daripada alamat yang tercatat di dalam AA (Aparatus Asignmentnya) nah...di sini sudah jelas apabila anda yang beroperasi di mobile masih perlu mengekalkan istilah mobile sama ada kenderaan tersebut bergerak atau pun tidak lama mana anda berada di sesuatu tempat perkataan mobile masih perlu diucapkan ,sila rujuk kepada AA anda tercatat di situ hanya portable dan mobile sahaja.Gunakanlah 2 ungkapan ini sebaik mungkin merujuk situasi di mana anda beroperasi.




Satu hal lagi ialah apakah boleh pergunakan istilah portable untuk menyatakan anda sedang menggunakan set mudah-alih di base station atau di mobile eeemm...ada pengguna yang menggunakan istilah portable di base station,portable di mobile,penggunaan yang menggelirukan lebih molek dikatakan saya memancarkan menggunakan set handy di QTH untuk mobile pula lebih elok dinyatakan mobile apabila berada di mobile langsung dinyatakan setup saya dimobile mempergunakan set handy.supaya rakan-rakan tak merasa janggal dengan status pengoperasian anda.

QTH
Baru-baru ini saya acap kali terdengar istilah ini dipergunakan bagi merujuk lokasi sebagai contoh 9W2XXX mobile 9W2ZZZ ,dimana QTH anda? sekarang soalan ditujukan kepada rakannya yang sedang mobile,soalan tersebut untuk ,mengetahui di mana rakannya berada sekarang eeemmm.....salah tu QTH adalah alamat kediaman seperti yang tercatat dalam AA anda,sebaiknya gunakan "di mana lokasi anda kini"?  Jangan terima pakai sesuatu itu tanpa merujuk kepada garis panduan sedia ada,atau lain erti main hentam kromo atau sekadar pak turut kepada mereka-mereka yang dah tunggang langgang SOP nya kembalilah kepada tatacara yang sepatutnya,untuk menegur seseorang memang agak sensitif terutamanya di repeater,agak sukar untuk melentur buluh pabila ianya sudah dewasa begitu juga dengan rakan-rakan ham kita hari ini,yang dapat memahami teguran akan mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar yang segelintirnya mungkin menggangap kita ini nak tunjuk pandai.Jika seseorang itu masih mengamalkan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan besar kemungkinan ianya bakal diikuti oleh pendatang-pendatang baru di suatu masa nanti.......73
 

No comments: