LOCAL TIME GMT +8
Saturday, July 24, 2010
MENGIDAMLAH...
Setiap ham yang belum memiliki sesebuah radio atau rig tentunya sudah memasang niat untuk mempunyai set idaman sama ada allband all mood transceiver atau pun sekadar hanya memadai sebuah handy.Bagi yang mempunyai budget kecil kini banyak pilihan boleh dibuat lambakan set-set handy ini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada jenama-jenama terkenal seperti icom,kenwood,motorola dan sebagainya.
Antara jenama-jenama set-set yang mencuri perhtian saya ialah Sender,Spender,Wer Wei,Pauxing dan beberapa jenama yang lain Sebagai pembeli kita perlu bijak memilih sama ada untuk membeli set yang original ataupun yang celup....heheeehheee ertinya bukan daripada pengeluar yang asal,made in japan bukannya made in XXXX,suatu ketika dahulu saya pernah memilki set handy buatan Thailand tak sampai pun setahun set tersebut dah meragam,apa boleh buat barang murah tentunya kurang berkualiti.
Jika dilihat daripada harganya tentu sekali macam tak percaya,saya beli set tersebut dengan harga serendah Rm240 agak berbaloikan? tapi lama kelamaannya ianya sudah meragam.Sebagai orang yang baru berkecimpung dengan hobi ini saya sarankan supaya anda mendapatkan buah fikiran daripada rakan-rakan ham yang lama,jika anda mempunyai budget yang kecil sabarlah untuk seketika bagi melengkapkan tabungan supaya apa yang anda laburkan untuk sesuatu pembelian itu berakhir dengan kepuasan dan bukannya dengan keluhan,saya percaya ramai di antara kita agak kalut/gopoh untuk memiliki sesebuah rig,Sebuah handy yang sempurna mestilah dilengkapi dengan eksesorinya iaitu tidak lain tidak bukan ptt mic kata rakan wayar sotong errr...tang mana sotongnya ntah???,teleskopic antenna dan juga external power supply,bekalan kuasa luar amat diperlukan terutamanya bagi menyokong komunikasi yang berpanjangan terutama apabila mengendalikan net atau anda berada di dalam hutan dan jauh daripada punca bekalan kuasa.
Oh ya...usah dipandang remeh kepada ham yang mempergunakan set dengan budget yang kecil contohnya set-set handy buatan China,Thailand dan sebagainya daripada pemantauan ada di antara set ini mempunyai kelebihan dan nilainya yang tersendiri,jangka hayat sesebuah rig terletak kepada tuan punya diri,jika dijaga rapi tentu sekali ianya akan kekal lama.Pada yang budget kecil mungkin memadai membeli set terpakai,kalau
ada modal besar lain kali boleh sambar yang lain,buat permulaan memadai gunakan yang dah terpakai tetapi make sure bolehdigunakan...eemmm..berbaloi juga....
Sejak akhir-akhir ini ramai rakan-rakan ham tertarik dengan kemolekan Yeasu FT817,allband all mood transceiver yang kecil boleh dibawa kemana sahaja memang menjadi idaman kalbu,harganya yang agak tinggi melebihi harga sebuah rig icom 718 memang tak masuk akal,apa taknya set tu Chinoni...kata seorang kawan rig Yeasu tu kecil sahaja,apa pun kecil-kecil ianya kecil cili padi,tergolong dalam set-set QRP ianya amat digilai ramai ham serata alam,kuasa pancaran setinggi 5w memang memadai bagi mereka yang sentiasa melakukan aktiviti luar,berbasikal,mendaki,explorer dan berbagai aktiviti yang lain,persoalannya apakah
untungnya jika anda memiliki adik kepada yeasu TF857 dan yeasu FT897?
Apa pun sebagai pengguna anda harus bijak membuat pilihan,adakah berbaloi untuk anda memancar dengan kuasa pancaran 5w,kalau anda tidak memiliki spirit sebagai QRP rasanya mungkin nanti anda akan menyesal,bagi mereka yang sudah punyai HF all mood rig tidak mengapa,bila-bila masa sahaja mereka boleh beroperasi dengan radio yang lagi satu untuk QRO power,kemantapan dalam sesuatu QSO di HF bergantung kepada propagasi dan setup yang kemas seperti tower,linear dan sebagainya,namun tak semua yang mampu memiliki apa yang dimiliki oleh mereka yang lain.QRP dalam voice mood agak menyulitkan terutamanya apabila band agak kurang mendukung,fading signal dan QRM ternyata adalah cabaran buat anda akan tetapi masih banyak mood-mood komunikasi yang bersesuaian yang boleh dipergunakan antaranya ialah PSK dan CW,bagi sesetengah ham seboleh-bolehnya mereka akan cuba untuk mendpatkan stesen contact dengan mempergunakankan set yang kuasanya paling minima contoh 1/4 watt atau sebolehnya kurang lagi dari itu untuk melakukan perhubungan yang teramat jauh.Kepuasan diperolehi apabila panggilan mereka terjawab oleh stesen yang juga bekerja dengan QRP juga...cuba mainkan beberapa video di youtube dan lihat sendiri beberapa set-set homebrew yang ternyata setanding dengan rig sedia ada.
Ada duit semua boleh jadi,nak hf rig dapat nak vhf rig dapat,apa sahaja pilihan anda itu hak anda,jika kurang daripada kaca mata rakan ianya adalah pelengkap koleksi peribadi anda,jadi kesimpulannya QRP ke apa set ke janji ianya membawa manfaat kepada anda,selagi anda beli dan mempergunakan ianya adalah berbaloi jika tak iannya hanya sekadar bahan pameran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul tu abg man...kalau dah beli mesti guna dengan sebaiknya kalau tak jadi bahan pameran je....mula saya pun berpendapat macam abg man...lebih kepada abangnya 857 dan 897 tapi bili difikirkan kembali jika ambil abangnya tu memerlukan banyak lagi modal untuk alat tersebut beroperasi...power supply, antena tuner dan lain2 lagi...tetapi ND Lala ni sudah mampu beroperasi sebaik sahaja keluar dari kotaknya....
Post a Comment