Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, June 6, 2010

"SEMACAM TAK PERCAYA"!!!

Dalam sibuk dalam merancanakan REUNION untuk ke sekian kalinya rakan-rakan sepersekolahan sessi 1986-1990,tetiba saya dikejutkan dengan sms daripada seseorang yang sungguh tak dijangka,sms berbunyi 9M2MGL de 9W2??? hang tak ingat aku lagi ka? fikir punya fikir rasanya tak guna nak balas sms lebih baik call terus,perrggghhhhh memang terkejut beruk rupanya classmate saya XYL kepada 9W2STK iaitu 9W2ZTK puan Zalifah Nur hahahahaha...hampeh sungguh,beliau ni masa zaman persekolahan ialah ketua kelas dan saya selaku ekkkksisten beliau wahhhh...wahhh...selama hampir 20 tahun menghilang diri rupa-rupanya ada "kat leghong" sini ja...kata orang utara..eemmm

2 hari lepas alhamdulillah saya sempat bertemu beliau bersama suami tercinta di Sha Sha Conner Permatang Tok Mahat eeemmm...berpuluh tahun tak jejak kedai tu..Jumaat lepas memang terlakar dalam sejarah jumpa beliau wajah masih tak berubah mungkin berisi sikit kot...yalah lama benar tak berjumpa kali terakhir berjumpa ialah pada November 1990 bayangkanlah berapa punya lama,melalui beliau saya mendapat tahu bahawa,rakan sekelas kami Sakinah adalah adik ipar beliau hahahahaha....lucu bila difikirkan....apa pun semua itu ialah jodoh daripada yang maha esa.

Saya juga dapat tahu bahawa seorang rakan senior kami..yang tinggal di Bandar Baharu errrr.. saya tak ingat namanya juga merupakan pemegang lesen radio amatur callsignnya..errr.. tak ingat juga hehehehe..ingatkan xstudent panglima saya sorang rupa-rupanya 2 orang setakat ini yang saya tahu...

Kak Pah a.k.a(Along) hang dengan husband memang sempoi habis...hehehe..tinggal 2 orang lagi yang saya belum berjumpa Rafiza a.k.a(Acu) dan Suhaini a.k.a(Angah)kalau ada jodoh bulan Julai ni insyaallah saya akan pertemukan rakan-rakan SPBG yang lama tidak ketemu. 


Leghong bermaksud sekitar kawasan sini.

No comments: