Salam untuk semua, sejak dua menjak buka tv saja cerita gula takda datang lagi , punca nya pekedai sorok untuk nak naikkan harga dan tak lama lagi musim perayaan tiba maka melambung tinggilah harganya,apa nak buat dah jadi keperluan utama seharian kurang manis tambah gula,kencing manis dah terlebih gula.,lebih bermakna ia amat diperlukan,tetambah nak buat kuih raya,kita lupakan perkara tulah....ni sehari dua ni dengar khabarnya ada berlaku pertindihan callsign AA tercatat 9W2RF hak milik Raymond Fransecco yang masih sah sehingga 2011 tapi lain pula ceritanya apabila disemak di QRZ.com tercatat nama Mohd Affendi bin Mohamed,alamat 98 Lorong Tengah.Kampong Pinang, Kamunting.Taiping,saya tidak pasti samada SKMM telah memberi 9W2RF kepada dua orang??? hehehhe satu bini 2 laki kata bahasa mudah nak faham,itu bab AA bagaimana pula dengan proses pertukaran callsign mereka yang dah upgrade ke 9M,peroses penghantaran QSL kad daripada rakan ham luar negara perlu diambil kira,jika pihak SKMM tak freeze callsign lama atau callsign terdahulu besar kemungkinan kad itu diterima oleh rakan ham yang mengambil callsign tersebut,peroses QSL kad kadang-kala agak lewat apabila melalui biro,tak hairanlah jika ada ham yang menerimanya setelah 2 tahun berlalu.Perkara ini telah dibahaskan oleh sahabat saya 9M2RZL dalam postingnya yang lepas ada kebenaran.
Logiknya mana-mana pemilik yang meninggal dunia dalam masa terdekat atau naik taraf freezekan callsign itu sehingga satu tempoh yang munasabah,ni kira macam tunggu masa habis edah..hehehehe...kalau yang belum kawin tanya-tanya apa erti lepas edah tu. Jiran tetangga kita telah memberikan lampu hijau untuk YD dan sewaktu dengannya untuk beropersi di phone mode di 40m,saya tak membuat perincian hal ini,tapi sehingga saat ini saya tak bertemu mana-mana setesen sewaktu dengannya di 40m band kecuali pada mode cw tak tahulah kot-kot saya masuk mereka keluar dan saya keluar mereka masuk..sebelum ini memang YD diberikan kebenaran untuk mempergunakan band 40m tetapi hanya mempergunakan mode cw sahaja,langkah yang sama telah diambil oleh pihak SKMM untuk berbuat sedemikian,draf berkenaan telah diadakan,pihak SKMM juga memohon orang ramai memberikan maklum balas kepada mereka,eeemmm.......Pro dan Kontranya masing-masing mungkin dah tahu,tak guna nak panjang lebar.Katakanlah ramai 9M yang tak bersetuju 80% ,nisbah 9W yang memberikan maklumbalas yang positif untuk 40m dipergunakan oleh mereka melebihi daripada 9M terang-terangan magoriti berpihak kepada 9W. Seandainya dah rezeki untuk 9W, SKMM perlu melihat jenerasi pra ham dan SWL daripada dok melanun sana sini apa kata perkenalkan lesen kelas Novice kelas C sepertimana yang dicanang oleh 9M2AU dan sahabat-sahabatnya suatu ketika dulu dalam Majalah3 ,setidak-tidaknya ia menjana hasil kepada SKMM di samping meberikan keselesaan kepada semua pihak,hadkan frekuensi tertentu.Ini adalah satu perencanaan daripada ham terdahulu namun masih diletak ditepi oleh pihak SKMM
.Oh ya!..secara peribadi saya melihat 40m bukan band yang sentiasa ok QRM sering tinggi cuma ada masa-masanya sahaja sesuatu QSO boleh berpanjangan..disebalik splatter sehingga 2kc-5kc serta band skip memang menguji kesabaran seseorang,bila sebut 40m yang pernah lihat atau berkesempatan mengendalikan setesen jota akan memahaminya bezanya 6m,10m dan 40m,walaupun sering dianggap local freq untuk ham Malaysia untuk berhubung di serata tanahair hanya jauhari yang mengenal manikam, Apakah kemungkinan mode selain daripada phone perlu digunakan? RTTY,PSK,CW? dan lain-lain mana satu pilihan yang paling mudah dan murah.Berapa kerat 9W yang ada set hf??? tak tahulah jika selepas ini,apa mungkin jika band ini dibuka maka 9W akan lebih ramai didengari di 40m? Namun mengharapkan sesuatu tidak salah, Tetapi Jika Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Akan Lebih Bermakna Lagi.Hilangnya previlage ke atas band ini mungkin agak mengecewakan sebahagian 9M yang melihat semacam tak adil rasanya,lesen setahun bayar Rm36.00 itulah indahnya bila bergelar 9M heheehehehe...besar kemungkinan peratusan yang akan menduduki ujian akan jatuh merudum eeeemmm....adakah cw akan mendapat sambutan lagi ? kita tunggu dan lihatlah nanti ,ada sesetengah pihak berpendapat alang-alang SKMM membuka 40m buka terus aja 80m.Apa pun cabaran tetap ada bagi pendatang baru bereksperimen dengan antenna dan risiko menjana harmonic ke talian telefon rumah jiran hehehehe...jangan pandang remeh ATU membantu memberikan bacaan cantik tidak bermaksud anda selamat,tanya-tanya jiran sebelah ada ke tidak suara-suara aneh muncul di set Hi Fi,telefon dan di tv jika ada pandai-pandailah cari jalan untuk kebahagian bersama.
Untuk 40m sekarang sudah ada 2 frekuensi yang sering dipergunakan oleh ham Malaysia 7.043mhz dan 7.130mhz apakah akan ada lain frekuensi yang bakal dibuka oleh pendatang baru kalau jadilahhhh....wow atas bawah band ada ham dari Malaysia silap-silap kat USB pun ada ham...hehehehe...rasionalnya kita perlu 2 frekuensi apabila salah satu tidak mendokong maka ham akan berpindah ke sana,apa yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini 7.043mhz sepi ditinggalkan manakala 7.130mhz semakin mendapat sambutan.Ham yang sering mempergunakan freq tersebut sepi tanpa berita agaknya mungkin berkecil hati kot.Saya sendiri kerap kesitu memanggil rakan-rakan namun tiada respon baik di phone ataupun CW"sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi"hehehehe...Kita diajar untuk tidak tunning di atas frekuensi yang sedang
berlangsungnya QSO,samalah membuat tunning antenna ke atas frekuensi repeater berapa ramai yang menyedari hal ini? tak bolehkah melakukan tunning atas band??? bagaimanakah caranya?OOooooolaaakkkkkk ...OOOooolaaaaakkkkkkk...........Tiuuttttttttttt..Tiuuuttttttttttt key ditekan
tunning atas band??? bagaimanakah caranya?
Tombol ATU dipusing-pusing bagi mendapatkan bacaan swr terendah...eeemm..tanpa memikirkan menenggelamkan bicara rakan yang sedang QSO.Ini bukanlah perkara baru tetapi bagi yang belum cekap mengendalikan hal sebegini perlu ada bantuan daripada rakan.Andai benar 9W diberikan kelayakan tersebut maka yang berhajat untuk mendalami CW bolehlah belajar secara langsung di sana,eeeemmm...itu pun kalau masih ada lagi semangat nak memahirkan diri.
Saya mohon 73 dahulu,hujan Q3,QRX langsung QRT,saya portable di base station,mobile dalam feri.hemmm betui ke ni. tidak apa nanti kita papa tengo tengo delta india kilo mike.....
LOCAL TIME GMT +8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bukan sahaja ujian cw perlu dihapuskan, bukak juga mode f1d kepada 9m2 agar boleh dibina rangkaian repeater digital.. ham negara kita dah ketinggalan terlalu jauh dalam dunia digital sedangkan teknologi gelombang radio ni banyak disumbangkan oleh para ham.. kalau dibanci dengan baik, berapa ramai sangat para ham kita yang celik dengan perkembangan teknologi dunia ict.. de9m2mus..
9W2RF tu dok di Pudu Ulu. Saya ada no fon dia. de 9W2UWR
Post a Comment