Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, January 30, 2011

BILA JUNIOR DITEGUR SENIOR

Assalamualaikum,terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk singgah di blog ini,tidak beberapa hari lagi rakan-rakan kita yang beragama buddha akan menyambut "Tahun Baru Cina"apa pun pesan saya sambutlah dengan kesederhanaan,ops sikiap sudah bermula...semalam saya sendiri menyaksikan rakan saya di saman atas kesalahan trafik,rasanya mungkin memotong di garisan berkembar atau juga mungkin melanggar lampu isyarat.

Emmm...nak tulis apa ntah dah lupa...hujan makin lebat di luar kekadang terganggu konsentrasi pada penulisan,dah berbulan tak on masuk ke hf,kerap juga terima sms daripada rakan ajak masuk ke 40m band,maaflah bukan tak nak...bilik radio dah renovate bagi dekat harmonic semua peralatan dah dimasukkan ke dalam kotak,rindu juga dengan hf ni....
saya masih teringat bagai mana saya memberitahu setesen ham luar nama saya yang dieja dengan menggunakan phonetic,kita sedia maklum bahawa bahasa pengantara di hf amnya ialah bahasa inggris(B.I/English)kalau india,jepun, rusia,vietnam daripada penulisan sudah tentu amat jauh bezanya dengan bahasa inggris,alhamdulillah kita yang lahir di Malaysia cukup bertuah kerana penggunaan bahasa melayu sebutan dan ejaan boleh dikatakan hampir ada persamaannya,maksud saya daripada sebutan boleh dieja di dalam bahasa melayu sebagai contoh "congragulation mungkin juga kongragulasion,factor/faktor.
Faham dan sebutan adakalanya cukup berbeza....apabila kita memberitahu nama kita sebagai contohnya AZMAN mungkin yang dengar akan menafsir sebagai HAZMAN,atau juga AJMAN,AZEMAN
bagi memberitahu hal yang lebih tepat penggunaan phonetic diperlukan,so ianya boleh dimaklumkan sebagai ALFA,ZULU,MIKE,ALFA,NOVEMBER atau juga ada yang biasa menyampaikan sebegini ALFA..ALFA..ZULU..ZULU..MIKE..MIKE..ALFA..ALFA..NOVEMBER..NOVEMBER
apa rasionalnya kita menggunakan penggulangan setiap karektor abjad?yaa...betul..keterbatasan signal hf adakalanya ada hadnya
sewaktu signal mengalami kemunduran/fading pengulangan sedikit sebanyak dapat membantu...dalam komunikasi antara sesuatu stesen yang lain,sama juga dengan penggunaannya dalam komunikasi cw/morse OPT AZMAN AZMAN BT UR RPT 599 5NN

Namun ada yang mempersoalkan penggunaannya di vhf,ada yang menegur lansung di pengulang mengatakan supaya tidak mempraktikannya di vhf di pengulang hanya sesuai di hf sahaja,eemmm....ehhh..ehhh..boleh ke tidak?
Salah ke kalau praktikan....bagaimana saya nak bagitau seorang rakan yang OKU kurang daya pendengaran...yang mana lebih banyak membantu....AZMAN AZMAN atau AA-ZZ-MM-AA-NN AA-ZZ-MM-AA-NN...pada saya sebagai ham kita harus bijak memanipulasikan mengikut keadaan...guna dalam masa yang sesuai,bagi kes yang saya dengar hari tu,saya tak salahkan rakan tu untuk menggunakan kaedah yang disangkal  tapi...saya yang mendengar rakan yang komen memang signalnya readebility..agak teruk...kekadang 2,3 saya tertarik dengan  katanya meminta rakan yang sorang ni jangan gunakan  cara demikian katanya salah...eeemm...orang senior  mungkin lebih dulu makan garam mungkin itu yang terdetik di benak rakan yang sorang ni....tapi dalam keadaan yang sukar mobile jika report diberikan agak teruk lebih berundur sajalah...yang menarik pada pengujung qso tersebut...si senior memaklumkan yang beliau sedang mobile di "KILO LIMA" aiseyman....macam mana boleh keluar KL tu  "Kilo Lima"hehehehehe....pesan saya satu jer...nak tegur biarlah bertempat tak salah tapi pastikan jangan buka pekung di dada...si mamat yang kena tegur tu masih cool tak cakap apa tapi memaklumkan beliau terpaksa keluar dulu sebab tak mampu nak copy rakan yang sedang mobile di "Kilo Lima" tu....hehehehe

SOP tetap SOP permudahkan yang sukar, bila mana nak permudahkan asal sampai apa yang hendak kita sampaikan,kalau ikutkan teori pun masih tak betul so ikut aja praktikal pada masa dan keadaan yang tetentu....mengapa saya katakan sebegitu.....bukan ke teori dan praktikal segandingan...ohh..ohh..tidak..cuba tengok ni...sekeping papan berukuran 10 kaki dipotong 2 mengikut teori akan menjadi 5 kaki setiap satu...eeemmm...betul ke?cuba potong dan ukur tengok ada betul ke...
 

Saya budak masih belajar,kalau salah tolong tunjukkan,pandangan peribadi saya bukan boleh diterima pakai just sekadar pandangan...lagi pun saya budak masih belajar,sekadar nak mengomel sahaja.

No comments: