Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, March 5, 2011

DAH LAMA TAK UPDATE

Assalamualaikum,
serta salam sejahtera buat pengunjung setia blog ini,syukur kehadrat illahi kerana memberikan saya ruang kesempatan untuk menulis pada kali ini,sejak adanya face book blog ini rasanya macam kurang terurus,login ke internet terus saja ke FB,rakan-rakan persekolahan yang terputus hubungan telah berjaya dihubungi dengan adanya FB,itu sebahagian pengaruh besar FB kepada semua pengguna internet hari ini.

Kita tinggal cerita pasal FB,rasanya dah hampir 5 bulan atau lebih saya tak ke hf,dengar morse dah jarang alhamdulillah cuma seminggu ni baru bermula,sungguh pun dah tinggalkan selama tempoh tersebut saya masih maintain 18wpm,25wpm dah berkarat.....so terpaksalah saya bermula balik...rasanya kalau spaaaringgg dengan rakan-rakan baru memang saya dah kena ni!!!
Bagi calon yang akan menduduki ujian morse pada 23hb ni harap pergunakan masa yang tinggal tak beberapa minggu untuk mantapkan sessi penghantaran,jika anda sudah bersedia mungkin tarikh tersebut mungkin agak lambat bagi anda,bagi yang tidak beberapa sedia juga gunakan masa terluang anda.
Saya dikhabarkan dari Perlis Indera Kayangan mungkin ada 2 orang wakil akan turun ke gelanggang Cyberjaya,sepanjang menyepikan diri daripada dunia hf saya memang terputus lansung dengan apa-apa yang berlaku,kepada rakan-rakan yang sudi menelefon terima kasih atas ingatan....insyaallah saya akan kembali sedikit masa lagi.

Saya dalam 2 minggu kebelakangan ini telah mencuba CwPlayer....untuk refresh kembali cw yang berkarat,ternyata pogram ini tidak menghampakan saya..peringkat awal saya bermula dengan 15wpm...18wpm...20wpm.....sesekali mencuri masa untuk bermain dengan sessi kuiz..eeemmmm 30-35wpm
tidak menghampakan dengan peratusan markah sekitar 80-90% itu pun masih memerlukan gap antara 2-3second,kelajuan tersebut ternyata bukan lagi boleh diterjemahan dalam tulisan sebaliknya memerlukan kita mendengar "grouping text"bukan mendengar single karektor...eeemmm...memang saya respect mereka yang berjaya menguasai kelajuan sebegini,untuk mencapai taraf sebegini rasanya agak jauh bagi saya apa tah lagi reg chew dalam bahasa inggeris membatasi kemampuan saya.

Adalah sayang seribu kali sayang, jika kemahiran yang ada terhapus sama sekali,sungguh pun kita punyai parang yang tajam tetapi tidak dipergunakan ianya akan berkarat dan tumpul akhirnya juga.
Kepada calon-calon yang bakal menduduki ujian morse lakukan latih-tubi dari masa ke semasa... percaya kepada kemampuan anda sendiri,ada segelintir berkata bukan 9M yang dicari tetapi ingin menguji tahap kemampuan diri,buktikan kemampuan anda.

"All The Best"
























Sunday, January 30, 2011

BILA JUNIOR DITEGUR SENIOR

Assalamualaikum,terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk singgah di blog ini,tidak beberapa hari lagi rakan-rakan kita yang beragama buddha akan menyambut "Tahun Baru Cina"apa pun pesan saya sambutlah dengan kesederhanaan,ops sikiap sudah bermula...semalam saya sendiri menyaksikan rakan saya di saman atas kesalahan trafik,rasanya mungkin memotong di garisan berkembar atau juga mungkin melanggar lampu isyarat.

Emmm...nak tulis apa ntah dah lupa...hujan makin lebat di luar kekadang terganggu konsentrasi pada penulisan,dah berbulan tak on masuk ke hf,kerap juga terima sms daripada rakan ajak masuk ke 40m band,maaflah bukan tak nak...bilik radio dah renovate bagi dekat harmonic semua peralatan dah dimasukkan ke dalam kotak,rindu juga dengan hf ni....
saya masih teringat bagai mana saya memberitahu setesen ham luar nama saya yang dieja dengan menggunakan phonetic,kita sedia maklum bahawa bahasa pengantara di hf amnya ialah bahasa inggris(B.I/English)kalau india,jepun, rusia,vietnam daripada penulisan sudah tentu amat jauh bezanya dengan bahasa inggris,alhamdulillah kita yang lahir di Malaysia cukup bertuah kerana penggunaan bahasa melayu sebutan dan ejaan boleh dikatakan hampir ada persamaannya,maksud saya daripada sebutan boleh dieja di dalam bahasa melayu sebagai contoh "congragulation mungkin juga kongragulasion,factor/faktor.
Faham dan sebutan adakalanya cukup berbeza....apabila kita memberitahu nama kita sebagai contohnya AZMAN mungkin yang dengar akan menafsir sebagai HAZMAN,atau juga AJMAN,AZEMAN
bagi memberitahu hal yang lebih tepat penggunaan phonetic diperlukan,so ianya boleh dimaklumkan sebagai ALFA,ZULU,MIKE,ALFA,NOVEMBER atau juga ada yang biasa menyampaikan sebegini ALFA..ALFA..ZULU..ZULU..MIKE..MIKE..ALFA..ALFA..NOVEMBER..NOVEMBER
apa rasionalnya kita menggunakan penggulangan setiap karektor abjad?yaa...betul..keterbatasan signal hf adakalanya ada hadnya
sewaktu signal mengalami kemunduran/fading pengulangan sedikit sebanyak dapat membantu...dalam komunikasi antara sesuatu stesen yang lain,sama juga dengan penggunaannya dalam komunikasi cw/morse OPT AZMAN AZMAN BT UR RPT 599 5NN

Namun ada yang mempersoalkan penggunaannya di vhf,ada yang menegur lansung di pengulang mengatakan supaya tidak mempraktikannya di vhf di pengulang hanya sesuai di hf sahaja,eemmm....ehhh..ehhh..boleh ke tidak?
Salah ke kalau praktikan....bagaimana saya nak bagitau seorang rakan yang OKU kurang daya pendengaran...yang mana lebih banyak membantu....AZMAN AZMAN atau AA-ZZ-MM-AA-NN AA-ZZ-MM-AA-NN...pada saya sebagai ham kita harus bijak memanipulasikan mengikut keadaan...guna dalam masa yang sesuai,bagi kes yang saya dengar hari tu,saya tak salahkan rakan tu untuk menggunakan kaedah yang disangkal  tapi...saya yang mendengar rakan yang komen memang signalnya readebility..agak teruk...kekadang 2,3 saya tertarik dengan  katanya meminta rakan yang sorang ni jangan gunakan  cara demikian katanya salah...eeemm...orang senior  mungkin lebih dulu makan garam mungkin itu yang terdetik di benak rakan yang sorang ni....tapi dalam keadaan yang sukar mobile jika report diberikan agak teruk lebih berundur sajalah...yang menarik pada pengujung qso tersebut...si senior memaklumkan yang beliau sedang mobile di "KILO LIMA" aiseyman....macam mana boleh keluar KL tu  "Kilo Lima"hehehehehe....pesan saya satu jer...nak tegur biarlah bertempat tak salah tapi pastikan jangan buka pekung di dada...si mamat yang kena tegur tu masih cool tak cakap apa tapi memaklumkan beliau terpaksa keluar dulu sebab tak mampu nak copy rakan yang sedang mobile di "Kilo Lima" tu....hehehehe

SOP tetap SOP permudahkan yang sukar, bila mana nak permudahkan asal sampai apa yang hendak kita sampaikan,kalau ikutkan teori pun masih tak betul so ikut aja praktikal pada masa dan keadaan yang tetentu....mengapa saya katakan sebegitu.....bukan ke teori dan praktikal segandingan...ohh..ohh..tidak..cuba tengok ni...sekeping papan berukuran 10 kaki dipotong 2 mengikut teori akan menjadi 5 kaki setiap satu...eeemmm...betul ke?cuba potong dan ukur tengok ada betul ke...
 

Saya budak masih belajar,kalau salah tolong tunjukkan,pandangan peribadi saya bukan boleh diterima pakai just sekadar pandangan...lagi pun saya budak masih belajar,sekadar nak mengomel sahaja.

Thursday, January 13, 2011

REZEKI AWAL TAHUN

Semalam sememangnya tak diduga dipanggil ke HR untuk ambil sepucuk surat,dalam kepala tak terfikir apa kebendanya,kebiasaannya kalu HR panggil ambil surat setahu saya,voucher hari jadi...tapi b'day lambat lagi..
atau surat tujuk sebab atau juga warning letter..tapi...alhamdulillah,rezeki awal tahun.