Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, May 31, 2009

PENANGAN ATU AUTO DAN ATU MANUAL





Ketika masih belum mempunyai ATU (Antenna Tunning Unit)saya membuat mono band dipole,dipole yang diukur pada frekuensi band terpilih dan pada frekuensi terpilih sebagai contoh 40m band pada frekuensi 7.043mhz.

Antenna dipole itu saya ukur dengan kiraan yang cukup teliti kerana saya amat menitikberatkan swr yang minima,alhamdulillah berpandukan swr meter yang ada pada IC718 dan swr SX200 sedia ada bacaan swr sekitar 1:2:1 pada saat saya mulakan tunning power radio saya pastikan berada pada low power 5watt dengan mode cw saya keyinkan keyer saya dan tentu sekali mata saya fokuskan kepada swr meter yang berada di hadapan saya.
Setelah mendapat swr reading saya naikkan power ke 10w,15,20 dan 40w,apa pun tumpuan pada swr meter adalah menjadi taruhan.

Apapun perkara sedemikian sudah lama berlalu,dengan sedikit
tabungan saya berjaya mendapatkan MFJ945E atu manual,dengan adanya atu ini sebarang pengubahan frekuensi agak lebih selesa
tanpa perlu takut-takut,apa pun saya masih berpegang kepada prinsip jangan terlalu percayakan kepada atu yang digunakan.
Pada saya telinga harus peka,peka bermaksud dapat bezakan signal pada keadaan antenna "jatuh,putus,lost connection dan sebagainya,short circuit"mungkin saya agak biasa dengan element dipole yang kerap jatuh ke bawah saya dapat bezakannya.Mata sering tertumpu kepada swr meter.

Antenna dipole yang dibina haruslah benar kalis air pada bahagian feedpoint,jika tidak akan berlaku litas pintas semasa hujan,untuk memeriksa adakah antenna anda short circuit, dengan menggunakan multimeter pada julat ohm meter sentuhkan probe kepada internal dan outer PL259 jika terdapat sebarang bacaan meter,bermakna antenna anda berlaku short circuit,ini adalah bagi open dipole bagi yang menggunakan antenna lain dan sebagainya saya tak pasti,anda boleh cuba sendiri.

Seperti memandu kereta lazimnya mata saya acap kali melihat pada temperature meter,jika berlaku over heat pada enjin sekurang-kurangnya saya dapat meminimakan kerosakan atau mungkin saya dapat bertindak lebih awal.Oleh itu kepada anda yang menggunakan atu sila berikan perhatian,sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Mengapa saya dan beberapa ham lain tidak berminat kepada ATU automatik,jawapannya ialah kos dan risiko,bagi saya,saya lihat risiko adalah suatu yang serius kerana atu tersebut mungkin miss match bila mana power atu itu cut off/terputus atau power yang dibekalkan tidak mencukupi,ATU jenis automatik memerlukan supply untuk bekerja manakala atu jenis manual tidak.

Ingat! atu sebenarnya bukanlah satu alat untuk tune antenna menjadi panjang atau pendek,atu adalah alat yang matchkan talian pemancaran dengan radio anda,oleh itu adalah tidak menjadi hal untuk alat ini meng"matchkan"bila antenna jatuh atau putus tanpa anda sedar.Bagaimana jika atu anda tak dapat power supply yang mencukupi?adakah efficiencynya masih berada pada tahap selamat?fikirkan....

Atu jenis manual memerlukan sedikit kemahiran untuk melaras,ianya mudah 3-4 kali sessi latihan anda akan mahir,atu jenis atomatik mudah namun anda berdepan dengan risiko yang agak tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan atu manual,apa pun terpulanglah kepada penggunanya.


Pandangan dalam sebuah atu buatan sendiri.
Yang pastinya ia bukanlah milik saya.

Sunday, May 24, 2009

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

Sebut saja idaman ertikata berkenan merujuk kepada "Syok" iaitu meminati atau mengemari,jika ianya berkaitan manusia sesama manusia ertinya teruna bersama dara janjinya ialah ikatan perkawinan.
Jika barangan bermakna kita akan cuba untuk memiliki barangan itu,jika ianya berkaitan dengan hobi bagaimana pula?

Ya hobi... lebih-lebih lagi jika anda ingin memilih yang mana satu keys bukan bermakna..ahahhaaa...kunci??
bukan kunci rumah,kunci rumah adalah kunci untuk keselamatan rumah kita jika kita keluar rumah selalunya kita akan kuncikan,lagi satu kunci hati amnya merujuk kepada orang tengah bercinta orang akan istilahkan sebagai angau... hehehe walaupun sebutan kunci tetapi mempunyai ertikata yang berlainan.
Kita tinggalkan dahulu pasal bahasa kunci mengunci ini tetapi keys atau kekunci telegrafi atau bahasa orang putih keys sudah pastinya rakan radio akan mengenalinya,namun saya pasti 80% daripada rakan ham tak pernah sentuh atau tekan-tekan key ini.....

Keys ini ada pelbagai bentuk dan rupanya jenis bulat.jenis panjang.jenis goyang,hindik (tekan-tekan)Ia dibahagikan kepada tiga bahagian pertama straight keys kedua paddles/electronic keys dan yang ketiga bugs.

Keys ini ada pelbagai saiz ada sekecil 7cm dan ada yang seberat 300 gram,ada juga diperbuat daripada jenis copper/tembaga,aluminium,kayu dan ada juga jenis chrome,dan gold plated,di pasaran ia dijual pada harga sekitar Rm80 hingga mencecah ribuan ringgit bagi yang berjenama terkenal,namun untuk memilikinya seseorang itu ada yang terpaksa menabung dan ada yang membuat sendiri dengan bahan-bahan terbuang ,kepada yang mempunyai
wang mereka boleh mendapatkan seberapa banyak untuk kegunaan atau pun sebagai koleksi peribadi.

Walaupun harga dan bentuk berlainan tetapi fungsinya tetap sama dan terpulang pada peminatnya menggunakan.Jika anda ingin Menaikan taraf hobi anda dari 9 whiske ke 9 mike anda mesti mengunakannya, mau tidak mau anda akan membuat pilihan yang mana satu ?

Soalnya yang manakah cara yang sesuai untuk anda? Straight keys atau peddles, kebanyakan yang terdapat disini ada dua jenis saja jarang saya nampak jenis bugs kemungkinan ada tetapi saya kurang pasti.Ada individu suka dengan situasi mengetuk,cara ini agak sukar kerana ia akan melenguhkan pergelangan tangan anda,keadaan beroperasi juga penting anda mungkin terpaksa mengampu tangan kiri anda untuk mendapatkan keselesaan,Kelemahan straight keys adalah cara "kepantasan" anda tak mampu menghantar pada kelajuan tinggi 25wpm ke atas hanya pada kelajuan 18wpm pun dah cukup sengsara bagi saya menghantar dengan key buatan saya tu,teralu lama pergelenggan tangan akan terasa sakit.

Ingat cara terbaik adalah sentiasa menghantar dengan tangan kiri ia adalah bagus untuk praktiskan sebegini kerana tangan anda sentiasa memegang pen untuk mencatatkan maklumat yang diterima.....saya tak pasti bagaimana dengan anda,apa pun ia tidak menjadi satu kesalahan akan tetapi satu tangan untuk membuat dua kerja mungkin agak kelam-kabut sedikit.Penggunaan Paddles atau squeeze key agak merehatkan kerana anda tidak perlu menghentak/mengetuk lebih kepada mengepit atau mencubit-cubit jari jemari ibu dan telunjuk memainkan peranan utama,sessi penghantaran tidak melenguhkan lengan anda,tiada lagi kerja-kerja ampu mengampu lengan.

Kebiasaan squeeze key digunakan untuk penghantaran pada kelajuan tinggi seperti 25wpm ke atas ia amat menyelesakan.Kelemahan ia adalah anda tidak boleh mengiramakan alunan tone mengikut lengokan anda atau laju dan terus perlahan. Squeeze key atau paddles memerlukan ketepan jika tidak anda mungkin menghantar lebih daa....atau dit...apapun latihan demi latihan masih diperlukan untuk meningkatkan kecekapan.


Bagi saya sehingga kini saya agak selesa dengan keys yang saya buat sendiri walaupun tidaklah secantik yang komersial tapi saya amat berpuas hati kerana dengan budget kecil saya masih dapat enjoy dengan hobi ini.Dengan menggunakan batang penyapu
sebagai tombol pemegang kekunci,skru s/steel,cebisan pcb bagi contact pada bahagian bawah,bateri yang second hand,speaker daripada radio rosak dan kepingan kayu
terbuang saya buat sekemas yang boleh,pada saya nilai harga tidak penting tetapi skil adalah utama,keys yang saya perbuat masih ada saya simpanan saya,walaupun ia


tidak bernama tetapi berharga pada saya. semasa ujian penghataran isyarat mores code keys ini juga saya gunakan hingga Pegawai ujian terpegun melihatnya cara saya membuatnya daripada kayu.



Saya pernah terjumpa dalam internet ada yang mempergunakan klip kertas sebagai bahan utama untuk dibuat key...saya diberitahu oleh 9M2ALL cara beliau bermain dengan electronic key adalah berbeza dengan mereka yang lain,beliau menggunakan ibu jari untuk "daa" dan jari telunjuk untuk menekan "Dit"unik kan...ni ala-ala Man kidal yang main guitar dengan tangan kiri yang talinya masih dalam keadaan songsang Oh ya....sehingga posting ini ditulis beliau yang mahir dengan squeeze masih tidak mampu untuk menghantar karektor "C" dengan menggunakan straight key.

Bagaiamana dengan pilihan anda "Kata orang tepuk dada tanya selera."

Saturday, May 23, 2009

CW QSO-TERIMA KASIH CIKGU

Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu selepas lulus cw test untuk mulakan cw qso agak sukar bagi saya,pada masa yang sama juga saya tak punyai rakan atau guru untuk menunjuk ajar cara yang betul,untuk masuk ke 40m amnya 7.043mhz agak mendebarkan siapa yang harus saya panggil,pada ketika itu saya tidak rapat dengan mana-mana 9M,9M yang saya kenal tidak lagi aktif dalam hf,saya cuma mengenali 9M2HKL(9M2ALL) pada ketika itu beliau juga masih belum mempunyai hf set,mahu atau tidak saya mesti masuk ke hf,apa yang pastinya cikgu Rahman 90% sepastinya akan menjawab panggilan saya,saya agak tidak selesa dengan keadaan begitu sebenarnya,saya berpendapat beliau sudah pasti akan menguji saya,apakah saya ni lulus lesen kedai kopi atau benar-benar lulus selepas diuji,eemm.....apa pun terjadi saya mesti aktifkan diri di hf
dan ternyata betul apa yang telah saya dugakan,selepas beberapa siri qso di ssb cikgu menyarankan saya untuk mahirkan diri ber QSO di cw,terus terang saya maklumkan kepada beliau yang saya masih lemah,keupayaan cw saya untuk qso memang mendukacitakan hehehehe....apa pun saya ambil saranan beliau sebagai satu cabaran,maka bermula daripada itulah saya diberikan tunjuk ajar daripada beliau.

Saya beranikan diri untuk membuat cw cq call,cikgu menjawab dan saya agak terkantoi-kantoi menjawab atau reply kepada beliau,saya terangkan kepada beliau saya bermasalah dengan qso cw.QSO cw saya tidak lancar dan memang mendukacitakan.
Saya tidak nafikan saya lulus cw hanya kerana saya diuji kecekapan menerima dan menghantar(Sending masa ujian boleh tengok teks)dan keupayaan untuk qso memang agak berlainan.
Azlan 9M2AGC maklumkan kepada saya beliau memperuntukan selama 1/2jam/hari untuk membuat latihan sending dengan melihat teks-teks daripada akhbar atau buku-buku,dengan cara sebegini lama kelamaan akan memperbaiki mutu penghantaran da n melancarkan cw qso....apa-apa pun saya kagumi dengan dengan keupayaan beliau.

Untuk pengetahuan semua,saya mempunyai masalah untuk menghantar tanpa melihat teks,setiap kali tamat penghantaran daripada cikgu saya mengambil masa untuk menulis ayat-ayat untuk respon kepada pertanyaan/qso beliau,long pause yang lama memang membosankan,bagi beliau krateria sebagai seorang guru memang menyabarkan,apa taknya respon saya mengambil masa selama 20 ke 30 saat.

Bagi menyelesaikan masalah itu beliau mengajak saya untuk berlatih dengan cara berikut:

Beliau memancar di SSB(voice)dan saya akan memancar di cw
saya diminta untuk RIT kan radio saya sehingga dapat mendengar suara beliau dengan jelas,sessi bermula dengan beliau meminta saya menghantar apa aja ayat yang beliau tuturkan,selepas beberapa siri latihan beliau membuat rumusan bahawa saya sebenarnya tak perlu menulis dan menghantar dan beberapa siri latihan tersebut telah membuktikan saya sebenarnya mungkin kurang keyakinaan.

Bermula dengan qso ayat-ayat pendek,cikgu mula panjang-panjangkan dan saya terpaksa mengikut rentak beliau,
"selamat petang buat apa tadi?""wx dekat tempat saya panas" "bagimana dengan alor setar?sudah makan ke belum,makan apa"

itulah antara ayat-ayat pendek bagi permulaan sessi,kemudian cikgu dalam diam meningkatkan kelajuan penghantaran beliau dan saya agak sukar copy lengkap apa yang beliau hantar,saya terpaksa melengkapkan catatan saya untuk respon kepada qso dengan beliau,saya akan beritahu beliau jika beliau agak laju
Beberapa hari,minggu berganti bulan alhamdulillah akhirnya saya mencapai pada target yang beliau inginkan iaitu 18wpm,sebagai menghargai kejayaan saya diberikan sehelai t.shirt dan cap.

Saya akui jika tidak kerana dorongan dan tunjuk ajar beliau saya mungkin tidak mampu untuk ber qso dalam mode cw.
Apa pun sempena hari guru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Terima kasih cikgu"saya rindukan lenggokan irama daripada ketukan key beliau.

Harapan saya semoga cikgu kembali aktif di persada ham radio.

Kepada 9M yang baru,saya syorkan beberapa frekuensi berikut untuk kita bertemu/qso perlahan tak mengapa asal kemahiran anda dapat dipertingkatkan.

Antara frekuensinya adalah:
7.010mhz,7.015mhz dan 7.020mhz panggil dulu di SSB 7.043mhz
kemudian qsy ke frekuensi yang akan dinyatakan di atas tadi.
Ini adalah saranan daripada beliau dan meminta supaya saya membantu anda semua.