Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, June 16, 2007

PROJEK DUAL BAND DIPOLE

2 bulan yang lepas ribut kuat melanda kawasan kampung aku,akibatnya inverted vee dan dipole 7mhz putus.Pada malam berlakunya ribut aku dah memang meramalkan antenna tu pasti putus.Sesungguhnya ham macam aku ni tinggal di kampung pokok nyoq/kelapa adalah alternatif terbaik bagi mengambil alih peranan tiang-tiang besi atau tower,guide rope yang mengampu element antenna pada pokok kelapa dah putus.Sejak 9M2CP dan 9M2LN datang bertandang ke Qth aku masa hari raya lepas memang terfikir nak buat sesuatu yang baru,melihat pada bentuk rupanya rasa malu pun ada juga apabila antenna tu terlalu simple sangat tiada kekemasan saling tak tumpah macam penyidai/ampaian apa pun itu sajalah antenna yang mampu aku buat tak kala dah terlalu nak cepat on the air di hf,tapi masih dalam sukatan yang ok, aku potong pada ukuran frekuensi 7.043 untuk local band swr measure sekitar 1.2 ,dengan antenna ni aku pernah cuba operate dengan 5watt masa breakin ketika 9M2AU(Bangi) Qso dengan 9M2FX(Muar) lepas 9M2FX panggil masuk, aku maintain dengan 50watt.Antenna tersebut juga bekerja baik untuk sessi Dxing apabila report diterima oleh setesen JA,VU2 dan JA .Berbalik kepada antenna tu aku dah bawa turun dan potong coaxil RG58,kali ni teringin nak buat twin dipole 14mhz dan 7mhz dalam satu feeder.
Bermula dengan membeli auto cable yang bersaiz besar Rm36/40meter aku pun mula membuat hitungan bagi freq 7.043mhz dan 14.175mhz,spreader antenna aku perbuat daripada pvc paip 1/2" yang digunakan dalam kerja-kerja wiring setiap satu panjangnya 8",kerja menebuk paip dan membuat holder bagi feeder antenna satu persatu dilakukan memakan masa 3hari iaitu hanya dilakukan ketika masa terluang aku memilih pada sebelah malamnya ketika semua jiran dan keluarga hanyut dibuai mimpi,bertemankan nyamuk aku memasang sperader, pada mulanya aku fikir ia suatu kerja yang mudah namun ternyata mencabar juga,didahului dengan merentangkan sebelah element twin dipole di atas tanah sejauh 30kaki lebih sudah tentu rentangan tersebut memasuki kawasan halaman rumah jiran ,dalam sejuk titis embun yang menitis semuanya dilakukan dengan senyap takut nanti mengejutkan mereka pula,keletakan 3pc spreader setiap sebelah element antenna perlu diaturkan dengan sama jarak ukurannya supaya apabila dinaikkan memperlihatkan kekemasan yang sempurna jika tidak ia menjengkelkan pandangan mata.Alhamdulillah berkat usaha yang nakkan improvemet terkini antenna tu siap pada sebelah petang Ahad tapi satu saja yang ralatnya aku tidak menyokong fedeer tersebut dengan 1:1 balun,satu yang aku perasaan ialah walaupun antenna tu aku potong pada ukuran yang sebelumnya ia gagal untuk memberikan swr yang baik seperti sebelumnya,dari segi teorinya apabila lebih satu antenna diletakkan pada satu feeder matching antenna tersebut tidak sama namun itu tidak menjadi persoalan utama kerana aku dah punyai ATU,masa yang dinantikan dah tiba untuk test antenna terbaru dalam Qso bersama cikgu Rahman 9M2AR report yang aku dapat masa sessi cw adalah 599 sama kualiti dengan antenna sebelumnya,signal lebih mantap sejak adanya ATU.Sedikit kecewa apabila band 20meter tidak membuka maksudnya propagation tidak mengizinkan,cuma pada suatu hari ketika band membuka untuk sekejap saja aku menjawab CQ call daripada E20WXA yang beroperasi di Bangkok dengan report 59.Selepas 3-4 kali mencuba aku lebih menyukai inverted vee yang terletak di pinggir dapur,untuk makluman korang semua antenna aku tu dalam ketinggian 6 meter atau bersamaan dengan 18kaki.

ELECTRONIC KEY AND CIRCUIT


Lihat betapa mudahnya electronic paddle ini dibuat blok kayu serta 2pc pembaris berukuran 6",klip buaya(crocodile clip dan kepingan zing/tin biskut melengkapkan elektronik ruller paddle,kosnya murah apabila siap ruller paddle ini,jangan lupa circuit tonenya ok!

HOMEBREW MORSE KEY AND TONE GENERATOR



Satu unit key dan tone oscillator yang bagus mungkin mencecah kepada ratusan ringgit ini mungkin menjadi bebanan kepada anda untuk melengkapkan diri bagi persiapan untuk mempelajari morse,sebagai seorang ahli radio amatur anda tak perlu bergantung kepada peralatan komersial sahaja,anda boleh menggunakan barangan terpakai atau kitar semula untuk tujuan ini, contohnya seperti projek morse tone generator yang saya paparkan di sini,keynya diperbuat daripada hacksaw blade(mata gergaji besi yang terpakai) dan knobnya diperbuat daripada penutup botol air minuman,speakernya mungkin daripada alat permainan anak anda yang telah rosak.

Wednesday, June 13, 2007

ANTENNA TUNNING UNIT



ATU atau antenna tunning unit adalah satu tool gadget yang amat diperlukan bagi pegoperasian di band hf,tanpa ATU anda tidak berupaya membuat pemancaran dengan sempurna dan terpaksa menggunakan single band antenna.Walaupun aku pernah beroperasi tanpa ATU dan mendapat lebih daripada 400 setesen Dx dengan menggunakan antenna inverted vee,tak bermaksud ATU itu tak penting,dengan ATU kita akan merasa lebih selesa dan yakin,dengannya kita dapat beroperasi di multi band.Sebagai ham anda juga perlu berpengetahuan dalam membuat antenna dan beroperasi tanpa ATU ini bertujuan jika terjadi hal-hal kecemasan/darurat anda tanpa alat sokongan seperti ATU dan seumpamanya masih dapat berhubung dan memberikan bantuan,bagi tujuan ini Aku syorkan anda merujuk mereka yang mahir untuk mendapatkan tujuk ajar.Jangan pandang remeh kepentingan ATU ini kerana ada terdapat kes rig yang KO sebab antenna yang digunakan miss match maksudnya impedance antenna dan transceiver tak match,bila ini terjadi power pemancar akan susut dan lama kelamaan transceiver itu KO.Jadi nasihat aku jangan operate tanpa ATU jika anda tak yakin dengan antenna yang anda gunakan kecuali antenna tersebut dibuat oleh mereka yang memang mahir dan berpengalaman.
Lihat pada diagramnya ringkas sahaja tapi nilainya mencecah kepada ratusan dan juga ribuan ringgit.

Tuesday, June 12, 2007

MORSE CODE


Sebut sahaja pasal lesen kelas A,pasti morse adalah agenda perbualan,syarat kelayakan untuk memperolehi lesen kelas A adalah lulus dalam ujian kod morse.Mungkin disebabkan ini tak ramai ham yang mahu upgrade ke peringkat yang lebih tinggi.Untuk mahirkan diri dalam morse adalah tak susah seperti mana yang mereka sangkakan yang penting usaha dan keyakinan diri itu amat penting,jika kita katakan susah maka ianya akan susah selama-lamanya,belum belajar lagi kita dah setkan di minda belajar morse ni susah maka semestinya ia jadi susah.Aku tak punyai komputer cuma dekat saltmine saja,aku rakam dari komputer ke tape dan dari tape ke hand phone.
Sebelum aku praktik cara tu aku praktik cara yang tak betul,aku telah buang masa selama lebih kurang setahun sebab aku belajar dengan menghafal kod bukan hafal bunyi terjemahkan kepada huruf-huruf atau abjad-abjad.


Kepada mereka yang ingin belajar,belajarlah dengan cara mendengar, setkan masa paling kurang pun 30minit sehari pagi 15minit dan sebelah malam 15minit kalau lebih lagi ok tapi terpulang kepada korang,masa memandu,masa bersantai itu adalah yang terbaik juga untuk anda mendengar morse code.
kalau ada komputer anda boleh gunakan program "Koch Method" itu yang sebaiknya.
Aku belajar masa tengah drive,semasa aku free,semasa nak tidur,ear phone sentiasa di telinga dan hehehehe masa tengah melepas, betul! tak tipu punya,itulah cara aku yang betul-betul nak belajar,korang boleh buat cara korang sendiri yang penting mahu belajar insyallah boleh berjaya.
Aku pernah gagal buat pertama kalinya ketika mengambil ujian morse,tapi aku tak putus asa sebab aku dah tekad nak upgradekan lesen aku serta nak buktikan yang aku boleh menguasai bahasa morse ni.
9M2ALL,9M2RZL,9M2ARR pun punyai sejarah kegagalan yang sama macam aku,tapi mereka ini jadikan kegagalan pertama,kedua bukannya kegagalan untuk selamanya."Slowly slowly catch the monkey" kata arwah haji.Aku dan kawan-kawan amat bertuah kerana atas daya usaha arwah haji Idris ( 9M2GL) yang tak kenal penat mengajar morse di udara membuahkan hasilnya dan sebagai memperingatinya aku abadikan callsignnya pada callsign aku"Alfatihah untuk arwah".

DXING ANTENNA YANG DIGUNAKAN


Sejak dari memegang lesen kelas B lagi aku memang teringin sangat nak work on Dxing dekat band hf,sebagai pemegang lesen kelas B cuma 2 band yang dibenarkan oleh MCMC iaitu 10meter dan 6meter.
Berbekalkan modal yang tak seberapa aku memilih untuk membeli set hf tranciever IC178 160meter-10meter,6meter takada support mahu tidak kena main di 10meter band saja,memang feedup bila main di 10meter,lupa pula nak bagi tau antenna yang aku guna adalah antenna inverted vee paling murah paling senang penaik dan hehehe yang tu saja yang termampu aku buat,beroperasi tanpa ATU di band HF adalah suatu risiko yang amat besar jika antenna tak match swr tinggi silap haribulan set tu KO.
Sepanjang CQ di 10 meter cuma dapat contact dengan BV5CRA..masa tu tx 70watt sahaja.

Bab antenna ni memang aku ambik berat sangat,daripada ilmu yang aku baca daripada buku dan rujukan dengan
dengan mereka yang lebih arif tu yang aku berani buat dan gunakan tanpa ATU.
Pengalaman daripada membuat antenna untuk 10meter itu aku gunakan untuk membuat antenna dipole untuk 40m dan untuk 20m.Formula antenna 300/freq bagi sukatan dalam unit meter dan 468/freq untuk ukuran dalam unit inci.
Kedua-dua antenna ni aku pergunakan tanpa was-was,sebabnya aku ikut sukatan yang terperinci.
Mengikut log aku lebih daripada 400 setesen daripada berlainan negara yang aku dapat dengan menggunakan antenna ni,antaranya Jepun,Filipina,Australia,Sweeden,France,Belgium,Taiwan,Hong Kong,South Africa,Syria,Oman ,UAE,India,Sri Langka,Vietnam,Indonesia,Rusia,US,Brazil,Mauritius,Palau,Hawaii dan banyak lagi.

Sunday, June 10, 2007

RADIO DAN AKU





Bagi yang ingin mengetahui sejarah awal bagaimana aku mula menceburi dalam hobi radio amatur ni bolehlah baca blog aku hingga habis,aku tak paksa korang nak baca tapi aku sekadar nak kongsi pengalaman aku yang tak punya pengetahuan yang luas dalam bidang elektronik boleh melibatkan diri dalam hobi yang hebat ini.

Masa Kecil
Aku ingat lagi masa dalam darjah satu masa tu ada minuman subsidi,van milo datang so dapat minum milo free,cawan milo tu aku dengan kawan aku buat telefon daripada situ minat aku dengan telefon/alat komunikasi dah mula berputik,bayangkan daripada cawan/cup milo tu hinggalah ke tin susu kami bereksperimen,dari tali pendek hingga ke tali yang panjang.
Semasa dalam darjah 4 aku ingat lagi salah satu bab penciptaan telefon dalam buku Tawarikh sekarang dah panggil sejarah ada menyentuh pencipta radio Guglielmo Marconi bangsa Italy orang pertama mencipta radio,dari situ minat aku terhadap radio lagi membara ,kehidupan keluarga yang susah ketika itu serta dibesarkan dalam zaman dapur kayu, pelita minyak tanah dan air telaga sungguh jauh ketinggalan tak mampu untuk aku membeli buku-buku seperti Buku Ladybird bagi aku buku-buku ni semuanya bagus-bagus,antara tajuk buku yang nak sangat aku beli ialah radio transister.Pendedahan kepada dunia luar adalah melalui surat khabar,radio dan tv,nak dengar berita atau apa sahaja dengar radio, bagi keluarga yang mampu mempunyai peti tv pada ketika itu sumber bekalan utama adalah dari bateri kereta 12v,bagi aku pula hiburan pada ketika itu adalah daripada radio arwah ayah aku, aku ingat lagi brand Philips power dari bateri AA 1.5v x 2 apa yang aku tau/ingat-ingat lupa radio tu cukup lama dalam simpanan arwah ayah,oh ya! lupa nak bagi tau pada korang zaman tu mana ada FM lagi semuanya AM.


Dek kerana terlampau hairan macam mana radio sekecil tu boleh berfungsi sifat ingin ambil tahu mula membara,tanpa pengetahuan mak dan ayah aku aku dah bergelar pakar bedah pada usia seawal 10 tahun,mula dari bereksperimenkan wire antenna yang disambung kepada teleskopic antenna hinggalah ekplorasi dalam radio,buka aja cover aku nampak komponen-komponen kecil yang aku sendiri pun tak tau apa kenamanya,resistor aku labelkan sebagai tangkai cacing hehehe...aku cuma tahu bateri dan speaker ja,dalam banyak-banyak komponen yang ada dalam radio tu aku tertarik kepada casing aluminium yang berwarna merah dan hijau ke kuning tak sure,masa dalam title budak lagi aku cukup pantang jumpa speaker dapat saja, koyak kertas speaker ketuk setengah mampuih untuk keluarkan besi berani(magnet)berbalik kepada coil tadi coil antenna ferrit aku sangkakan magnet rupanya tak,aku mula bereksperimen pada radio ayah aku dan satu hal yang aku hairan macam mana aku dapati sebelah malam hari makin banyak channel radio yang jauh aku dapat dengar,aku mula dapatkan pisau kecil yang hujungnya boleh memusingkan ferrit core dalam IF coil tu,akibatnya semua channel dah lari,aku gelabah dan pasang semula radio tu dan buat-buat tak tau,mak dan ayah aku hairan kenapa channel radio dah berselerak aku sampai mati buat bodoh.Untuk pengetahuan korang radio tu dah jahanam kerana gatal tangan aku ni.

Ekperimen aku tak habis setakat tu aja,dapat duit raya beli radio,dapat duit mak sedara kasi simpan dan beli radio semata-mata nak bereksperimen,kononnya nak modify radio tu untuk mendengar channel lain.
Pernah terfikir nak balas radio yang ada dalam jip LLN semata-mata tak leh tahan pada ketika itu
aku pernah abang polis berapa jauh radio "walkie-talkie"ni dapat contact "dia pun tak cakap apa malas nak layan aku agaknya ketika tu.
Suatu yang agak menarik hati aku, ketika zaman sebelum kelahiran hand phone kalau aku punyai walkie-talkie berapa punya hebat pada ketika itu,melanngkah masuk alam sekolah menengah aku cuba mencari set walkie-talkie tapi gagal menemui,aku pernah tengok budak pengakap menggunakannya tapi hasrat terbantut kerana budget tak ada untuk memenuhi keinginan aku tu.transister.Satu lagi aku pantang tengok orang buang tv atau radio aku akan pecahkan/buka ambil part yang mana dirasakan boleh guna.

Aku pernah kena shock masa bereksperimen dengan dynamo basikal,aku buat circuit lampu,almaklumlah mana nak ada meter untuk check ada arus elektrik mengalir ke tidak,hehehe...keja bodoh aku gunkan lidah..ya..aku gunakan lidah...bagi power yang 1.5-9v aku test dengan lidah contoh bateri 9v tu aku nak tau power dia masih ada lagi ke tak aku letakkan terminal bateri tu dekat atas lidah dan rasakan impulse letrik "sakit tak, kena tahan lah so kalau cara tu pun tak ada apa-apa inikan pula a.c 6v sangka aku,untuk pastikan sambungan ok ke tak,korang bayangkan masa aku test litar lampu gunakan dynamo,first aku sengetkan basikal kemudian pegang pedal dan kayuh lampu tak nyala,kayuh lagi tak juga menyala,aku dah feedup lalu buka semua wire tinggal 2 wire saja,sambil kayuh basikal dalam keadaan menyengetkan basikal tu aku lagakan kedua-dua wire tu tak nampak spark letrik pun,at last aku ambil keputusan test dengan lidah aja,bateri 9v aku boleh tahan inikan dynamo 6v fikir aku,aku kayuh sembil kedua wire tadi dimasukkan dalam mulut berada tepat di atas lidah sambil kayuh aku cuba rasakan kehadiran arus letrik namun hampa,aku dah begang sangat pada ketika tu lalu aku kuatkan kayuhan pun tiada juga dan ketika kayuhan semakin laju aku terfikir mungin contcat wire yang dekat dynamo tu tak ok so aku perbetulkan dengan cara memperkemasakan wire di terminal dynamo tu dan tak semena-mena berderau muka aku kena shock arus 6v a.c hahahaha...aku tolak terus basikal tu dan lupakan projek aku tu,so pengajaran yang aku dapat di sini ialah jangan pandang rendah pada arus a.c yang kecil sekecil 6v yang terhasil daripada dynamo basikal arus a.c memang merbahaya.

Zaman Sekolah Menengah
Masa terus berlalu masuk saja alam sekolah menengah,banyak bahan rujukan yang aku dapat daripada pusat sumber,rata-ratanya berkisar radio dan elektronik,aku dengan bahasa inggeris ni takat cukup makan aja,kebanyakan buku-buku ilmah ni semua dalam bahasa inggeris mahu tidak kena ambil tahu juga,tapi tak jadi masalah sebab circuit letronik tu kiranya aku dah khatam.Kos untuk projek mahal,apa taknya asid ferric chloride dan pcb pun dah tak mampu nak beli,itu tak dikira nak drill pcb tu lagi,cuma yang aku mampu buat ialah guna papan dan kayu serta copper wire untuk wiring.


Memasuki Alam Pekerjaan
Zaman ni aku banyak habis duit kerana projek-projek,buku-buku dan komponen,dapat gaji beli majalah
beli komponen walaupun tak buat projek tapi aku tetap beli untuk stok mana tahu suatu masa nanti nak digunakan,sebab tu stok yang ada dalam simpanan aku tu boleh dikatakan banyak juga.Zaman projek atas blok kayu dah berakhir,aku mula menggunakan asid ferric,masa tu mana tau nisbah air dan asid,aku ingat lagi asid ni pada ketika tu dijual dalam bentuk serbuk,terkini asid ni dah diharamkan penjualannya dalam bentuk serbuk kerana amat merbahaya.Oleh kerana tak mampu nak beli drill aku main solder atas board tu aja buat ugly style/islander,biarpun tak berapa elok hasil kerja tu tapi aku puas hati sebab tak payah nak buat wiring.