Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, June 29, 2008

Man Behind Morse Code

Saturday, June 28, 2008

Mengenali kod-kod morse

Saya rasa video ini sesuai kepada rakan-rakan yang baru hendak belajar mengenali kod-kod morse pada peringkat permulaan,speed kod mungkin sekitar 10-11wpm amati bunyi dan perhatikan apa kod yang dimainkan.Ulang dan ulangi video ini dan selepas agak beberapa sessi mendengar 5x atau 10x,cubalah jangan lihat video ini dan cuba mendengarnya sahaja dan sebutkan apa kod yang anda dengar,jangan fikir...jika fikir maksudnya anda cuba menghafal aturan kod yang ditunjukkan dengan pensel dalam video ini.Satu cara lagi ialah pointkan cursor anda kepada volume dan tutup volume dan buka dan cuba nyatakan apa kod yang kedengaran selepas anda buka volume....."jangan tengok video"semasa lakukan sessi ini.Anda boleh buka dan tutup sepanjang video ini dimainkan dan nyatakan apa kod yang anda dengar.

Friday, June 20, 2008

How to Save Energy: Your Refrigerator

How to Save Energy: Your Refrigerator

The refrigerator is one of our major appliances. It utilizes more energy and contributes to your electrical bill. Read on to save energy.

Do not place your refrigerator near to humid, dry and heat sources. But,place it in the location where does not expose to sunlight and well-ventilated.

Leave some space for your refrigerator. There should be at least 10cm between both sides of the refrigerator and wall, at least 10 cm between the rear of the refrigerator and the wall and at least 30cm between the top of the refrigerator and the above surface.

Do not open your refrigerator too often and for too long, as the cold will be lost. Make sure the door is closed properly.

The temperature of your refrigerator should be adjusted according to foods in it. Do not simply adjust the temperature too low or too high.

Do not keep foods for too long. Allow for some space by arranging the foods in a sequence. Hot foods should be kept outside the refrigerator until it cools. Otherwise, its vapor can add to compressor workload.

Defrost your refrigerator regularly. A thick layer of ice forming in your freezer can cause less cooling efficiency. In this case, the compressor has to utilize more electricity to keep refrigerator cool and this may finally damage the compressor.

Do not leave your refrigerator door open

Make sure the magnet gasket of your refrigerator is in good condition.Get it repaired if it is damaged.

Do not overload the refrigerator as this will cause the air circulation becomes less efficient. As a result, the refrigerator will eat up more electrical energy.

If you are not going to be home for a long period of time, you should unplug the refrigerator in order to save the electricity. In this case,clean out the refrigerator and unplug it. Leave the door opens to air it out.

KONFIGURASI ANTENNA DIPOLE


Antena dipole dapat dipasang tanpa menggunakan balun akan tetapi bila feeder line menggunakan coaxial cable sebaiknya dipasang balun 1:1 kerana coaxial cable itu unbalance,sedangkan antenanya balance, agar diperoleh pola radiasi yang baik.

CARA MATCHING ANTENA DIPOLE
Cara matching antena yang baik ialah dengan menggunakan DIP METER dan IMPEDANCE METER atau dapat juga menggunakan SWR ANALYZER. Tanpa alatan tersebut , matching masih boleh dilakukan dengan menggunakan transceiver dan SWR meter.Langkah mula pasanglah antena dengan konfigurasi yang dikehendaki. sambungkan SWR meter diantara transceiver dengan transmission line (coaxial cable).. kemudian setkan transceiver pada power yang paling rendah, sekitar 5-10 Watt dengan mode AM atau CW. Setkan frekeuensi yang dikehendaki, contohnya 7.043 MHz dan transmit sambil mengamati SWR meter, putarlah tombol frekuensi sedemikian sehingga bacaan Standing Wave Ratio (SWR) yang paling rendah. Apabila frekuensi tersebut lebih rendah dari 7.043 MHz bererti element-element dipole terlalu panjang,Apabila frekuensi terlalu tinggi berarti element-element dipole-nya terlalu pendek.Untuk memperpanjangkan haruslah disambung, ini kurang menyenangkan. Jadi pemotongan awal antena harus dilebihi dari panjang teori,dan pada waktu dipasang dilipat balik sehingga panjangnya sama dengan panjang teori.Apabila frekuensi match terlalu rendah,pendekan antena 10 CM setiap elementnya (kiri dan kanana) jika masih terlalu rendah pendekan lagi. Begitu seterusnya sehingga mendapat bacaan SWR yang rendah ialah kurang dari 1:1.5.Cara memendekkan tidak dengan memotong tetapi dilipat balik dan menumpuk rapat, lipatan yang mencuat akan membentuk capasitance head dan mempengaruhi SWR RAPAT MENCUAT MELIPAT UJUNG ANTENA


Antena dipole boleh dioperasikan secara harmonic, ialah dipekerjakan pada frekuensi kelipatan ganjil dari frekuensi kerja aslinya. Misalnya antena untuk 7 MHz dapat pula digunakan untuk bekerja pada 21 MHz (kelipatan 3). Tentu saja SWR-nya akan lebih tinggi daripada bila digunakan pada frekuensi asalnya.Keletakan antena disarankan agak jauh dari talian telefon dan talian elektrik untuk menggelakkan berlakunya telefone interference dan television interference. Kedudukan rentangan antena yang sejajar dengan talian telefon atau talian letrik dengan jarak kurang dari lima meter akan dapat menimbulkan gangguan pada telefon, televisi dan perangkat audio lainnya.Makin rendah letak antena, element-elementnya cenderung makin pendek. Untuk itu dalam pekerjaan matching, antena diletakkan pada ketinggian yang sebenarnya. Begitu juga diameter element akan berpengaruh terhadap panjangnya, makin besar diameter makin pendek antenanya, hal ini disebabkan karena kapasitan antena terhadap bumi. Matching antena ketika tanah basah, contoh selepas hujan, element dipole menjadi lebih pendek atap dari bahan zing atau atap rumah yang,dilapisi dengan aluminium foil cenderung akan menyukar matching antena.


Artikel dari seberang diolah semula untuk dikongsi bersama.

YAGI ANTENNA 7 ELEMENT



Untuk pembuatan matching device, berikut ini diberikan contoh pembuatan gamma match untuk VHF 2M yang sesuai digunakan pada antena seperti pada rajah ditunjukkan. Gambarajah hanyalah sekadar memberikan contoh salah satu cara membuat gamma matching device, anda diharapkan dapat mengadakan modifikasi sehingga dapat ditemukan device yang lebih bagus lagi.

Matching dilakukan dengan mengatur gamma rod dan bracket sehingga memperolehi SWR yang baik. Menggerakkan bracket bererti mengatur induktans dan menggerakkan rod bererti mengatur kapasitan.Antara gamma rod dan inner coaxial membentuk suatu kondensator,nilai kapasitannya ditentukan oleh panjang coaxial cable dalam gamma rod.Selain antena Yagi yang telah banyak dibahas disini, beberapa jenis antena pengarah yang lain digemari, contohnya antena Quad Beam, Log Periodic dan sebagainya.


Artikel disalin dan diubah suai daripada seberang

Monday, June 16, 2008

Nak Celoteh sikit

Rasanya dah lama benar tak menulis topik berkaitan cw,line internet yang terbatas menyekat kebebasan untuk mengemaskini blog saya,sesekali terpaksa jua menerjah ke cyber cafe yang berdekatan untuk mendapatkan info terkini
eeemm...agak leceh, dengan masa dan kelajuan server yang goyah sedikit sebanyak membantutkan idea dan infomasi yang dicari...arghhhhhh!!! tinggalkan rentetan algojo seketika....

Alhamdulillah impian untuk menguasai 25wpm nampaknya akan membuahkan hasil namun terlalu awal untuk saya katakan bahawa saya selesa dengan keadaan dan kejayaan sekarang, penumpuan saya kepada 20-25wpm menghampir 80% proficiency, sesekali saya memaksa diri untuk mendengar 30-35wpm dan adakalanya 40 hehehehehe...ukur baju badan sendiri!!!, pada mulanya saya fikir ia adalah suatu yang tidak logik namun ianya taklah sesusah mana di awal tanggapan saya.Mendengar pada tahap kelajuan sedikit atas keupayaan kita sememangnya menjadi satu cabaran namun kecenderungan mendengar berserta konsentrasi yang jitu pasti tidak akan mempersiakan sesiapa sahaja.Hehehe.....seperti dahulunya dan kini cw rekod (hp)akan dimainkan di hujung kepala di tepi telinga selama 20-30minit tak kala saya bakal hanyut dibuai mimpi indah*cukuplah sekuat nyamuk yang berdesing ditelinga bukannya mengeggarkan satu kamar...hehehehehe

Terus terang saya katakan walaupun saya menguasai 25wpm ( Reflex ) tapi saya tak beberapa selesa untuk copy perfect 25WPM-(ACS dan ECS ) keseluruhan, maksudnya ialah saya masih lagi mengikuti "Actual character speed 25 WPM " dan "Effective code speed 18WPM".....eeemmmm....pemburuan saya masih diepisod awal....oh ya! saya rasa 9M2ALL,9M2RZL dan 9M2MRL juga ke arah yang sama juga.
Sesuatu yang janggal buat saya seolah kebingungan ialah sukar untuk mentafsir kod yang dimainkan sekitar 12-13wpm
anda tak percaya?? cubalah.... tapi bagi yang ingin menghadapi ujian morse saya nasihatkan jangan berusaha ke arah ini.
Rythmic speed agak berlainan antara 12-13wpm dan 25wpm,bagi yang expert ini tak jadi masalah,apa pun bagi mereka baru macam saya sedikit sebanyak kebigungan.

Saya tidak sehebat arwah Haji Idris ( 9M2GL ),9M2FK-Pak Eshee,9M2ZA-Zainal,9M2SZ-Shah,9M2AR-Cikgu Rahman,9M2RI-Pak Alex,YB6LD-Don untuk menguasai tahap 30WPM ia bukanlah suatu yang sukar,sepastinya kejayaan mereka adalah sama dengan liku-liku perjalanan saya dan rakan-rakan ketika ini ,bagaimanakah dengan perjalanan anda untuk memburu 9M adakah melalui kesukaran?

Tanya pada diri anda,adakah anda betul-betul mendisplinkan diri anda?
mungkin kerana displin diri yang mantap rata-rata tentera/navy hanya mengambil masa sekitar 6 bulan untuk mahirkan diri mereka dalam menguasai morse ,memang benar mereka hanya fokus ke arah itu,tapi itu tidaklah mustahil, jika kita mempunyai displin yang tinggi melebihi atau menyamai mereka.
Adakah anda betul-betul berazam ke arah itu atau sekadar anda hanya "Pak Turut"atau "Hangat-hangat taik ayam" yang hanya menuruti ajakan kawan-kawan dan kejap bersemangat kejap lembik.

Adakah anda kerap berputus asa?
Sebagai contoh anda masih tak nampak hasil yang anda usahakan,jika ia "BERSABARLAH"
tiada jalan mudah untuk memahirkan diri,jangan belajar dengan keadaan memaksa diri,berhenti untuk 1,2 atau 3 hari rehat secukupnya tanpa mengingati apa-apa perkara berkaitan dengan CW,kemudian masuk kembali ke trek dan anda akan rasakan betapa freshnya anda.

Bagi yang menghadapi masalah dengan beberapa kod seperti YCPFXY cuba gunakan format di website W1AW
main dan ulangi kod-kod group tersebut dari masa ke semasa,lebih bagus jika anda mempunyai program koch,anda boleh setkan pelbagai cara mengikuti kehendak anda speed,tone,plain text,code character mudah kan? Sentiasa percaya kepada kebolehan anda,"kejayaan pasti dapat dicapai jika saya terus berusaha,jika tidak saya pasti akan menemui kegagalan...jika gagal "Sentiasa berfikiran positif"saya masih belum menemukan hasil atas daya usaha saya,saya perlu tingkatkan usaha saya.

Wujudkan idola peribadi anda sebagai contoh meletakkan 9M2XXX sebagai idola,saya akan menemukan hasil seperti beliau dan suatu hari nanti saya boleh QSO cw sepantas beliau.

Beyond the limit......ni kira suatu yang jarang orang inginkan "cukuplah...cukuplah" berpuas hati pada tahap yang minima jangan menidakkan keupayaan anda untuk membatasi tahap minimum tersebut....sebab itu kita disarankan untuk copy speed yang lebih atas daripada speed yang kita selesa,kepada mereka yang dah lulus cw cabaran dalam cw sentiasa menunggu anda
jika anda atau saya gagal untuk copy high speed cw transmission di cw band anda dan saya tentu sekali belum mencapai kepuasan dalam hobi ini,lainlah jika anda hanya berusaha untuk ke arah 9M sahaja,tidak kah rugi sekiranya anda terpaksa QRT daripada terus QSO bila mana kondisi band kurang sesuai untuk melanjutkan QSO anda.

Seandainya cw bukan lagi perkara asas utama untuk peningkatan ke kelas A,maka akan wujud 2 golongan ham kelas A di Malaysia iaitu yang tahu cw dan yang tidak,jurang ini menyamai lesen A dan B,untuk merapatkan jurang perbezaan ini golong tersebut perlu menguasai cw kemudian kelak.Persoalannya pula adakah golongan ini akan berbuat sedemikian?
Penguasaan kemahiran cw bukanlah suatu yang sukar,ia seumpama anda belajar suatu bahasa yang baru,mari kita lihat kod-kod asas:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
, . / ? =

Terdapat 41 karektor asas yang perlu anda kuasai untuk permulaan,eemm...mana yang paling rumit?Jika pendatang asing seperti Myamar,Bangladesh,Vietnam,Nepal,Philipina dengan mudah menguasai bahasa Malaysia tentu bagi anda cw juga mudah,betul tak?
Apabila sesuatu keinginan diletakkan pada objektif utama tentu sekali apa yang dicita-cita bisa terlaksana,begitu jua dengan cw jika anda serius anda pasti bisa menguasainya.

5 MHz New Amateur Band in US

5 MHz New Amateur Band in US

The new, restricted, amateur allocation on 5 MHz will be opened to hams as of July 3,2003.The ARRL reports that the FCC Report and Order establishing the new band was published today (June 3) in the Federal Register.The ruling takes effect 30 days after publication in the Register,meaning that the 60 meter band becomes available to amateurs at midnight, local time, on July 3.This is a unique band, with operation limited to 5 specific channels, on which hams may operate only USB with a maximum bandwidth of 2.8 kHz & maximum effective radiated power of 50 W.In order to operate on the assigned center frequencies of 5.332, 5.348,5.368, 5.373 and 5.405 kHz,hams should tune their radios in USB mode to the following readings:
5.330.5, 5.346.5, 5.366.5, 5.371.5, and 5.403.5 kHz in order to compensate for the single sideband offset from center frequency.The basics of the FCC ruling on the new band will be in the July issue of CQ, which is currently at the printer.Our August issue will include a detailed look at the FCC decision by W5YI and a 60-meter operating guide by WB6NOA

TAKEOFF ANGLE


The antenna's take off angle is the angle above the horizon that an antenna radiates the largest amount of energy (see figure.2.8) VHF communications antennas are designed so that the energy is radiated parallel to the earth (do not confuse take-off angle and polaration).The take-off angle of an HF communications antenna can determine whether a circuit is successful or not.HF sky wave antennas are designed for specific take-off angles,depending on the circuit distance.High take-off angles are used for short range communication and low take-off angles are use for long range communications.

GAMMA MATCH DETAILS

Saturday, June 7, 2008

Silent killer


Artikel yang dipaparkan ini tidak kena mengena dengan ham radio namun diharapkan rakan-rakan dapat maanfaatkan maklumat ini pengkongsian bersama.


PEMBUNUH SENYAP SILING ABESTOS / MESOTHELIOMA

Tahukah anda sebenanya tanpa kita sedari dirumah kita terdapatpembunuh senyap yang amat mengerunkan. siapakah pembunuh tersebut?tak lain tak bukan ia adalah SILING ABESTOS. untuk pengetahuan anda siling abestos mempunyai habuk yang sangat halus yang sentiasa gugur dan berterbangan diudara dan sangat mudah memasuki tubuh kita setiap kali kita menarik nafas terutama ketika kita sedang tidur. Habuk dari abestos ini akan mengakibatkan CANCER dan juga dikenali sebagaiMESOTHELIOMA.kepada anda yang mempunyai bayi dapatkan langkah segera untuk melindungi anak yang tak berdaya ini kerana risiko kepada bayi mungkin lebih tinggi kerana mereka sentiasa berbaring dan tubuh yang masih lemah.

Mungkin ada diantara kita yang mengetahui tentang bahaya siling abestos ini tapi sengaja tidak mengambil berat tentang risiko yang bakal melanda dan bagi yang masih belum mengetahuinya sebaiknya ambillangkah segera untuk mencegah risiko merbahaya ini sebelum terlambat,dapatkan info terperinci disini: MESOTHELIOMA INFO.

Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pakar-pakar perubatan sedunia telah mengharamkan penggunaan abestos untuk siling rumah dan kini banyak syarikat membuat siling telah bertukar kepada bahan lain yang lebih selamat seperti siling UAC atau serabut simen dan juga siling kapur atau lebih dikenali plaster siling.

Tapi bagi rumah-rumah kita dikampung atau rumah kita sekarang yang mungkin dibuat sepuluh tahun yang lalu berkemungkinan masih menggunakan siling abestos. cuba anda dapatkan pengesahan dari pemaju yang membina rumah anda tersebut ini demi keselamatan anda dan keluarga anda terutama bayi anda. untuk langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko CANCER ABESTOS / LUNG ABESTOS anda boleh mencuba langkah ini:

1.tutup bayi anda dengan kelambu dan hamparkan kain diatas kelambu
tersebut supaya habuk abestos hanya gugur diatas kain tersebut.
2.bagi orang dewasa seperti anda rentangkan kain dibawah siling bilik
tidur anda untuk menahan habuk abestos tersebut.

Tapi langkah ini hanya sebagai mengurangkan risiko, tapi belum dapat mencegah 100% risiko CANCER kerana habuk dari abestos sentiasa gugur berterbangan setiap masa dan kita berkemungkinan menyedutnya samada sedang duduk, berjalan, makan atau sebagainya. Untuk mendapatkan info yang lengkap dan cara-cara pencegahan disini: MESOTHELIOMA INFO

Moonbounce (Earth-Moon-Moon)




Bulan merupakan objek langit yang paling dekat dan satu-satunya satelit alam bumi,Kegiatan DX di band VHF menggunakan bulan sebagai perantaraan untuk kembalikan/reflektor pasif,Signal radio yang dipancar ke permukaan bulan akan dipantul balik ke bumi dikenali sebagai "moon bounce.Cara sebegini memungkinkan signal dapat mencapai ke tempat yang jauh.
Sebagai gambaran mari kita lihat berbagai jarak yang mungkin pada berbagai mode propagasi
di 144mhz:
Line of sight: 0-5 miles/batu,tergantung kepada kontur muka bumi
Direct Path:50-100 miles/batu
Meteor Scatter:500-1400 miles/batu
EME:0-14000 mil

Jarak terdekat bumi ke bulan (perigge) +-359.000km,sedangkan jarak terjauhnya(apogee)+-406.395km,jadi jarak rata-ratanya 384.401km,sedangkan konstanta kecepatan cahaya adalah 300.00km/saat maka rata-rata waktu propagasi yang diperlukan sebuah signal yang dipancarkan ke bumi-bulan-bumi (768.000 km) adalah 2.5 saat

Moon Bounce juga dikenali sebagai "weak signal communication" kerana besarnya free space loss yang boleh mencapai 25.5dB saat perigge dan 253.5dB saat apogee kurang dari 7% daya yang dipantulkan dapat kembali ke bumi,mode komunikasi yang paling sesuai untuk aktiviti ialah CW.

Frekuensi radio amatur untuk kegiatan EME ialah:
1.144Mhz ( VHF Band)
2.432Mhz (UHF)
3.1296 Mhz ( L Band )
4.2.3Ghz ( S Band )
5.5.7Ghz ( C Band )
6.10.4Ghz (Ku Band )
7.24Ghz ( Ka Band )

Dalam komunikasi EME,untuk mencapai hasil maksima,kita harus memiliki peralatan lengkap yang "standard" digunakan pada stesen EME,biasanya kuasa pemancaran yang membatasi kuasa yang dibenarkan dan juga antenna bergain tinggi.

The Big Gun
Untuk antena,mereka menyebutnya "The Big Gun",disebabkan antenna directional/pengarah yang digunakan berukuran begitu besar dengan gain yang sangat tinggi ( dalam satu tulisan yang menyebutkan sampai 34dBi ).Biasanya bentuk antenna untuk 144mhz adalah Yagi Array sedangkan di 432mhz berupa piringan parabola atau juga yagi.Makin besar gain yang kita inginkan antena yagi yang digunakan harus neniliki element yang banyak sehingga bentuk fizik dan ukuran antenna menjadi sangat besar.Pada 144mhz,untuk mendapatkan gain 32dBi praktis yang minima ialah diperlukan 32 yagi arry ,setiap yagi memiliki panjang 10.4 m (34.2 kaki) atau 24 yagi ,setiap yagi memiliki panjanng 12.5m (41.0 kaki ).
Alternatif lain adalah bermaindi band UHF 70cm dengan menggunakan antenna prabola namun fizik dari parabola tersebut tetap saja besar (11 hingga 15 meter )

Pada band yang lebih tinggi ( L,S,C,K.Ku band ) sudut kemiringan@sudut dongak parabola menjadi lebih kecil daripada bulan itu sendiri,ini bermakna hanya sebahagian saja dari permukaan bulan yang dapat dicapai oleh energi yang di radiasikan oleh antenna,maka efisiensi@kecekapan dari "natural reflector"menjadi berkurangan.Walaupun gain sebesar 51dBi boleh diperolehi dengan parabola berdiameter 24 kaki,bagaimana pun ukuran dan berat piring parabola harus tetap diperhatikan,agak sukar untuk membuat antenna yang memiliki spesifikasi "Great antenna,simplest space with higest gain".Faktanya ( "Higer gain needs bigger/larger antenna")


Dipetik dan diolah semula daripada Orari News ( BeON) 2003