LOCAL TIME GMT +8
Thursday, April 14, 2011
Tuesday, April 12, 2011
RAHSIA WAKTU DALAM SOLAT
Renungan bersama..... ..... Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Sebagai contoh,pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnyamenginsaf kan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
*Artikel ini dipetik daripada mailing group.
Saturday, April 9, 2011
Baru-baru ini berita menggemparkan CAP "Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah melaporkan terdapatnya telur ayam palsu"Astagfirrullahhalazim,zaman sains dan teknologi pelabagai barangan yang tiada telah diadakan,dulunya dunia gempar dengan saintis klon kambing..zaman bio technology macam-macam dah terjadi....sekarang nak beli telur ayam kenalah berhati-hati takut terbeli telur ayam tiruan....nampaknya kalu dulu beli telur ayam yang bersih dijadikan sebagai pilihan maka sekarang ni terpaksalah beli telur ayam yang terpalit taik@tahi ayam...lagi banyak taik lagi bagus..hehehehe..kerana dengan adanya benda tu jelas membuktikan bahawa telur ayam itu yang asli..
errr bagaimana pula dengan pilihan selera anda untuk menjamah char kueh teow,murtabak...mee goreng mamak?kalau dulu rata-rata penjual mempertaruhkan "Telur Basuh"bagi menarik pelanggan namun kini ia bukanlah lagi dianggap daya penarik kerana kehadiran telur ayam tiruan....membantutkan selera pengemar makanan segera ini.
Kita sebagai pengguna memang rasa cukup tertipu dengan kehadiran telur ini,cuba lihat sekeliling anda...kuih guna telur,nasi lemak ada telur,roti taruh telur,kenduri kendara pun ada telur,telur dah jadi satu keperluan harian....nampak gaya nya selera telur ayam nak kena berubah ke telur itik pulaklah..
Saya tak dapat nak masukkan video berkaitan harap anda klik sini...untuk mengikuti paparan yang menarik daripada youtube.
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) SIRI 1 2011
Kepada swl-swl atau individu yang berminat untuk mendapatkan lesen radio amatur yang sah,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:
RAE 2011-1
Tarikh Ujian: 15 Jun 2011
Tarikh Tutup Permohonan: 29 April 2011
Zon@Wilayah: Tengah, Utara, Selatan, Timur
Tatacara Permohonan
Sila tulis “RAE 2011-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda.
Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Draf Bank ditulis atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya.
Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak. Jumlah calon adalah terhad.
Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.
Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Alamat Ibu pejabat SKMM adalah:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(u/p: Cik Ida Khairuniah Idris)
Syarat Kelayakan Memohon
Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
• Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
• Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my
Borang permohonan yang lengkap beserta bayaran jelas dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang berhampiran.
Sila logon ke laman web SKMM untuk selanjutnya.

Wednesday, April 6, 2011
"SECRET KEY" PADA H/PHONE SONY ERICSSON
Pernahkah anda mengambil tahu lebih berkenaan handphone milik anda,maksud saya fungsi-fungsi nombor
atau keypad number yang terdapat pada set telepon anda?saya nak kongsi hal dengan thread kali ini.
Anda dan saya telah biasa dengan menggunakan *122#SEND untuk menyemak status baki kredit yang tinggal namun tak ramai yang tahu lebih dengan "secret code"yang tersembunyi pada sesuatu handphone...pada kali ini kita akan menyentuh mengenai hp berjenama sony ericsson.
Mana-mana telepon biasa boleh disemak nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity )dengan cara menekan button *#06#
secara automatik paparan nombor IMEI akan keluar,so catatkanlah nombor ini,ia boleh membantu anda sekiranya telepon anda mengalami kecurian dan pemberitahuan nombor IMEI ini akan membuktikan telepon itu adalah milik anda,so apa lagi semak dan catat sekarang.
Untuk menyemak menu servis info,service settings,service tests juga text labels sila tekan button >*<<*<*
tekan button "KANAN-BINTANG-KIRI-KIRI-BINTANG-KIRI-BINTANG"
Dalam service info terkandung-model info,software info,Sim lock dan configuration
sebaik mengekses model info sila taip nombor 2-4-6-8 agak mengejutkan tercatat Sony Ericsson ROCK!
Dengan mengekses mode ini anda boleh menyemak setting main display,led/illumination,keyboard,speaker,earphone,microphone,vibrator,camera,video call camera,memory stick,real time clock,total call time dan security.
Bagi button <**< ia akan membawa anda ke Lock status,Personalize network,tekan button "KIRI-BINTANG-BINTANG-KIRI"AMARAN!! daripada saya jangan tekan/atau sengaja mencuba memasukkan apa-apa nombor dikhuatiri akan memudaratkan hp anda.
Untuk recall@panggil balik nombor panggilan terakhir yang anda lakukan ialah dengan cara menekan button 0# tekan button angka "KOSONG-HATCH"teruskan membuat panggilan tanpa menyemak pada folder call.
Untuk terus pergi ke shortcut ke sim number@menu sila tekan button menu-# ( tekan button MENU-HATCH) selepas mengekses shortcut ke menu cuba pula dengan menekan *-1,*2 dan begitulah seterusnya ia akan membawa anda eksess mudah ke function dalam menu tersebut.
Apa kata pula anda mencuba eksess dengan cara begini pula tekan button MENU + dikuti dengan apa sahaja nombor dari 0-9 anda pasti menemukan jalan mudah yang tidak anda ketahui selama ini.
Menekan button # selama 2-3 saat akan membawa anda mengeksess mode silent dan tekan kembali dalam anggaran masa yang sama untuk aktifkan dering atau mode biasa.
Tahukah anda talian kecemasan@emergency call ialah dengan menekan button 112,talian ini dapat dieksess walaupun telepon berkenaan dalam mode terkunci ataupun tanpa sim card,eemmm...jangan sengaja membuat panggilan kecemasan,kalau nak test memadailah dail dan batalkan panggilan dengan segera.
Yang mencuri perhatian saya sekarang ini bagaimana "Hack"untuk unlock sistem GSM,eeemm..dah sekian lama benda ni baru sekarang saya dapat tahu..
Untuk lebih lanjut anda boleh check dalam youtube dalam google bagaimana mereka diluar sana telah UNLOCK sistem dan membolehkan membuat panggilan percuma hehehehehe...free tetapi kod untuk set hp tersebut ada dijual dipasaran,anda boleh semak di http://www.globalunlock.com/.
Terdapat banyak web page dan video yang menunjukan cara unlock sistem....apa yang saya paparkan adalah sekadar pengongsian bukan mengajar anda...heheheheehe..Adios amigos...

cuba kod ini juga |

Monday, April 4, 2011
BUAH LEMBA....
Sekali tengok macam bentuk anak berudu sahaja,gambar di atas sekali saya rakamkan semasa pagi tadi,rakan sekerja yang berikan sekelopak? sejambang?errr sekuntum kot?? tak tahu nak cakap apa bagi menyatakan jodoh bilangan gambar yang paling atas sekali,apa pun gambar di bawah saya dapatkan daripada pencarian di internet dengan memasukkan kata kunci bagi "LEMBA"buah-buah di bawah boleh didapati di dalam bungkusan bunga mayang???maaf sekali lagi tak tahu nak sebut apa...yang pastinya gambar atas sekali adalah sarung di mana buah lemba ini tersembunyi...
Saya sebelum ini difahamkan mengenai buah lemba ini,kata rakan buah ni hanya di dapati di dalam hutan..lokasi kawasan hutan 300 kaki Hutan Simpan Negeri P.Pinang cuma 6 minit sahaja daripada tempat kerja saya,rasanya manis sehingga apabila kita minum air seolah kita meminum air gula...eeemm...alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan setugas yang lain dapat merasainya sendiri...hanya sebutir sahaja buah yang sebesar mercun bawang...rasa manis sukar dihilangkan walaupun 1.5liter air diteguk..Subhanallah...sila klik sini dan juga sini untuk mengetahui khasiatnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)