Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, October 31, 2009

PRA SYARAT NAK JADI GURU MORSE????

Untuk jadi seorang guru bagi mengajar kelas morse adalah lebih afdal jika seseorang itu mempunyai kelayakan seperti dibawah:

1.Dapat mengajar dengan teknik beliau tersendiri,beliau perlu memahami mana abjad atau huruf yang pelru didahulukan supaya pelajar-pelajarnya tidak rasa susah,tertekan dan giveup.

2.Mempunyai kemahiran menggunakan straight key,electronic paddle dan tidak hanya bergantung kepada komputer semata-mata.Keadaan ini membuatkan beliau sebagai tenaga pengajar yang tidak hanya bergantung kepada  komputer sahaja.

3.Pengalaman sebagai pelajar tidaklah mencukupi, mempunyai skill menerima dan menghantar 18wpm ke 20wpm adalah satu kelebihan kerana akan ada seseorang yang akan menguji anda apabila anda memperakui bahawa diri anda seorang guru morse,keadaan ini biasalah dalam cerita kung fu mana-mana tok guru yang buka pusat kung fu mesti ada orang nak test,tak pun anak murid itu sendiri akan menguji gurunya...eeemmm....pernah berlaku anak murid hantar laju tapi guru yang mengajar tak dapat copy.

4.Mengajar dan menunjukkan teknik belajar adalah satu yang berlaianan,namun jika anda berkeupayaan melakukan kedua-duanya sekali ternyata anda sememangnya berkelayakan.


5.Sifat berkongsi ilmu merupakan satu yang amat dituntut,maka sekiranya anda diperlukan ajarkan apa yang anda tahu sahaja,selebihnya minta mereka berguru langkah atau step yang lebih advance daripada rakan yang senior.

6.Sebaik menerima tali pinggang hitam bukan bererti anda layak untuk menjadi guru dan membuka gelanggang sendiri perkara yang sebaiknya terus berusaha untuk terus memajukan kemahiran diri.

Monday, October 26, 2009

SEBAK HATI SAYA APABILA MENGENANGKAN.....


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan

ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap
penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati
yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia
juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia  memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH

ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah)  bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali  (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2


Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL  and sekiranya ada tidak mampu

memberI sumbangan,diharapkan anda menyambungkan posting ini atau emailkan kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Saturday, October 24, 2009

PROGRAM MINDA

Untuk menjadi jutawan anda perlu berfikir secara jutawan,mereka ini hanya berfikir bagaimana untuk menjadi kaya dan lebih kaya,mereka melihat berbagai peluang sebagai "money generator"mesin penjana wang"sebab itu kita lihat jutawan semakin kaya dan terus kaya,inilah yang dapat saya petik daripada sebuah buku yang sempat saya baca sebulan yang lepas bezanya mereka tak bekerja untuk dapatkan wang tapi sebaliknya "wang mereka bekerja untuk mereka...apa pun saya setuju dengan kata pengarang buku tersebut,ya betul,untuk berjaya anda perlu bergaul/berkawan dengan orang-orang yang berjaya.Sama juga dengan cw anda perlu mendekati mereka-mereka ini bertanyakan sebarang masalah yang anda hadapi dan tips-tips pembelajaran.
Saya pernah meletakan nama saya sebaris pengamal "Reiki"ditahap master,semata-mata untuk memahirkan diri dengan ilmu kuasa minda yang teramat hebat,sebagai manusia  saya tak lari dari melakukan kesalahan,alhamdulillah saya kini kembali kepangkal jalan,ilmu dari al quran lebih hebat.
Saya tak nak ulas panjang lebar dengan perkara yang telah lama saya tinggalkan,namun cukuplah saya katakan sebagai manusia Allah S.W.T telah menganugerahkan kuasa minda yang sedia ada pada diri setiap manusia walaupun tanpa ilmu "Aura"Reiki"atau apa sahaja ilmu yang jadi bualan saat ini.

Kita cukup taksub dengan keupayaan sebuah komputer kerana mampu untuk menyimpan pelbagai data dan melakukan pelbagai aturcara,namun kita acap kali terlupa manusialah yang menciptanya dengan anugerah illahi yang teramat hebat.
Bagi berusaha ke arah kejayaan anda seharusnya sentiasa meletakkan diri anda di landasan yang betul,target anda untuk lulus cw maka,oleh yang demikian berusahalah ke arah itu,susah ke nak jaringkan bola ke gol,bola kejayaan diletakan hadapan gol kemenangan...sepak ajalah...sepaklah dengan sekuat usaha anda.

Lupakan 2meter seketika,bukan tinggalkan terus...saya sering ingatkan mereka yang mempunyai cita-cita ke arah  9m persediaan awal ialah Lupakan 2m seketika"jadikan satu kebiasaan kalau masuk dalam mobile sebolehnya tutup rig atau biasakan dengan teruskan onkan cw mp3.

Tanyakanlah pada mereka yang telah berjaya,displin mereka amat hebat,mereka sentiasa patuhi prinsip-prinsip asas.
Tentu sekali mereka punyai idola mereka sendiri idola saya ialah 9M2GL,9M2AR,9M2PZ,9M2RS dan YB6LD suatu ketika dahulu saya bercita-cita ingin meletakan nama saya sebaris dengan nama mereka...cikgu Rahman dalam pandangannya peribadinya memberikan saya 5 tahun untuk saya "Pukul@Atasi"beliau,saya teruja dengan kemampuan beliau ketika sessi qso cw dengan Don YB6LD.Saya sedang berusaha ke arah itu insyaallah Haris dan saya mempunyai impian yang sama.

Mereka yang telah berjaya setiap masa yang berlalu dipenuhi dengan sessi mendengar,dalam posting saya yang lepas-lepas saya telah nyatakan kemana sahaja saya pergi pastikan cw bersama saya sehinggkan ke kamar kecil...heheheh..

PROGRAMKAN MINDA ANDA
Suatu perkara yang berulang dilakukan insyaallah akan membawa kejayaan,sabar,usaha dan yakinlah ianya tidak akan sia-sia.Bagi yang tegar nak belajar cubalah "tuliskan afirmasi seperti berikut pada sehelai kertas jangan panjang sangat cukup sekadar contohnya"Pelajari morse adalah mudah saya akan berjaya "tulis pada sehelai kertas bersaiz kad nama cukup sekadar hanya untuk anda baca sahaja,letakan dalam beg duit pada bahagian tempat letak IC,bila buka aja beg duit anda akan terpandang afirmasi ini,lekatkan pada depan pc anda masa buat kerja anda akan terbaca afirmasi ini..insyaallah tanpa anda sedar anda sedang memprogramkan minda bawah sedar anda,langkah seterusnya susun jadual belajar.

Saturday, October 10, 2009

SEJARAH PERNAH TERCATAT

Ini maklumat yang baru saya terima daripada Haji Rashid(9m2RS)


Izinkan saya memberi maklumat mengenai keluarga yang paling ramai mempunyai callsign pernah terdapat di Malaysia.Keluarga ini berasal dari Melaka. Mungkin boleh dimasukkan dalam Guiness Book of Records.

1.Ketua Keluarga 9M2FS Mendiang Soon-masih tercatat di log IK6BAK cw QSO 1988.
2.Anak Lelaki 9M2GW George Wee
3.Isteri George... Valerie 9M2VT
4.Anak Perempuam ..Irene Wee 9M2WE
5.Suami Irene ...Alex 9M2BD
6.Anak Perempuan.. Nellie Wee 9M2NW
7.Suami Nellie... Chong 9M2TM
8.Anak ....Jerry Wee 9M2WB
9.Anak ....Jannie Wee 9M2JW
10.Suami Jannie.... Sunny 9M2SL




Keluarga ini boleh buka Kelab sendiri.AJK terdiri dari ahli keluarga...hehehe,Tetapi sekitar tahun 2000, ada sedikit salah faham telah berlaku di antara 9M2GW ( ketika itu beliau menjadi Bendahari MARTS dan saya President MARTS ) dengan AJK MARTS.

George telah mengundur diri dan satu persatu ahli keluarganya mengikut langkah beliau. Pada masa ini semua callsign yang tersebut diatas telah terbatal.Group photograph keluarga ini ada terdapat dalam Souvenir Programme SEANET Convention 1994.
Itu lah Alkisahnya...de9M2RS

**Klik sini untuk lihat QSL kad mereka dan beberapa ham dahulu.



Terima kasih haji di atas info ini.


The B E R A Familys masih/akan mencatatkan rekod di antara ham Melayu teramai...hehehehe

Friday, October 9, 2009

PERLIS... OH.. PERLIS





Eemm........pepatah ada mengatakan "diam-diam ubi berisi""diam-diam besi berkarat"selepas saya membuat penelitian daripada senarai yang lulus cw kali ini  mereka adalah bukannya namanya yang selalu kita dengar di rangkaian pengulang Astra,Marts atau seumpamanya daripada senarai lulus ini boleh disimpulkan mereka adalah dikalangan yang dalam diam menyimpan impian untuk mengorak jauh ke hadapan,ujian dan cabaran cw merupakan salah satu di antaranya sekarang mereka boleh menarik nafas lega kerana impian sudah terlaksana,saya pasti jika ada satu ujian untuk ke tahap seterusnya mereka-mereka ini pasti mahu bergerak ke setapak  lagi ke hadapan.

Perlis walaupun sebuah negeri yang populasi hamnya jauh ke belakang dalam sejarah amatur radio mencatatkan beberapa rekod menarik antaranya ialah:

1.Pernah tercatat Pegawai Pegiring Diraja yang mempunyai lesen radio amatur iaitu Allahyarham Datuk Pawanteh dulunya memegang callsign (9M2PZ).


2.Negeri yang pernah mencatatkan punyai 3 orang ham sekeluarga 9M2PZ-Allayarham Datuk Pawanteh(Bapa),9M2JP-Jamil(anak dan abang kepada pak Manan,9M2MP-Manan ( Kini 9M2PZ),selepas kembalinya kerahmatullah Datuk Pawanteh.3 bersaudara dari Perak telah memegang rekod ini,iaitu 9M2CP/9V1CP-Leow,9M2LN-Mendiang Liew dan 9M2SW-Thomas selepas beberapa tahun 9M2LN pula telah silent key kini sejarah berulang kembali dengan kehadiran 3 sekeluarga (gambar di atas) jika tidak mungkin berempat iaitu 9M2MZR-Mazru,9W2FRD (mungkin 9M2FRD)dan 9M2AZA-Maza (mungkin 9M2AZA) daripada Bera Pahang insyaallah sessi ujian cw tahun hadapan mereka "berempat beranak"memegang title keluarga 9M paling ramai di Malaysia....insyaallah.


3.9M2MP setelah sekian lama menyepi kembali,membuat kejutan dengan penukaran callsign milik ayahnda beliau 9M2PZ.


4.Pasangan suami isteri@pasangan guru pertama ham *9M2 iaitu 9M2GET dan 9W2OUT (insyaallah 9M2OUT)

5.9M2 perempuan melayu Perlis pertama "harap bukan terakhir"

6.Terdapat 5 India di Perlis yang belum menukar jersinya..hahahaha....ampun Mie gurau aja...hehehe


Saya dah tersalah pada awalnya rupanya anakanda beliau Tan Sri Abdul Hamid merupakan mantan  menteri besar Perlis.
 
**GET dan LI terima kasih atas infomasi pembetulan di atas.

Wednesday, October 7, 2009

"EXCLUSIVE " PROFILE 9W2OUT PENDEDAHAN KEJAYAAN BELIAU UNTUK DIKONGSI BERSAMA.


 Apakah rahsia disebalik kejayaan seorang Sri Kandi Perlis ini,sehingga membuatkan semua rakan tertanya-tanya,sebagai wanita bekerjaya,hobi dan juga seorang suri rumah,saya cuba mengupas rahsia disebalik kejayaan beliau yang membuktikan tiada apa yang tidak mampu dicapai apabila kesungguhan mengatasi segalanya.Kita ikuti pededahannya yang diminta oleh saya untuk dikongsi bersama.




PROFILES OF 9W2OUT

Nama penuh saya Nor Hanizar Nahar. Cukuplah jika dikenali sebagai Oja @ kak Oja. Mana – manapun boleh. Anak kelahiran negeri cantik, budaya menarik, Terengganu. Lahir 32 tahun yang lalu dan mendirikan rumahtangga dengan Hairie (9m2GET) pada Mei 2001. Dikurniakan seorang cahaya mata pada Disember 2006. Waktu itu kami berdua bergelut dengan final year di USM Minden, Penang. Sekarang bertugas di bandar diraja Perlis sebagai seorang guru.
My involvement in this hobby was 100% influenced by Hairie. I’m not a kind of talkative type especially when it comes to something which I’m not keen of. Tapi Hairie berjaya buat saya ambik RAE sehari selepas hari jadi saya iaitu pada 25 JUN 2008. I guess it was the most memorable birthday cause we are not able to celebrate it. I thought that it was an end until one day Hairie told me that he wanted to sit for the CW test. And the story of ‘dit’ and ‘da’ begin…
Kelas CW saya bermula secara x formal bila 9w2LLK (Hairie’s ex-callsign) mula hantar borang to sit 4 the exam. well, to be frank, i'm totally showing NO interest in that kind of things. Malam2 saya mula dipenuhi dengan bahasa2 'dit' & 'da'. and i keep asking myself "bila la smua ni nak berakhir?".
8.4.09 - 9w2LLK sit 4 the exam. alhamdulillah LULUS. so meaning that he'll be the new 9M2 di perlis ni la (along with 9W2YEH of course). And suddenly I was thinking to myself to be one of them.
10.4.09 - kelas formal CW saya bermula. agak mudah pada awalnya. maybe sebab saya dah biasa dengan bunyi2 dit dan da tu , so it's quite easy 4 me 2 get myself familiar with few alphabets;
e,i,s,h,t,m,o,a,n,u,d,b,v,w,g,j,p,r,k..
but still, there're lots 2 learn. well...in these few days, i keep thinking to myself that i have A VERY BIG responsibility. and as always, i'll reflect myself wether i've made a right decision...to sit for CW test. whenever i thought about it, i will feel a small pain just like from a tip of a sharp knife at my heart. it's not because i dont have faith towards my sifu, 9M2YAS, but towards myself.
the question wether i'll pass or not keep popping inside my head. i tried, sooooo hard to ease myself but still i can feel that everyone is waiting to see this YL ( XYL of 9M2GET) get through with it.
how should i describe the lesson?challenging?interesting?or both?hah..learning CW with my sifu, 9M2YAS is something that nobody can imagine.he was such a-born-patient-teacher that i've ever met. well, not to forget, my husband, 9m2get, was very supportive.but sometimes he can be the most strict sifu.
i said to my husband that i cant work under stress, my mind will get stuck. moreover, aku ada terbaca something dlm blog 9m2ar. he was like...ermmm..how should i put this...he was like 'announcing' to other station that hairi's wife is working very hard to sit for that scary-mellow exam. adoi...takutnye. also not to forget 9m2MGL’s blog which really help me in learning the CW ( thanks bang Man! )
menjelang CW test.. malam bukan lagi seperti malam2 yang biasa.... the performance was quite good.9m2get and 9m2yas said that i've reached the level that they've expected. betul ke?dunno..maybe yes since i dont realise it. there's still a lot 2 learn, practice to level up my endurance.
i wish i will succeed, i wish i'll make everyone proud of me,i wish everything will go smoothly as everyone had prayed hard for me, i wish i'll not fool myself on that day and i wish that all my wishes come true. thanks for all the doas/prayers/supports. may Allah bless us all.
7 Oktober 2009
Melangkah masuk ke SKMM @ MCMC merupakan satu perjalanan yang agak mengerikan. Ditemani dua perwira which are 9M2GET and 9M2YAS menenangkan sikit gentar. My sparing partner 9w2ZRZ masih mampu tersenyum.
Wajah-wajah yang hadir membawa seribu impian seperti saya. Tangan berpeluh-peluh walaupun diseliputi dengan aircond yang bukan sedikit sejuknya. Hairie keep on talking to me to make me endure with this nervousness. Mata saya terpejam sambil telinga menangkap bunyi-bunyian dari keyer rakan-rakan yang sedang TX. Saya berdoa agar this nightmare will end soon.
10 pagi melangkah ke bilik auditorium yang besar dan menambahkan lagi sesak di dada. Nombor indek 2002…baris paling hadapan berselang dua

Tuesday, October 6, 2009

JENERASI BARU 9M BERIKUTNYA ADALAH


Tahun ini merupakan tahun yang cukup bersejarah kerana dari segi penyertaan adalah amat menggalakan
dan berikut dilampirkan barisan 9W yang bakal menyarung jersy 9M selepas ini adalah:
( Gambar diatas 9m2rs menberi perangsang
kepada bakal peserta ujian cw)

9W2EBP-9W6RHM-9W2RIE-9W2HOO
9W6ISO-9W2MTC-9W2OZM-9W2ADH
9W2GTR-9W2FRD-9W2AZA-9W2ODY
9W2MSL-9W2RSH-9W2ALU-9W2NZI
9W2OUT-9W2SLJ-9W2SEC-9W2NTO
9W2ZAE-9W2ZAK-9W2PRO-9W2ZRZ


Tahniah kepada yang berjaya yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan.

( Gambar dibawah 9w2out -xyl 9m2get dalan ujian hantaran cw )

LINTAS LANGSUNG DARI MCMC CYBERJAYA


Seperti yang telah saya janjikan lintas langsung daripada Cyberjaya dibawa terus kepada anda,penantian yang sekian lama bagi mereka yang pernah terkadas akan terjawab pada hari ini
hanya beberapa jam lagi kita akan menyaksikan akan lahir jenerasi 9M terbaru,hadir mereka hari ini untuk membalas dendam akan episod kecundangan sessi lepas,apakah mereka ini sudah bersedia inilah cabaran yang terpaksa dipikul oleh insan-insan yang ingin mahu maju setapak lagi dalam arena hobi radio ini.
Telah banyak kita ikuti kisah suka dan duka mereka dan pada hari ini genaplah sudah penantian yang cukup menyiksakan,pada yang telah kecundang dendam kesumat terpahat di hati pada mereka yang baru mejejak kaki di gelanggang seribu makna usahlah tinggalkan dengan seribu kekesalan..namun jika ianya terjadi harapan saya ialah jangan biarkan "Hidup anda dibelenggu kekesalan sepanjang hayat"



                                                                                                                                                    Kehadiran bersama untuk memberikan sokongan moral pada kali ini ialah:
9M2ALL,9M2RS,9M2ZC,9M2AR,9M2NM,9M2GET,9M2RT
9M2CIO,9M2MZR,9M2YAS,9M2JEN,9M2VIP mungkin kali saya tiada
kesempatan untuk hadir bersama,insyaalah akan tiba masanya
saya akan hadir bersama.


Berikut adalah senarai mereka yang hadir dan menduduki ujian cw pada sessi kali ini,3 daripada peserta adalah daripada "NEGERI DIBAWAH BAYU" syabas saya ucapkan kepada mereka bertiga...eeemm kos yang besar untuk hadir menduduki exam di Semenanjung bukan faktor utama "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" cuma  rakan dari 'BUMI KENYALANG' saja yang tidak pernah lagi mengambil bahagian. Bila ya......?

Daripada 49 orang yang mendaftar hanya 39 orang sahaja yang telah hadir.

9W2EBP-9W2YR-9W2TLB-9W6RHM
9W2RIE-9W2AFR-9W6MAN-9W2YCC
9W2YCL-9W2HOO-9W6ISO-9W2TKK
9W2FNN-9W2MTC-9W2OZM-9W2ADH
9W2GTR-9W2FRD-9W2AZA-9W2ODY
9W2MSL-9W2RSH-9W2RZL-9W2ALU
9W2NZI-9W2NEK-9W2OUT-9W2RBY
9W2SBD-9W2SZA-9W2SEC-9W2NTO
9W2WF-9W2TJZ-9W2ZAK-9W2ZAE
9W2PRO-9W2ZRZ-9W2UMT-9W2SLJ


Text ujian penerimaan ayat-ayat adalah seperti berikut:

KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT SEMPENA CUTI UMUM.
PDRM DAN JPJ LANCAR KEMPEN SEPADU DIDIK ORANG RAMAI
UNTUK LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DI JALAN RAYA UNTUK
BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA


Sessi ujian penerimaan kumpulan angka-angka atau nombor:

75219-88032-53690-81043-40521
92767-26154-67891-11564-29305


Sila terus memantau di blog ini untuk info seterusnya.

Saturday, October 3, 2009

PESTA TANGKAP BERUK 7 OKTOBER




KITA JUMPA DI SANAAAAAAA........

ANTARA MEREKA YANG BERANI MEYAHUT CABARAN PADA 7 OKT INI

Berikut adalah senarai peserta yang bakal menduduki ujian cw pada 7hb Oktober ini ialah:

Rakan Amatur daripada Perlis Indra Kayangan
1.9w2OUT (XYL kepada 9M2GET)
2.9w2ZAK
3.9w2ZRZ
**9w2ATR

Rakan Amatur daripada Pahang Darul Makmur

4.9w2RBY-Ruby bonda 1st timer
5.9w2FRD-Firdaus adik saya(2nd try)
6.9w2ADH-Adha(1st timer)
7.9w2OZM-Bajam(1st timer)
8.9w2ALU-Alu(1st timer)
9.9w2AZA-Maza adik saya(1st timer)
10.9w2RZL(Mungkin)
11.9w2HOO-Kuantan

Rakan Amatur yang lain ialah:

12.9w2YR
13.9w2AFR
14.9w2PRO
15.9w2RIE-kuala lumpur
**9w2MIE-P.langkawi
**9w2ZJS-P.langkawi
**9w2YXY-P.langkawi
16.9w2GTI-Selangor (mungkin)
17.9w2DTR-Selangor
18.9w2LRA-Selangor
19.9w2WF-Fadzil-K.lumpur
20.9w2TLB-Talib


Yang bertanda bintang(**) permohonan mereka untuk menduduki ujian telah ditolak kerana faktor kelewatan,apa pun saya harapkan rakan Langkawi bersabar,sessi kemudiannya awal sedikit submit borang.

Sila maklumkan kepada saya jika anda mengetahui mana-mana rakan yang secara resminya akan menduduki ujian cw pada sessi kali ini,untuk saya akan update kan di sini.

Suatu hari di hari periksa

Suatu hari di hari periksa
Aku menanti dengan gembira
apakah akan kesudahannya
ujian cw yang cukup bermakna

Suatu hari di hari periksa
ujian cw untuk kali pertama
segala persiapan terlaksana
9 mike pasti jawapannya


Suatu hari di hari periksa
kita jumpa di cyberjaya
minum kopi mahal harga
kalau tak minum rugilaaa...

Suatu hari di hari periksa
jangan gugup gentar tak pa
kalau masih gugup juga
alamat mai lagi sekali laaa...

Suatu hari di hari periksa
macam dok pesan sentiasa
bila ada peluangnya
mintalah ulang buat kali kedua


Suatu hari di hari periksa
hari yang cukup bermakna
masa jawab jangan hilang punca
fokus dan berikan tumpuan sentiasa

Suatu hari di hari periksa
sessi mula dah tak tau apa
maka seterusnya dah tak ada makna
lain tahun datanglah pula...


Suatu hari di hari periksa
yang mantap akan berjaya
yang separuh kembali mencuba
yang main-main tak dapat apa


Suatu hari di hari periksa
medan gelanggang di cyberjaya
tangkap beruk kata mereka
yang kena tokak pasti merana

Suatu hari di hari periksa
harap semua lebih sedia
buktikanlah kepada mereka
yang anda boleh berjaya

Friday, October 2, 2009

DEBARAN KIAN TERASA

Pantas sungguh masa berlalu ujian cw tinggal tak beberapa hari lagi,alhamdulillah sehingga kini ramai yang telah lulus dan juga yang kandas,9W2GET telah meletakan harapan yang tinggi kepada xylnya,saya juga begitu juga agar kali ini Perlis Indera Kayangan akan tercatat dalam lipatan sejarah bahawa walaupun statusnya sebagai negeri yang populasi ham kelas A agak tercorot namun ini bakal ditebus dengan kehadiran sri kandinya yang bakal menjulang nama Perlis dan warga radio amaturnya.

Walaupun sebelum ini sudah tercatat rekod kehadiran XYL yang menjulang piala cw di Cyberjaya maaf,saya tak pasti apakah itu ujian sebenar-benar ujian atau hanya dikehendaki hadir untuk pengisian.
Khabar yang tak pasti Pahang juga akan menyahut cabaran ini dengan menampilkan juga sri kandi mereka kalau tak salah saya iaitu 9W2RBY,apa pun tahniah dan syabas kerana kehadiran anda akan menaikkan imej amatur radio dikalangan YL dan XYL di negara ini dan juga memberikan tamparan hebat kepada insan yang dah lama main radio Sesungguhnya kemahuan itu bisa mengatasi segalanya,bak kata "pepatah gunung nan tinggi bisa dibuat hamparan sejadah keimanan juga dijadikan taman impian"usah jelaskan faktor kesibukan sebagai penghadang jalan untuk anda melintasi sempadan kejayaan,apa pun status yang bakal dirangkul oleh mereka menang atau tewas itu bukan persoalannya kata orang kalau takut dilanda badai,usah berumah ditepian pantai,kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga sepastinya mereka ini telah mempersiapkan diri untuk menghadapi saat debaran ini.....bukan kah begitu???
Status sebagai ibu dan wanita yang berkerjaya sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada mereka ini untuk terus mempelajari cw,saya akuinya kerana bukan mudah untuk melepasi tahap pertama dan seterusnya.

Agak mendukacitakan kerana saya tidak dapat turut serta apa pun saya doakan kejayaan kepada anda berdua.Bagi Pak Yop pula ini merupakan kali ke4 rasanya,secara peribadi saya dapat rasakan beliau lebih bersedia jika dibandingkan dengan sessi sessi yang telah berlalu,agak jarang mendengar audio beliau dipengulang,kepada YR "status menang atau kalah bukan milik sesiapa ianya adalah milik anda"jika pada sessi kali ini anda melepasinya maka itu adalah usaha anda jika tidak teruskan usaha,rakan-rakan bisa mengatakan apa sahaja kerana mereka itu diluar gelanggang dan andalah pejuang yang terus berjuang untuk memperlihatkan kejayaan anda kepada mereka tanpa mengenal jatuh dan tersungkur.

Insyaallah melalui rakan-rakan penyokong setia liputan terus daripada MCMC Cyberjaya akan diteruskan seperti musim-musim yang sudah.