Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, November 30, 2007

CARA MEMBUAT PEMBETULAN SEMASA SENDING/PENGHANTARAN

Pada penghantaran teks atau ayat-ayat anggaran jumlah perkataan ialah sebanyak 36 patah perkataan iaitu dengan kelajuan setiap ayat 12wpm masa yang diperuntukan ialah sebanyak 3 minit.

Di sini saya lampirkan contoh ayat pendek untuk pelajaran.

contoh ayat dalam klip video ini ialah VVV VVV Mcmc akan mengadakan ujian kod morse pada tahun hadapan.

***Perhatian VVV VVV tidak dikira sebagai ayat ia adalah tanda isyarat "standby for incoming mesej"

Saya letakkan 2 contoh kesalahan iaitu pada pada ayat AKAN dan TAHUN.

Pembetulan perlu dilakukan pada ayat AKAN,oleh itu mulai sending semula pada ayat AKAN dan diikuti dengan ayat yang seterusnya.

Pembetulan kedua juga perlu dilakukan pada ayat TAHUN,oleh itu mulai sending semula pada ayat TAHUN dan diikuti dengan ayat yang seterusnya.

*Jangan lupa untuk hantar error signal iaitu 8dit dihantar berterusan kemudian diikuti dengan ayat yang hendak dibuat pembetulan.
error signal ialah ........(8 dit dihantar berterusan)

Thursday, November 29, 2007

Kod Group Nombor

Sebelum mainkan mana-mana file video tolong offkan muzik dekat last fm dengan cara ini tidak akan menyukarkan kosentrasi pendengaran anda.

Tuesday, November 27, 2007

CODE GROUP BASIC

Monday, November 26, 2007

Majlis Eyeball Bersama Rakan Ham Wilayah Tengah

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2BKN dan 9W2JEK atas majlis eyeball yang diaturkan pada 22/23hb di Puncak Alam 11.00pm-4.00am dan pada 23/24 di Damansara Damai 11.00am-3.30am
Antara yang hadir pada sessi eyeball tersebut ialah: 9W2JEK,9W2BKN,9W2DIE,9W2GEN,9W2EHO,9W2YR,9W2BDZ,9W2GTI,9W2MOL,9W2DEL,
9W2GTR,9W2KAJ.swal Mizi dari Perlis dan juga swal Amirul dari Sik Kedah.

Sunday, November 18, 2007

TQBFJOTLD

Saturday, November 17, 2007

The Ham Radio Youtube Challenge

Friday, November 16, 2007

SEDIKIT PANDUAN BELAJAR CW DARIPADA 9M2FK

2 hari yang lepas saya mengikuti qso antara 9M2AR dan 9M2FK di Marts National linking,antara yang menarik untuk dikongsi bersama ialah soalan cikgu kepada Pak Eshee bagaimana beliau belajar cw,antara butiran lengkap saya copy adalah seperti berikut:

Setiap pagi sessi latihan selama 15minit ( A-Z + nombor + punctuation mark *mendengar sahaja.

Tengahari juga 15minit sama seperti di atas *mendengar sahaja

Petang 15minit sama seperti di atas *mendengar sahaja.

*Tiada sessi penghantaran @ sending dalam tempoh ini dijalankan.

Sebaik penguasaan kod cw anda dengan sendirinya boleh membuat sending..cuma memerlukan sedikit masa untuk memantapkan lagi teknik penghantaran ini berdasarkan pengalaman saya.

Sambungnya lagi apabila telah kenal kesemuanya diikuti dengan code group pagi,tgh dan juga petang,berlangsung selama 3 bulan tiada elektronik key yang ada cuma straight key
dan selepas tamat tempoh tersebut,Pak Eshee boleh menerima 25wpm.
Jadual yang ketat dan displin diri adalah kunci bagi pembelajaran morse tersebut.
6 bulan sahaja sudah boleh kuasai cw.

Bagi anda yang baru mempelajari morse 1-2 bulan harap bersabar morse sesuatu yang senang cuma memerlukan komitmen dari anda.

Thursday, November 15, 2007

KECENDERUNGAN MENGGUNAKAN ISTILAH-ISTILAH YANG TIADA DALAM CATATAN TERDAHULU

Dewasa ini kita acap kali mendengar penggunaan istilah-istilah diadakan sendiri di simplex channel ataupun di repeater,apabilanya dirujuk kepada mereka yang terdahulu ternyata istilah-istilah tersebut tiada dalam catatan,ia dirasakan sebagai satu yang unik untuk perkayakan bahasa amatur yang sedia ada namun ianya sama sekali tidak termaktub dalam SOP "rujuk"MCMC.Amatur radio dalam kelasnya tersendiri meletakkan tatacara berkomunikasi dengan begitu jelas dan mudah difahami oleh semua ahli radio amatur yang saya rasakan ianya"standard"ia adalah satu bahasa penggunaan ahli radio amatur di seluruh dunia,namun sayangnya kini semuanya telah dicampur aduk dengan bahasa/ atau kata bahasa yang tiada rujukan.Semasa melayari web orari saya terjumpa satu file rujukan tatacara berkomunikasi yang khusus untuk ahli radio amatur Indonesia tertarik dengan kandungan jadi saya linkkan di sini untuk sama-sama kita menyelaminya"SOP Orari"

9M2AR dalam tulisannya juga telah menyentuh bab-bab penyalahgunaan istilah-istilah seperti QRX/QRT.Jika dirujuk dalam SOP Orari tidak digalakkan penggunaan istilah Q code jika iannya meyukarkan mana-mana ahli membuat tafsiran atau pemahamannya disalah ertikan.Antara lazim yang kita dengar "QRX saya nak isi minyak nanti saya masuk balik"QRX langsung QRT...mungkin nak maklumkan dia nak keluar dahulu tapi sebentar nanti akan masuk kembali....itu pemahamannya,apapun selagi amalan amalan sebegini terus dipraktikkan ianya akan turun termurun kepada generasi akan datang.
Sebaik-baiknya QRT dahulu kemudian akan masuk semula,tiada QRX berpanjangan 5-10minit,QRX bukan bererti saya berhenti membuat pancaran,ia bersifat sekejap "contoh QRX saya nak cari kertas nak tulis no 55 mungkin 10-20 saat tidak melebih seminit,Tiada maksud saya minta QRX dahulu nanti saya masuk balik.
Cara yang terbaik sebaik menyebut QRT tunggu seketika mungkin 10 saat untuk standby kalau-kalau ada rakan yang memanggil anda.Mungkin pemahaman QRX langsung QRT untuk menyatakan hal demikian,ternyata ianya salah dipraktikkan.QRT juga bukan bermaksud anda tutup station terus"anda cuma berhenti membuat pemancaran"Kecualilah anda menyatakan "QRT langsung "nak tutup set"

Tiada istilah Q code untuk menunjukkan lebat mana hujan seperti "Q1 untuk menyatakan kepada rakan hujan selebat mana.Tegur menegur adalah amalan mulia,namun bila ditegur di udara mungkin ada yang terasa,namun melalui penulisan saya ini adalah wajar bagi kita semua kembali ke pangkal jalan.Orari dalam SOP nya juga melarang ahli-ahlinya mempergunakan kata sendi/meringkaskan nama-nama tempat contoh Papa Papa-Pulau Pinang,Kilo Lima merujuk Kuala Lumpur dan sebagainya.Bila ber QSO ber QSOlah dengan beretika QSO anda didengari oleh rakan senusantara.Jika portable dalam rumah tak perlu nyatakan portable dalam base station,rujuk semula kepada"AA"mobile,portable,base station
sungguhpun anda portable dalam rumah/qth apabila dirujuk kepada "address"anda sebenarnya berada di alamat di mana anda membuat pemancaran,sudah cukup anda nyatakan base station"Bagaimana jika anda gunakan set portable gunakan antenna luar(Setup base station)?adakah anda juga nyatakan anda juga portable?Sebutkan callsign anda sewaktu breakin antara komunikasi yang sedang berlangsung,contohnya 9W2AAA,rakan yang sedang QSO luangkan 3saat untuk mengambil putaran berikutnya dengan amalan sedemikan mana-mana rakan mudah untuk memasuki dalam QSO anda.Jika anda dapat menerima dengan baik 59 uplink rakan anda segera ke simplex.Ketahui larangan sedia ada iaitu jangan beroperasi di dalam kawasan hospital,di dalam feri dan lintasan pejalan kaki.
Jangan benarkan mana-mana rakan menggunakan callsign anda tanpa anda ada disisi,jika ada anda perlu menyatakan rakan anda akan ber QSO anda mulakan pembukaan dan anda juga akan mengakhirinya.Tiada station operate tanpa didahului oleh tuan punya callsign.Mungkin ada yang tersinggung dengan penulisan kali ini,namun apa yang tertulis ini adalah kebaikan bersama.Sentiasa memeriksa dari masa ke semasa sistem antenna anda supaya ia tidak menyebabkan interference kepada audio visual jiran anda.
Astra terbaru mengambil langkah drastik untuk penambahbaikan para ahlinya mengikuti garis panduan yang termaktub,pemantauan perlu dilakukan oleh AMT-Ahli Majlis Tertinggi dan teguran dari masa ke semasa boleh merubah situasi sebegini,9w junior mengguna pakai apa yang dipraktik oleh segelintir ham senior yang mungkin bangga dengan kosa kata yang diturunkan kepada pelapis baru.

Wednesday, November 14, 2007

KEPUTUSAN RASMI UJIAN MORSE KEDUA 2007

Sila klik lihat keputusan ujian morse,kepada mereka yang berjaya saya ucapkan syabas dan tahniah dan yang gagal jangan putus asa saya yakin anda boleh.Terkini saya telah linkkan 3 file mp3 a-z dan rythm morse untuk anda dengar-dengarkan,difahamkan file ini agak memakan masa ketika anda download harap bersabar,terima kasih kepada jurukaka di atas bantuan teknikal.
"Jurukaka,saya sampai sekarang masih tak dapat kenal pasti mengapa link ke blog anda masih gagal berfungsi"walaupun dah beberapa kali saya lakukan.

Friday, November 9, 2007

HOMEBREW CARBON MIC/MEMBUAT MIKROFON KARBON










Dengan menggunakan bateri yang dah rosak,anda boleh membuat talian telefon persendirian dengan menggunakan rod karbon yang terdapat dalam bateri,projek yang aku buat ini mampu untuk digunakan untuk talian sepanjang 20meter,sesuai untuk projek pelajar-pelajar sekolah rendah dan anda sendiri pun boleh mencubanya.

kedua-dua karbon yang memegang rod karbon adalah berlubang "tapper" atau dengan bahasa lainnya berbentuk kon,karbon sebatang yang diletakkan di bahagian tengah ditajamkan dikedua-dua bahagian,ia dibuat sedemikian untuk dimuatkan kedalam dua karbon rod pemegang,diletakkan dengan keadaan yang berenggang adalah supaya mudah bergetar apabila kita bercakap menerusinya.Saiz yang pernah aku buat ialah boleh dimuatkan dalam casing jam tangan.Untuk projek yang aku buat ni elok gunakan bateri 9v,set penerima dan pemancar untuk dua hala adalah dalam satu kabel litar sahaja..ini adalah basic telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell.

Tuesday, November 6, 2007

PENGHARGAAN/PENGIKTIRAFAN DARIPADA 9M2AR




Minggu yang lepas cikgu memaklumkan kepada aku yang t-shirt dan cap dah diposkan sebagai tanda penghargaan ke atas cw aku yang "bolehlahhh",2 hari yang lepas aku menerimanya.Bagaimanapun cikgu memaklumkan yang pihak vendor tidak mengikuti spefikasi yang cikgu arahkan,apa pun aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas pemberian ini,ianya menyemarakkan lagi untuk aku up speed cw aku"harap lepas ni target aku nak sepantas Azlan (9m2agc)"MASTER" level kata cikgu.Cw aku walhalnya tak sepantas mana "ala kadar saja"berkat cikgu yang kerap ajak aku bermain di cw band alhamdulliah rasanya elok sikit daripada dulu-dulu emmm...tapi malangnya masih tak berani nak pergi DX di Cw band.

Kalau berkesempatan rakan-rakan 9M yang baru jangan malu untuk ke cw band,walaupun perlahan tak mengapa kita masih ada cikgu,Pak Eshee,Pak Long Marzuki,Cikgu Mazwan dan lain-lain yang boleh memberikan tunjuk ajar.

PEMBELAJARAN MORSE BERIKUTNYA

Alahamdulillah saya terima respon yang positif di kalangan 9W yang saya rasakan mereka-mereka ini berpotensi bakal memperolehi 9M suatu hari nanti insyallah,semalam sewaktu saya mengemas ruangan bilik radio/stor saya terjumpa beberapa nota catatan sewaktu saya mengorak langkah mempelajari cw asas.

Jika anda teliti kod-kod cw A-Z kita boleh katakan ianya terbahagi kepada 4 bahagian maksudnya saya jelaskan mengikut group seperti berikut:

Group 1 =E T mengandungi 1 karektor "DIT ataupun DAH" "1 DIT ataupun 1 DAH"

Group 2 =A I M N mengandungi 2 karektor "DIT-DIT,DAH-DAH,DAH-DIT,ataupun DIT-DAH"

Group 3 =D G K O R S U W mengandungi 3 karektor "RUJUK CARTA CW".

Group 4=B C F H J L P Q V X Y Z mengandungi 4 karektor "RUJUK CARTA CW"

Anda boleh mempelajari cw melalui group-group ini juga,anda mula kuasai group 1 dahulu kemudian 2,3 dan keempat.

Jika anda mempunyai handphone nokia 3310-3315 terdapat 2 versi messej cw tone yang boleh anda dengari dan pelajari antara yang mudah ialah "SMS dan CONNECTING PEOPLE"
keseluruhannya terdapat 11 kod morse sedia ada dalam tone messej yang boleh anda pelajari/dengari ia hampir 40peratus cw daripada bahagian kod asas.Cw juga dapat anda pelajari dengar melalui repeater id "Tone id" walaupun pendek ia dapat membantu anda dalam sessi mengenal tone.

Antara gandingan kod group pendek lain yang boleh anda dengar ialah dengar seperti saya lampirkan di bawah:

A R
K C
K Y
G Q
R L
G Z
G Q
U F
N K
W P
D X

Sunday, November 4, 2007

PERSEDIAAN PEMBELAJARAN MORSE KOD



SAYA INGIN PELAJARI MORSE BAGAIMANAKAH CARANYA?
Anda mempunyai perlbagai pilihan untuk pelajari morse.
Apa sahaja software boleh digunakan,selagi ia memberikan keselesaan kepada anda tapi harus ingat pastikan ia sesuai dengan anda,berbagai software boleh anda dapatkan dari internet morsecat,korch method dan banyak lagi,lebih bagus jika anda mempuyai tutor yang berpengalaman.

PERSIAPAN YANG BAGAIMANA YANG SAYA PERLUKAN?
Pertama sekali anda perlu setkan minda anda "Belajar Morse Tak Susah"susah lagi RAE".
"Morse saya perlu mendengar sahaja,ya saya perlu mendengar dan terus mendengar".Anda perlu menjadi pendengar yang setia,setkan masa untuk anda mendengar sekurang-kurangnya 15-20minit setiap sessi (1X)pagi dan (1x)malam yang selebihnya sessi tak rasmi iaitu ketika anda ada lebih masa terluang,jika miss satu sessi pun tidak mengapa,yang penting anda harus mendengar,Kurangkan QSO ketika anda mobile tumpukan kepada morse sahaja."makan morse,minum morse,tidur morse bak kata apa sahaja morse.Ada ketikanya perilaku anda agak pelik di pandangan ahli keluarga ketika anda mempelajari morse,konsentrasi amat penting jika 15-20minit sessi anda mendengar minta sesiapa jangan ganggu anda.

CARA MENDENGAR
Sebaik-baiknya anda perlu berada disebuah bilik atau dipersekitaran yang tenang dan jangan lupa gunakan headphone atau earphone untuk mendengar,anda boleh pejamkan mata ketika anda mendengar,cara ini mungkin berkesan kerana perhatian anda tidak tertumpu kepada keadaan sekeliling.Apabila mendengar jangan fikir apa bunyi tersebut sebaiknya anda menghayati irama/tone morse tersebut dan tafsirkan apa abjad.Lupakan pasal nombor seketika tumpukan kepada abjad-abjad sahaja dan jangan sentuh key untuk SENDING.Elakkan mengingati bentuk karektor abjad sebagai titik dan sengkang sebaliknya ingati bunyi iaitu iramanya contoh bunyi A di-dah (Rythm).
Untuk peringkat pertama anda perlu melalui sessi pengenalan kod A-Z jika anda belajar melalui korch method ianya bermula dengan K dan N atau dengan kaedah lain grouping asas seperti:
E I S H
T M O
N D B
A W J
A U V
Sekiranya anda telah mahir dengan kod group di atas anda telah berjaya menguasai 57peratus kod morse bahagian abjad.Antara kod morse lain yang mudah untuk anda pelajari ialah C Q dan SMS.



CARA YANG BERKESAN ADALAH:
Dengar dan terus mendengar,penuh konsentrasi dalam pembelajaran,jangan tinggalkan sessi mendengar ikut jadual yang telah anda setkan,apabila copy/catatkan gunakan tulisan huruf kecil ianya lebih pantas namun pastikan anda boleh membaca kembali apa yang telah anda catitkan.Verbal/bunyikan irama abjad setiap kali anda memandu,membaca papan iklan,plat kenderaan yang melintasi anda,atau membaca tajuk-tajuk utama surat khabar.Apabila anda maju copy 70peratus naikkan kelajuan/speed atau tambahkan karektor/abjad yang baru.Untuk memudahkan anda ke mana sahaja dengan cw rekod dalam telefon anda dan pastikan ianya rekod-rekod yang sentiasa anda update bukannya anda mendengar kod-kod yang dimainkan mengikut susunan yang mana anda dapat mengenali apa bunyi tone tersebut.

APA TANDA-TANDA CW ANDA DAH MENINGKAT/PEMBELAJARAN ANDA BERHASIL
Apabila anda tidak mengambil masa yang agak lama untuk mengingati irama bunyi tersebut,otak anda akan reflex dengan cepat mulut anda akan menyebutkan abjad bunyi yang anda dengar tanpa teragak-agak.

Saturday, November 3, 2007

NORHTERN LIGHTS/AURORA BOREALIS



Northern Lights, or aurora borealis, dynamic displays of multicoloured luminosity appearing in the day or night sky in high latitudes in the Northern Hemisphere. At any instant of time, the auroras are arrayed along a band (the auroral oval) with the North MAGNETIC POLE near its centre. The band is normally about 500-1000 km wide, its average position in Canada being over Yellowknife, NWT, to the West, and Grande rivière de la Baleine,QuÊ, to the East. During intense activity the oval may expand as far south as Miami, Florida (August 1972), and beyond.
The luminosity can luctuate violently, particularly near local midnight when explosive bursts of activity called substorms are triggered. Auroras originate in the ionosphere, the upper atmosphere 100-300 km above the Earth's surface. They are caused primarily by energized electrons (1-20 kilo-electron volts) which are accelerated towards the ionosphere from a region 5000-20 000 km above the Earth's surface. These energetic electrons bombard the upper atmosphere and "excite" atmospheric constituent particles. When these particles return to less excited states, they give off light. Green or red light comes from excited atomic oxygen; purple light from excited molecular nitrogen.
Current theory states that the energy driving auroras is obtained from the solar wind, a gas composed primarily of protons and electrons, blowing away from the SUN at supersonic velocities of 300-1000 km/s. The solar magnetic field is embedded in the gas and is pulled by the wind deep into interplanetary space.The wind interacts with the Earth's magnetic field,distorting it to form the magnetosphere(ie,thecomet-shaped cavity, blunt end towards the sun,
carved in the interplanetary medium by the Earth's magnetic field).
The magnetosphere is broken near each pole by a cleft region. Some solar-wind plasma, slowed and heated by interaction with the magnetosphere, enters the cleft region and penetrates directly to the ionosphere, causing the dayside auroras. However, most of the particles leaking into the magnetosphere are trapped behind the Earth, and through processes analogous to convection end up flowing towards the Earth. Some of these particles are accelerated into the nightside ionosphere, causing brilliant auroras.

The amount of energy leaking into the magnetosphere is regulated predominantly by the strength of the interplanetary magnetic field and its direction in relation to the Earth's magnetic field lines at the outer boundary of the magnetosphere. Activity also varies with sunspot and solar-flare occurrence. Parallel phenomena in the Southern Hemisphere are known as the aurora australis.

Auroras are the visible portion of the dissipation of the energy which has entered the magnetosphere from the solar wind. This energy is also dissipated through ohmic heating (ie, heat generated by electric current flow through a resistor). This process involves giant currents, sometimes in excess of one million amperes, which flow through the resistive ionosphere in the region of luminous auroras. These currents create magnetic fields which can make compass needles show direction incorrectly and which can cause surges in power lines resulting in electric-power outages.

The northern lights have haunted the imaginations of spectators for centuries. To the Inuit, the arsaniit are the sky people enjoying a ball game. Some natives view the lights as ancestral spirits dancing before the Great Spirit. Recently, Canadian researchers placed an ultraviolet imager aboard the Swedish Viking satellite and succeeded in obtaining a global view of the auroras and in following their rapid time variations.

* The green or red light of the Aurora comes from excited atomic oxygen -purple light from excited molecular nitrogen.** Northern lights are caused by energized electrons which accelerate towards the ionosphere from 5000-10 000 km above the Earth'surface.

Friday, November 2, 2007

IONOSPHERE



Ionosphere yang meyelimuti bumi kita ini terdiri daripada beberapa lapisan,antara lain yang disebut lapisan D,E dan lapisan F.Lapisan D adalah lapisan yang paling rendah,sedangkan E adalah lapisan di atasnya dan disusuli dengan lapisan F yang teratas sekali.Tinggi lapisan F adalah sekitar 280km sedangkan lapisan E sekitar 100km di atas permukaan bumi.

Pada siang hari lapisan F terpecah kepada 2 iaitu F1 dan F2 masing-masing mempunyai ketinggian sekitar 225km dan 320km,sedangkan pada malam hari, kedua lapisan itu bergabung menjadi satu lapisan tunggal iaitu F.Lapisan F inilah yang mempunyai erti penting dalam pancaran gelombang radio teresterial,dimana komunikasi jarak jauh terlaksana dengan bantuan kondisi lapisan ini.

Kesempurnaan pemantulan yang dilakukan oleh lapisan ionosphere cenderung tergantung kepada kesempurnaan ionisasi dari lapisan tersebut.Lapisan ionosphere yang terion secara sempurna merupakan lapisan yang masif dan mempunyai daya pantul cukup baik pada gelombang radio.Kondisi propagasi pada malam hari dalam keadaan normal sehari-hari pada umumnya cenderung lebih baik daripada siang hari.Hal ini disebabkan kerana pada siang hari terjadi lapisan ionosphere tambahan (lapisan D) yang terionisasi kurang sempurna sehingga menghambat pantulan gelombang radio kembali ke bumi.

Kekuatan pemantulan oleh lapisan ionosphere cenderung tergantung kepada kesempurnaan ionisasi lapisan tersebut.Lapisan ionosphere yang ter-ion secara sempurna merupakan lapisan yang masif dan punyai daya pantul baik terhadap gelombang radio.kondisi propagasi pada malam hari cenderung lebih baik daripada siang hari.Hal ini disebabkan kerana pada siang hari terjadi lapisan D yang terionisasi kurang sempurna dan menyerap gelombang radio terutama pada band 160m dan 80m.

Fading yang kadang-kadang kita alamai disebabkan kerana keadaan ionisasi lapisan ionosphere yang tidak stabil.
Phenomena alam lainnya terjadi pada saat matahari terbit dan pada saat matahari terbenam di mana komunikasi jarak jauh pada low band menjadi sangat baik.

Para penggemar komunikasi jarak jauh (DXING)terutamanya pada low band sering menggunakan kesempatan ini untuk berhubung dengan rakan-rakan amatur radio di tempat yang jauh,phenomena alam ini dapat dijelaskan sebagi berikut:

Pada waktu matahari mulai terbit,mulailah terjadi lapisan ionosphere tambahan di bawah lapisan ionosphere utama dan hujung dari lapisan ionosphere tambahan,yang biasa disebut "GREY AREA" mempunyai sifat dapat membiaskan pancaran gelombang radio sedemikian rupa sehingga mencapai lapisan ionosphere utama dengan sudut kecil sehingga pantulannya ke bumi lebih jauh.Suatu jarak tertentu yang biasanya dicapai dengan multiple hop pada saat tersebut boleh dicapai dengan single hop.

Sifat lain dari ionosphere ialah bahawa ionisasi yang terjadi tidak selalu dapat merata pada seluruh bidang ionosphere,kondisi semacam ini sering kali dialami oleh para penggemar komunikasi jarak jauh,biasanya para penggemar komunikasi jarak jauh menggunakan antena pengarah (YAGI/QUAD) dan untuk berkomunikasi dengan rakan dari Jepun ia mengarahkan antenanya ke Utara(SHORT PATH)akan tetapi pada suatu saat tertentu antena harus diarahkan ke Selatan (Berbalik 180degree)untuk memperoleh signal yang lebih besar (LONG PATH).Hal ini disebabkan kerana kondisi ionosphere di sebelah bumi selatan lebih bagus daripada bumi sebelah utara.

Dipetik dari BEON.

MEMAHAMI PROPAGASI



Apabila kita bercakap mengenai propagasi kita menyentuh pengetahuan yang bersangkutan dengan pancaran gelombang radio.Kita sedia maklum bahawa apabila gelombang radio terpancar daripada radio/pesawat ia membawa bersama audio,sebaik diterima gelombang radio yang diolah kembali ke audio dan hasilnya suara anda terpancar di pesawat penerima.

Gelombang radio yang dipancarkan tadi adalah gelombang elektromagnetik yang bergerak melalui garisan lurus.Gelombang radio mempunyai sifat seperti cahaya,ianya dapat dipantulkan,dibiaskan,direfraksi dan dipolarisikan,300.000km/saat kelajuan yang menyamai kelajuan cahaya dapat kita bayangkan apabila gelombang radio ini berkemampuan mengelilingi dunia,maka dalam sesaat boleh mengelilingi dunia sebanyak 7 kali.

Kita ketahui dunia berbentuk sefera berbentuk agak bulat seperti bola,akan tetapi pancaran gelombang radio high frekuensi dari Malaysia boleh sampai di US yang terletak di balik bumi di sebelah sana,walhal ianya bergerak menuruti garis lurus.Phenomena alam seperti ini dihuraikan lebih jelas di bawah:

Di luar angkasa iaitu diluar lapisan atmosphere bumi terdapat lapisan yang dinamakan ionosphere,ionosphere adalah suatu lapisan gas yang terionisasi sehingga mempunyai muatan lestrik,lapisan ini berbentuk kulit bola raksasa menyelimuti bumi.Lapisan ini mempengaruhi kepada perjalanan gelombang radio.

Pengaruh-pengaruh penting dari ionosphere terhadap gelombang radio adalah bahawa lapisan ini mempunyai berkeupayaan untuk membias dan memantulkan gelombang radio
Apabila gelombang radio itu dipantulkan atau dibiaskan ianya bergantung kepada kepada frekuensinya dan arah sudut terpancarnya gelombang radio ke ionosphere.

Frekuensi radio yang mungkin dapat dipantulkan kembali adalah frekuensi yang berada pada range Medium Frequency(MF)dan High Frequency(HF).Adapungelombang radio pada range Very High Frequency (VHF) dan Ultra High Frequency (UHF)atau yang lebih tinggi,secara praktikalnya dapat dikatakan tidak dipantulkan oleh ionosphere akan tetapi hanya sedikit dibiaskan dan terus melepasi menghilang ke angkasa luar.Gelombang radio yang menghilang ke angkasa luar tadi dalam istilah "PROPAGASI" dan juga dikatakan "SKIP"

PEMBAHAGIAN BAND FREKUENSI RADIO

Very Low Frequency VHF 3-30KHZ
Low Frequency LF 30-300KHZ
Medium Frequency MF 300-3.000KHZ
High Frequency HF 3-30MHZ
Very High Frequency VHF 30-300MHZ
Ultra High Frequency UHF 300-3.000MHZ
Super High Frequency SHF 3.30GHZ
Extremely High Frequency EHF 30-300GHZ

Sumber dipetik dari BEON dan diolah kembali.

Wednesday, October 24, 2007

JAPANESE MADE CW KEY













Sunday, October 21, 2007

Saturday, October 20, 2007

BERTINDAK DARI SEKARANG

Suatu yang manis apabila impian kita terlaksana,lebih manis bilamana impian tersebut tak ramai yang sanggup menghadapinya.
Aku tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh 9W2SJS(Sun)beliau gagal buat pertama kalinya dalam cw dan kali ini beliau telah membuktikan bahawa beliau boleh dan ternyata usahanya tidak sia-sia.
Apa yang menariknya di sini ialah pada sessi pertama beliau dengan muka hemoi berjumpa dengan 9M2ALL(Haris)di Qthnya untuk mohon tujuk ajar,daripada situ bermulanya episod perguruan,tentu sekali dalam masa yang singkat tidak dapat membantu beliau untuk berjaya,beliau gagal dan bagi sessi kedua beliau sekali lagi dengan muka hemoi mohon tunjuk ajar dari 9M2ALL dan kejayaan milik beliau untuk kali ini,apa yang aku nak bangkitkan di sini ialah 3 perkara:

1.Tuntutlah ilmu tak kira guru itu apa bangsa sekali pun jangan jadikan alasan penghalang "dia Melayu,Cina,India segan nak pergi belajar dengan dia".

2.Jangan lokek untuk membantu mereka yang memerlukan tunjuk ajar,sekiranya anda ingin melihat lebih ramai yang berjaya bantulah mereka yang memerlukan.

3.Lakukan dengan bersungguh-sungguh jika anda menyahut cabaran itu lakukan sehingga berjaya"alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan,"alang-alang whiskey biar sampai Mike".

*Hemoi=muka seposen/muka tembok/tak malu

CONTOH TERBAIK

Hari raya ketiga aku dikejutkan dengan pulangnya kerahmatullah ibunda 9W2JTJ,adalah satu berita sedih tambahan pula allahyaharmah aku kenali sejak 1979 takala kami mula behijrah ke kampung dahulu.Cuma iringan doa dan alfatihah mampu kita sedekahkan kepada arwah.
Apa yang menarik minat aku pada waktu pengkebumian dijalankan ialah kelibat seorang insan yang cukup friendly iaitu Pak youp ( 9W2YR),aku tertarik dengan kedatangannya lantas bertanyakan samada beliau dalam pejalanan pulang ke Baling atau Teluk Intan langsung terus singgah ke sini,kedua-dua pertanyaan aku salah beliau datang daripada Baling semata-mata untuk menyatakan simpatinya pada 9W2JTJ.
Takala selesainya pengkembumian aku sempat eyeball qso dengan beliau dan memuji keperibadian beliau yang patut dicontohi oleh semua lapisan ham,baik kenduri atau kematian jika beliau berkesempatan insyallah akan sampai juga.
Penglibatan beliau dalam menaikkan nama Astra dan petambahan ahli di bahagian selatan tanahair juga adalah daya usaha beliau ,tidak sia-sia jika anugerah ahli paling aktif diberikan kepada beliau.
Kata orang putih "trow one stone kill two birds" hehehe...sesambil tu aku sempat taruh jarum dekat Pak Yop"Yop bila lagi nak ambil Mike"? beliau menyatakan jika diizinkan mungkin April tahun depan,Aku kata kepada Pak Yop dengan ikhlas jika Pak Yop lulus aku yakin ramai lagi akan menyusul,"bila Pak yop lulus Pak yop pula kasi jarum kepada mereka" hehehehe....Yop aku tunggu punya tunggu tak mai juga qth aku
mungkin qrl kot sebab gas aircond kereta habis hari tu apapun anda adalah contoh terbaik sejak dari 9W2RS lagi.

Wednesday, October 10, 2007

THE FIRST MALAYSIAN ASTRONAUT





A Russian Soyuz rocket roared into orbit Wednesday carrying Malaysia's first spaceflyer and a veteran astronaut team on a tricky mission to build up the International Space Station (ISS).

Space station commander Peggy Whitson -- the first woman ever to lead an ISS mission -- launched into space alongside veteran cosmonaut Yuri Malenchenko and Malaysian astronaut Sheikh Muszaphar Shukor. Their Soyuz TMA-11 spacecraft rocketed into orbit at 9:22 a.m. EDT (1322 GMT), though it was just after sunset at their Baikonur Cosmodrome launch site on the steppes of Kazakhstan.

Whitson, with Malenchenko as flight engineer, plan to host up to three visiting shuttle crews and a series of rotating crewmembers during their six-month mission.

"I'm really looking forward to it," Whitson told reporters in a prelaunch press conference of her busy Expedition 16 mission. "'I'm confident in our ability to accomplish all our tasks because I like a challenge."

A new connecting module, the European Space Agency's Columbus laboratory, the first piece of Japan's three-segment Kibo laboratory and a robotic arm addition are slated to arrive during Expedition 16. Europe's first unmanned cargo ship, dubbed Jules Verne, is also due at the ISS during the mission.

"Historically speaking, this has got to be one of the pinnacles of the program," NASA ISS program manager Mike Suffredini said Tuesday from Baikonur on NASA TV. "I was talking to Peggy earlier and she's chomping at the bit."

Whitson and Malenchenko will replace the station's current Expedition 15 commander Fyodor Yurchikhin and flight engineer Oleg Kotov during a nine-day crew swap once they dock at the ISS on Friday. NASA astronaut Clayton Anderson, currently aboard the space station, will stay on for the first stage of Expedition 16.

"We're really looking forward to seeing them in just a few days," Whitson said.

Yurchikhin and Kotov will return to Earth on Oct. 21 after completing a six-month spaceflight. Shukor land with the Expedition 15 crew after his own 11-day spaceflight, during which he plans to perform a series of experiments and observe the Earth. Shukor said he was honored to be chosen from the initial 11,000 applicants to serve as Malaysia's first astronaut, or "angkasawan."

"I am ready to go to space," he said in a prelaunch briefing.

Shukor, a 35-year-old orthopedic surgeon, is flying to the ISS as part of a deal between Malaysia and Russia to purchase Russian-built military jets. In addition to his experiments, Shukor is bringing traditional Malaysian items and food to the space station and hopes to practice his Muslim faith while in orbit during the final days of the holy month of Ramadan.

"Being a Muslim and going into space is a big responsibility for me, not only for Malaysian people but also to Muslims all over the world," he said. "I'm not sure how, but I'm sure I'll find a way to pray and fast in space, and I'll come back and share it."

Crew swap ahead

Shukor and the Expedition 16 crew are due to dock at the ISS Friday at 10:52 a.m. EDT (1452 GMT), with Malenchenko serving as Soyuz commander during the two-day spaceflight.

As the three spaceflyers launched into orbit, seven other astronauts trained for their own spaceflight. The seven-astronaut crew of NASA's STS-120 mission rehearsed plans for an Oct. 23 launch aboard Discovery at the agency's Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida.

The 14-day mission, led by female shuttle commander and veteran astronaut Pamela Melroy, will deliver the Harmony connecting node to the ISS and lay the foundation for future international laboratories. The shuttle flight marks the first time two spacecraft commanded by female astronauts will fly at the same time.

"We're very excited about that," Melroy told reporters Tuesday. "In fact, the only problem with Peggy's launch is that we're going to be strapping in so we won't be able to watch it live."

But before Discovery's astronauts can launch toward the ISS, the Expedition 16 crew must take control of the orbital laboratory. The Expedition 15 astronauts have spent the last few weeks preparing for their relief crew's arrival and watched a live video broadcast of today's successful launch.

Anderson gave two thumbs and a wide grin to video cameras aboard the ISS after the liftoff. He will return to Earth later this month during the STS-120 mission, which will bring the first of three new Expedition 16 crewmembers to the space station during each of the upcoming shuttle flights.

During a prelaunch news conference, Whitson received a commemorative whip "for the men to remember that you're the boss," according to the gift's presenter. All four of Expedition 16's rotating crewmembers -- Anderson, NASA astronaut Daniel Tani, European Space Agency astronaut Leopold Eyharts and NASA spaceflyer Garrett Reisman -- are men.

"I'm hoping I won't be needing this, but just in case," joked Whitson.

Friday, October 5, 2007

SELAMAT HARI RAYA






Syawal bakal menjelang tiba,sebagai insan ilahi yang kerdil saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang disedari ataupun tidak mungkin ada kata-kata saya yang menyingung hati rakan-rakan telah tercatat di sini.Saya menyusun jari memohon keampunan,percayalah catatan dan tulisan itu tidak lebih untuk maklumat dan pengalaman untuk saya kongsi bersama anda.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA

Attention to dx member that had sent qsl card to me

Attention to dx member that had sent qsl card to me and still not yet answered please be patient,I will respond it within the nearest period.Priority will give to the ham who sent out on to my address.
Please notify that my village name has been dignified and in conjunction of 50th Malaysia independence anniversary from PPRT has been converted to the Kampung Anugerah Wawasan.
The new address as below:


Azman Bin Ali(9M2MGL)
No 46 Blok E
Kampung Anugerah Wawasan,Jalan Sungai Chenaam,
Sungai Chenaam 14320 Nibong Tebal SPS
Pulau Pinang Malaysia.

Saturday, September 29, 2007

HAM RADIO MUST UPGRADE THEIR SKILLS



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA

LEARNING CW "BASIC" WHY NOT TO TRY IT

Cara pembelajaran cw aku adalah unik jika dibandingkan dengan teknik-teknik yang sedia ada disamping mengikuti kelas arwah 9M2GL,alhamdulillah komitmen dan jadual pembelajaran yang ditepati membuahkan hasil.

Rekodkan AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA-ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ 14-15wpm( 20X) mainkan dan dengarkan iramanya,dengar sebutkan "alfa" jangan sebut di da(alfa) dengan menggunakan jari sambil seperti umpama menulis catakan "a"

Jika anda rasa anda telah mahir songsangkan turutan Z-A (20X) kelajuan sama seperti di atas sambil sebutkan sama seperti di atas.

Apabila anda telah mahir susun A-Z menjadi ayat ringkas contoh seperti THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS.Sekali lagi convertkan ke Mp3 file main ulang-ulangkan kadar masa 10-15minit kelajuan 14-15wpm.

Jika dirasakan anda boleh copy ayat-ayat tersebut sila songsngkan SGDS YZAL EHT REVO PMUJ XOF NWORB KCIUQ EHT....convert ke Mp3 speed sama seperti di atas.

Mengapa THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS ( Kesemua abjad A-Z terdapat dalam ayat tersebut.

Untuk praktis sending, permulaan sila gunakan gunakan group-group abjad yang saya lamprkan di bawah
E-I-S-H
T-M-O
N-D-B
A-W-J
A-U-V
A-R-L
K-C-Y
G-Z
U-F
K-X
R-P
G-Q

Apabila anda telah mahir sila sending ayat berikut:THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS dan ulang sending dalam susunan songsang SGOD YZAL EHT REVO PMUJ XOF NWORB KCIUQ EHT.

Juga praktis BEST-VEST-FIVE-ANTENNA. dan CONNECTING PEOPLE ( ini adalah sms tone dari hp nokia 3310-3315)






SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA 9M2MGL SERTA KELUARGA

Friday, September 28, 2007

KENANGAN CW TEST 2006




Berdiri di belakang dari kiri ke kanan
9W2ABP
9W2JOH
9W2RW ( 9M2RZL )
9W2MCT
9W2CIO ( 9M2CIO )
9W2ZN ( 9M2ZNM lulus tahun 2007 )
9W2ET
Bediri di hadapan dari kiri ke kanan
9W2HKL ( 9M2ALL )
9W2ARR ( 9M2ARR )
9W2SF
9W2FOX ( 9M2FOX )
9W2HZA
9W2DJ
9W2EX
9W2AK ( 9M2MGL )
9W2WWW
9M2WT (PENYOKONG CW AYAH KEPADA 9W2ET )
9W2AGC ( 9M2AGC )



Suka dan duka kita kongsi bersama-sama,saat aku gembira ada pula rakan yang berduka,tapi mengapa korang membiarkan kedukaan itu terus menebal di hati sehingga merajuk membawa diri,korang sudah punyai pengalaman yang lebih matang berbanding mereka-mereka yang terkebelakang sahutlah cabaran ini kembali.

Haris terima kasih banyak atas kiriman gambar ni,gambar yang penuh dengan nostalgianya,saat manis untuk aku
kenang untuk selamanya,aku masih ingat lagi arwah haji sempat menghantar sms yang berbunyi"all the best saya doakan"kegembiraan aku dan anak buah yang lain tak lama kami dikejutkan kembalinya kerahmatullah guru cw yang disanjungi."aku dimaklumkan oleh seorang rakan arwah haji menangis sebaik mengetahui ramai anak buah beliau lulus pada cw test kali ini.
Syabas kepada 9M2ARR-untuk 2x cw test,9M2RZL-3x cw test,9M2ALL-3x test-9M2MMM-? aku tak berapa pasti kalau ada rakan tolong infokan kepada aku.
Lihatlah keazaman mereka ini yang tidak pernah menyesal untuk berputus asa walaupun untuk kali yang ketiga.


SEE HOW FAR CAN YOU GO



Cuba bandingkan AA bagi kelas anda dengan AA ini... :)


GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL UNTUK SELAMANYA


KEPADA RAKAN-RAKANKU 9W SEKALIAN "INGATLAH TIADA JALAN MUDAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN"ADA TIKA DAN SAATNYA KITA GAGAL UNTUK BERJAYA BUKAN APA,KERANA KITA TIDAK BERUSAHA ATAU USAHANYA SEDIKIT SAHAJA,USAH SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ATAU KERANA BERSIKAP SAMBIL LEWA DAN KERANA KITA MEMBIARKAN DIRI KITA MEMENDAM RASA UNTUK SELAMA.




SIJIL DAN LESEN SEBELUM MCMC


Aku nak share dengan korang nilah rupanya sijil dan lesen masa Jabatan Telekom Malaysia sebelum MCMC ambil-alih,aku percaya ada ramai rakan ham yang baru tak pernah tengok lesen lama



dan sijil lulus RAE.